Adsense

Isnin, 10 September 2012

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


6 PENYEBAB KEGHAIRAHAN SEKS MENURUN

Posted: 09 Sep 2012 01:07 PM PDT




Seks ada sebahagian daripada keperluan hidup seorang insan yang mempunyai nafsu. Tanpa seks hidup belum cukup sempurna walaupun dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Jika mahu rumahtangga yang aman, baik dan sempurna. Suami isteri kena jaga empat "S" iaitu Suruhan, Sejahtera, Syurga dan Seks. Suruhan iaitu perintah yang Allah suruh kena patuh, tinggal larangannya. Sejahtera - sejahterakan keluargamu dengan kebaikan dan hindarkan dari perkara yang buruk/mungkar. Syurga - itulah yang dicari-cari dalam kehidupan ini dan diakhirat. Yang terakir adalah Seks. Ia seperti makanan. Kena makan jika tidak nescaya lapar. Jika dibiarkan suami atau isteri itu lapar. Jika kurang imannya. Maka terjadilah kecurangan. 

Posting ini penulis ambil dari blog seberang. Agak berguna juga sebagai panduan untuk kita baca dan renung-renungkan. Keghairahan seks turun dan naik ini terjadi kepada semua pasangan suami isteri tidak kira yang baru kahwin atau yang sudah lama kahwin. Yang pasti kita tidak mahu keghairahan seks itu hilang walau apa sekali pun. Hidup tanpa seks adalah hambar. Teruskan anda membaca......

Ghairah seks anda yang biasanya datang begitu saja kini tiba-tiba drop, bahkan istri anda yang sudah berpenampilan seksi dan menggoda tidak bisa membangkitkan gairah anda. Anda merasa aneh dan bingung, anda tidak seperti biasanya.

Sebelum masalah gairah seks yang tiba-tiba hilang ini merusak hubungan anda dan pasangan, ada baiknya anda mengenali enam hal yang bisa mematikan gairah seks sebagaimana dikutip dari situs webmd:

1. Stres. Jennifer Berman, MD, seorang urologi berkata,"Stres lebih berbahaya dari jantung dan kanker sekalipun, stres secara diam-diam bisa membunuh anda". Stres atau merasa tertekan bisa timbul karena banyak faktor diantaranya masalah finansial, utang, pekerjaan, dan lain-lain.

Stres yang tidak di kendalikan akan berdampak ke kesehatan termasuk mematikan gairah seks. Jadi jangan heran jika anda sedang bermasalah biasanya gairah seks anda ikut bermasalah.

2. Alkohol. Banyak orang berpendapat alkohol dapat membuat mereka lebih tahan lama ketika berhubungan. Ini mitos dan sangat berbahaya jika dipercaya. Alih-alih membuat anda tahan lama, alkohol malah dapat menyebabkan anda menderita disfungsi ereksi, ketidakmampuan penis untuk ereksi dengan keras.

Jika anda seorang alkoholik, jangan heran jika gairah seksual anda menjadi rendah atau bahkan hilang sama sekali. Ini disebabkan karena sistem saraf simpatik yang berperan membangkitkan gairah anda bekerja tidak maksimal. (SEBAB ITU ISLAM MELARANGKAN UMATNYA MINUM ARAK - Penulis)

3. Kurang Istirahat. Tidur adalah cara tubuh beristirahat akibat kelelahan. Tubuh yang lelah tentu tidak memiliki energi untuk membangkitkan gairah seks. Oleh karenanya orang-orang yang insomnia bisa dipastikan memiliki masalah dengan gairah seks atau bahkan lebih gawat, memiliki masalah dengan ereksi. Ingin seks anda lebih bergairah? perbaiki kualitas tidur.

4. Konsumsi Obat-obatan. Obat-obatan kimia secara langsung bertanggung jawab terhadap menurunnya gairah seks seseorang. Zat-zat penyusun obat biasanya akan mengganggu kinerja saraf yang bertanggung jawab terhadap urusan seks. Saraf menjadi tidak sensitif sehingga tidak dapat memerintahkan tubuh untuk bereaksi terhadap rangsangan seksual yang diterima.

Obat-obatan anti depresan, anti histamin, kemoterapi dan pengobatan penyakit tekanan darah bertanggung jawab terhadap menurunnya gairah seksual penderita.

5. Tidak Percaya Diri. Faktor emosional berperan aktif dalam membangun rangsangan seksual. Jika dari dalam telah timbul pikiran-pikiran negatif maka output berupa keinginan berhubungan seksual juga menjadi tidak ada. Jika anda merasa tidak percara diri karena merasa bentuk tubuh tidak indah, secara langsung pikiran tersebut akan mempengaruhi kinerja tubuh anda. Dampaknya adalah anda akah kehilangan gairah seks saat itu juga.

6. Ada Masalah Dengan Pasangan. Salah satu faktor yang mematikan gairah seks adalah adanya masalah dengan pasangan, misalnya mencurigai pasangan berselingkuh. Walaupun secara fisik tubuh anda sehat tetapi jika kepala dipenuhi dengan pikiran perselingkuhan pasangan maka gairah seks anda tidak akan bisa bangkit.

Jika setelah 3 bulan berturut-turut gairah dan hasrat seksual anda tetap menurun maka ada baiknya anda segera berkonsultasi ke dokter atau terapis seks untuk mengetahui apa penyebabnya dan bagaimana mengobatinya.

Pinjaman Perniagaan MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Posted: 09 Sep 2012 01:08 PM PDT

Pinjaman Perniagaan MARA
MARA atau Majlis Amanah Rakyat adalah merupakan antara agensi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antara bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh MARA adalah berkaitan bidang keusahawanan dan perniagaan seperti Program Pembangunan Usahawan, Pembangunan Industri dan Perniagaan, Pembiayaan Perniagaan serta dipertanggungjawabkan untuk mengusahakan pembangunan Premis Perniagaan. Selainbidang keusahawanan, MARA juga turut berperanan dalam membantu menaikkan taraf pendidikan negara. Boleh dikatakan setiap tahun MARA memperuntukkan
sejumlah besar daripada kewangan mereka untuk disalurkan dalam bentuk tajaan dan pinjaman kepada para pelajar dalam pelbagai bidang. MARA juga turut dikenali dalam bidang pendidikan melalui penubuhan Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM. Apa yang dapat dirumuskan secara ringkas adalah MARA begitu gigih dalam menghasilkan lebih ramai usahawan-usahawan di negara kita selain sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai di negara kita.
MARA juga telah menetapkan misi korporatnyauntuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk pengusahaan ekuiti Bumiputera. Untuk itu, MARA turut meletakkan sasaran bagi melahirkan usahawan yang berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikanekuiti, serta memudahkan sistem penyampaian. Bagi memastikan segala misi dan tujuan yang disasarkan tercapai, pihak MARA sedia membantu sesiapa sahaja terutama bagi mereka-mereka yang berminat untuk menjalankan apa jua jenis perniagaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan yang diberikan oleh MARA adalah dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan.
Skim Pembiayaan Perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA adalah meliputi mana-mana sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam. MARA akan membantu perniagaan-perniagaan seperti Sektor Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan dan Pemborongan. Sektor Pembuatan adalah seperti perusahaan perkilangan yang mengusahakan makanan dan minuman, plastik, elektrik dan komponennya, tekstil pakaian dan kulit, hasil pertanian, serta telekomunikasi. Konsep Perdagangan pula melibatkan urusan jual beli barangan seperti penjualan perabot, peruncitan, pasar mini, stesen minyak dan mana-mana yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan. Kedai gunting rambut, restoran atau kedai-kedai makan, guaman dan klinik pula antara contoh bagi sektor Perkhidmatan. Pemborongan yang dimaksudkan oleh MARA pula adalah bagi kerja-kerja kontrak binaan, bekalan dan perkhidmatan seperti membina bangunan, membuat jalan dan pendawaian elektrik. Skop pembiyaan perniagaan yang ditekankan oleh MARA ini jelas tidak bertentangan langsung dengan hukum-hukum Islam.

Skim-Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan Oleh MARA

  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
SPPP ditawarkan bagi membiayai mana-mana projek perdagangan, pekhidmatan, pembuatan dan pengangkutan. Had pembiayaan atau pinjaman yang diberikan kepada Syarikat Milik Tunggal/ Persendirian adalah sehingga RM250,000 manakala untuk Syarikat Sendirian Berhad sehingga RM500,000. MARA akan menilai terlebih dahulu tentang belanjawan kasar bagi sesuatu projek sebelum meluluskan sebarang pinjaman.

  • Skim Pembiayaan Komersial
Skim Pembiayaan Komersial adalah bagi tujuan pembelian premis perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina atau pembinaan premis perniagaan di atas tanah milik sendiri. Had pinjaman yang diberikan MARA bagi Skim Pembiayaan Komersial adalah sama seperti Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan.
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
SPiKE pula ditawarkan kepada kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan, dan kerja-kerja elektrik. Pinjaman yang diberikan adalah kepada mana-mana kontraktor kelas F, D dan E. Kadarpinjaman yang boleh diluluskan MARA adalah sehingga RM500,000.

  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Merupakan antara skim yang memberikan kemudahan pinjaman kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang terpilih. Bagi memastikan SJUM dapat dilaksanakan dengan baik, MARA telah bekerjasama dengan bank komersial yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA berperanan sebagai penjamin. SJUM juga menawarkan jumlah pinjaman tertinggi sehingga mencecah RM2 juta dan serendah RM500,000.
Keempat-empat skim yang diperkenalkan mempunyai pengkhususan tersendiri dan kesemuanya adalah bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan yang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada atau membuka perniagaan baru.
Prosedur Permohonan Pembiayaan Perniagaan
Terdapat beberapa prosedur yang digariskan oleh MARA untuk mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan bantuan pinjaman yang ditawarkan. Bagi Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP), borang permohonan boleh didapati melalui mana-mana Pejabat MARA Daerah/Negeri yang berhampiran. Sebanyak empat borang yang perlu didapatkan iaitu :
  1. Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
  2. Borang Maklumat Peribadi
  3. Borang Jaminan/Cagaran
  4. Senarai Semak Permohonan Pembiayaan
Sejumlah bayaran pemprosesan permohonan juga dikenakan mengikut kadar pinjaman yang dimohon. Bagi Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM), permohonan boleh dilakukan dengan menggunakan rancangan perniagaan kepada bank komersial yang berhampiran iaitu Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Para usahawan boleh membuat permohonan di Pejabat MARA Daerah dan setelah diteliti oleh Pejabat MARA Daerah, borang tersebut akan dihantar kepada Pejabat MARA Negeri/Bahagian Pembiayaan Perniagaan dan sekiranya Pejabat MARA Daerah tidak berpuas hati, borang-borang tersebut akan dikembalikan semula kepada pihak pemohon. Pejabat MARA Negeri/Bahagian Pembiayaan Perniagaan bertindak sama ada untuk meluluskan atau tidak permohonan yang telah dibuat. Pejabat MARA Negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang keputusan bagi permohonan yang melibatkan Skim SPiKE dan Skim SPPP yang melibatkan permohonan pembiayaan sehingga RM250,000. Bahagian Pembiayaan Perniagaan pula berbidang kuasa untuk sebarang permohonan Skim SPPP yang berjumlah RM250,001 sehingga RM500,000 dan Skim SJUM. Sebarang keputusan akan dimaklumkan oleh MARA kepada pihak pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja.
Selain itu, bagi memudahkan para pelanggan, MARA turut menyediakan garis panduan berkaitan bagaimana untuk menyediakan rancangan perniagaan. Tujuan rancangan perniagaan perlu disediakan adalah untuk membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal. Selain itu, rancangan perniagaan dapat menjadi satu kayu ukur bagi pengurusan perniagaan dalam masa yang sama mengkaji sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya. Rancangan perniagaan juga berperanan untuk meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan. Dengan adanya rancangan perniagaan, maka objektif dan peluang untuk melaksanakan perniagaan tersebut adalah lebih cerah dan mudah.
Dalam persoalan cagaran atau jaminan pula, MARA telah mengenalpasti beberapa langkah dan kaedah. Bagi Jaminan Orang Perseorangan iaitu bagi yang bermajikan, adalah dibenarkan dengan mengambil mana-mana kakitangan sektor awam atau swasta sebagai penjamin. Cara kedua pula adalah melalui cagaran tanah. MARA menerima tanah sebagai cagaran bagi tanah yang bebas dari sekatan, milik sendiri, atau milik ibu bapa dan saudara-saudara yang terdekat. MARA turut membenarkan cagaran yang dibuat dengan menggabungkan penjamin dan juga tanah. Selain itu, jaminan tambahan yang dibenarkan adalah seperti jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sendirian Berhad, Surat Ikatan Serahak bagi pembiayaan kontrak, dan Perjanjian 'Debenture' bagi pembiayaan RM250,001 dan ke atas. Cagaran atau jaminan yang dikenakan oleh MARA bertujuan untuk memastikan para usahawan lebih bersungguh-sungguh dan gigih menjalankan perniagaan apabila telah mendapat pembiayaan daripada MARA.
MARA turut menyediakan perkhidmatan taklimat pembiayaan yang telah dijadualkan mengikut tarikh-tarikh tertentu. Ini bagi memastikan, para usahawan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim-skim pinjaman yang ditawarkan. Taklimat pembiayaan yang diadakan juga merupakan salah satu strategi bagi MARA mempromosikan skim-skim yang ada kepada msyarakat secara umum. Sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai sesi taklimat ini dengan menghubungi pihak MARA untuk mendapatkan butir-butir berkaitan penganjuran taklimat tersebut.
Syarat Kelayakan Permohonan
Namun begitu, para usahawan juga perlulah meneliti terlebih dahulu berkaitan syarat-syarat kelayakan untuk memohon skim-skim yang ditawarkan MARA. Sekiranya ada aman-mana syarat-syarat ini yang tidak dapat dipenuhi oleh pihak pemohon, maka sudah tentu sukar untuk mendapatkan sebarang pembiayaan. Syarat-syarat kelayakan memohon skim-skim MARA adalah seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
  2. Berumur 18 tahun dan keatas
  3. Pengalaman atau pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  5. Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek
  6. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa
  7. Dapat mengemukakan cagaran/jaminan yang mencukupi
  8. Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang yang diceburi kurang daripada 6 bulan
  9. Menjalani ujian Psikometri (kecuali Skim SPiKE)
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA perlu dipenuhi dan dipatuhi bagi memudahkan segala proses pembiayaan. Apa yang pasti, syarat-syarat ini adalah untuk memastikan para usahawan yang ingin memohon benar-benar bersedia untuk melaksanakan sebarang projek dan perniagaan apabila permohonan pembiayaan telah diluluskan.
Keistimewaan Pembiayaan Perniagaan MARA
Terdapat beberapa keistimewaan bagi pembiayaan perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA. Antaranya ialah konsep yang dibawa MARA berasaskan kepada kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh Islam. Terdapat lima kaedah yang diguna pakai dalam mengetengahkan konsep pembiayaan perniagaan MARA. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut :

  • Al Bai – Bithaman Ajil (Jualan dengan Harga Tangguh)
Bagi konsep ini, pembiayaan boleh digunakan bagi semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank.

  • Al-Murabahah (Jualan dengan tambang untung)
Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti.

  • Al-Ijarah (Pajakan atau Sewaan)
Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralata tersebut daripada MARA. Apabila bayaran sewa diselesaikan, peralatan tersebut dipindahmilik kepada pelanggan.

  • Bai Al – Inah (Menjual sesuatu barangan dengan harta tangguh kepada pembeli)
Konsep inikhususbagi kegunaan belanja mengurus sahaja seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.

  • Musyarakah Mutanaqisah
Perkongsian di bawah kontrak Musyarakah Islam di antara MARA dan pelanggan mengikut perjanjian yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka. Konsep ini digunakan dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial.
Secara ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa MARA sangat prihatin dan aktif dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Bumiputera. Skim-skim yang diperkenalkan MARA bertujuan untuk membantu para usahawan yang tidak mempunyai modal yang secukupnya untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, kesemua skim-skim yang ditawarkan MARA dilihat begitu berkesan dalam langkah mengangkat kedudukan ekonomi negara ke satu tahap yang lebih baik. Usaha MARA perlu terus disokong demi pembangunan negara ke arah lebih maju dan berkembang. Diharapkan agar MARA terus berdiri teguh dan menjadi nadi dalam memartabatkan bidang keusahawanan di negara ini.

Program Perniagaan Francais McDonalds

Posted: 09 Sep 2012 01:08 PM PDT





McDonalds – I'm Lovin' It.
McDonalds, tentunya satu nama yang tidak asing lagi di hati kita. Bertepatan dengan slogan yang dibawa, McDonalds merupakan satu jenama peruncit perkhidmatan makanan segera yang terkemuka, tentunya digemari dan disukai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur. Ia merupakan satu produk makanan segera yang menyediakan hidangan burger daging dan ayam, kentang goreng, ayam goreng, minuman ringan, makanan sarapan pagi, susu kocak,
aiskrim dan pelbagai lagi hidangan lazat dan berkhasiat dengan harga yang amat berpatutan.Sejarah penubuhan McDonalds bermula pada tahun 1940, dengan pembukaan sebuah restoran oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Walau bagaimanapun, tarikh penubuhan McDonalds hanya diisytiharkan pada tahun 1955, sempena tarikh pembukaan restoran francaisnya yang pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds pada ketika itu, Ray Kroc. Restoran francais Ray Kroc ini merupakan restoran McDonalds yang ke-sembilan yang telah dibuka pada ketika itu.
Statistik Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat pada hari ini menunjukkan pemilikan lebih 33,000 restoran McDonalds merentasi 119 negara. Daripada jumlah restoran ini, lebih daripada 75 peratus restoran McDonalds di seluruh dunia, dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan tempatan negara itu melalui program francais yang ditawarkan oleh pihak McDonalds sendiri. Umum juga mengetahui bahawa McDonalds bergantung sepenuhnya kepada program francaisnya sebagai teras utama kejayaan syarikat itu.
Di Malaysia, McDonalds secara progresifnya sedang merangka pelan untuk mengembangkan aspek francais perniagaan mereka di sini. Menyusuri sejarah bermulanya nama McDonalds di Malaysia, ia membina namanya di Malaysia buat pertama kalinya pada bulan Disember 1980, apabila Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat menganugerahkan Golden Arches Restaurants Sdn Bhd, lesen untuk mengendalikan rangkaian restoran McDonalds di Malaysia. Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi yang paling strategik, dan seterusnya pada 29 April 1982, restoran McDonalds yang pertama di Malaysia telah dibuka. Dengan pembukaan restoran ini, McDonalds Malaysia telah dinobatkan sebagai restoran pertama beroperasi di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Kini, McDonalds Malaysia telah mempunyai sebanyak 204 rangkaian restoran di seluruh negara dan membuat projeksi pertumbuhan restoran baru dengan kadar antara 15-20 buah restoran pada setiap tahun. Dengan pembukaan restoran baru ini, sudah tentu peluang pekerjaan untuk warga tempatan juga bertambah. Anggaran sebanyak 1500 peluang pekerjaan baru akan diwujudkan menerusi pembukaan restoran baru ini, penambahan kakitangan serta pemodelan semula restoran-restoran yang sedia ada.
Menjelang tahun 2014, McDonalds Malaysia merancang untuk memiliki 300 restoran, dan membuat projeksi akan melayan lebih 12 juta pelanggan pada setiap bulan! McDonalds Malaysia juga kini menguasai 42 peratus pasaran Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) di Malaysia, berbanding restoran perkhidmatan makanan segera yang lain seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Burger King, A&W, Pizza Hut, Dominos Pizza dan lain-lain lagi. Daripada projeksi jumlah 300 restoran ini, McDonalds Malaysia merancang untuk mempunyai sehingga 30 peratus restoran francais menjelang tahun 2014.
PELUANG FRANCAIS
Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana untuk berpeluang menjadi salah seorang penerima francais McDonalds, terdapat dua pilihan bentuk francais McDonalds yang ditawarkan. Penerima francais mempunyai peluang untuk memilih sama ada francais berbentuk restoran yang baru (start from scratch) atau membeli sebuah restoran McDonalds yang sedia ada. Pilihan ini walau bagaimanapun adalah bergantung kepada peluang francais yang ada ketika penerima francais tamat sesi latihan mereka. Sudah tentu kos yang diperlukan juga adalah berbeza antara keduanya. Tempoh jangkaan francais pula adalah selama 10 tahun atau mengikut tempoh pajakan premis.
Bagi penerima francais yang berpeluang untuk membuka restoran baru, kos untuk memulakan perniagaan adalah antara RM2.0 juta sehingga RM4.5 juta, bergantung kepada saiz restoran, jenis restoran (pandu lalu, pusat membeli belah, perjanjian dengan syarikat minyak atau deretan kedai), lokasi, gaya hiasan dan landskap. McDonalds tidak menyediakan sebarang bantuan pinjaman, oleh itu pinjaman haruslah dibuat dengan firma kewangan dan perbankan di Malaysia. Tidak kurang daripada 30% daripada kos permulaan adalah dari sumber peribadi, manakala selebihnya, iaitu maksima 70 peratus baki jumlah kos boleh lah dipinjam daripada mana-mana firma kewangan.
Pecahan kos untuk francais restoran baru adalah seperti yang tertera dibawah, walau bagaimanapun ia hanyalah anggaran kos dan mungkin berbeza daripada kos yang sebenar.
Bagi pilihan francais yang kedua iaitu dengan mengambil alih restoran McDonalds yang sedia ada, harga yang ditawarkan kepada penerima fraincais McDonalds biasanya adalah berdasarkan nilai pasaran restoran. Yuran francais dan deposit keselamatan seperti yang dinyatakan di atas juga perlu dibayar oleh penerima francais.
Selain itu, penerima francais juga harus mengambil kira kos berterusan yang dibayar secara bulanan, seperti bayaran royalti yang kini berada pada paras 5% berdasarkan peratusan daripada jualan kasar restoran. Lain-lain kos bulanan seperti pembayaran sewa yang bergantung kepada jenis kedai, lokasi dan prestasi. Sewa yang dikenakan juga mungkin berbeza-beza antara 13% hingga 20%. Para penerima francais juga dikehendaki memberi sumbangan bulanan ke atas pemasaran, yang kini berada pada paras 5% daripada jualan kasar restoran.
Seperti biasa, kos-kos yang dinyatakan ini hanyalah anggaran dan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang mungkin dilakukan oleh pihak McDonalds sendiri.
KELEBIHAN PENERIMA FRANCAIS
Sebagai salah seorang penerima francais McDonalds, secara tidak langsung anda berpeluang untuk menyumbang kepada kejayaan McDonalds. Bernaung di bawah jenama produk makanan segera yang terkenal dan tidak asing lagi, penerima francais juga mempunyai kelebihan dari segi pengiklanan dan juga pemasaran, ini kerana McDonalds mempunyai pasaran perniagaan yang luas di seluruh dunia dan jenamanya telah dikenali lebih daripada 70 tahun. Ini juga bermaksud, pihak penerima francais tidak akan berhadapan dengan sebarang sekatan perniagaan daripada kerajaan tempatan untuk memulakan perniagaan.
McDonalds juga memberi sokongan penuh dalam memastikan penerima francaisnya berjaya dalam perniagaan, termasuk sokongan dalam operasi restoran, latihan yang intensif sebelum memulakan perniagaan dan pembelian peralatan untuk restoran dan bekalan bahan mentah. Keseragaman juga dikekalkan pada konsep setiap restoran. Malahan konsep makanan juga mudah diterima oleh penduduk Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar. Disamping itu harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan adalah rendah dan mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat.
PROSES PERMOHONAN
Jika anda antara mereka yang mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang diingini, dan ingin mencuba menjadi salah seorang daripada penerima francais, maka anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan seperti yang terdapat di dalam laman web McDonalds Malaysia. Satu temuduga akan diadakan untuk pemohon yang layak berdasarkan borang permohonan yang dihantar, dengan menfokus kepada latar belakang pemohon, matlamat dan visi pemohon, status kewangan dan kepentingan dalam McDonalds. Sekiranya temuduga ini berjaya, maka McDonalds Malaysia akan mengadakan Penilaian Kerja (On The Job Evaluation – OJE). Proses Penilaian Kerja ini memerlukan pemohon bekerja secara fizikal di McDonalds dan dipantau oleh wakil dari McDonalds Malaysia. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa antara 3 hingga 5 hari. Objektif proses Penilaian Kerja ini adalah untuk membantu pemohon francais mendapat gambaran sebenar situasi kerja di McDonalds dan melihat sama ada ia bersesuaian dengan pemohon francais ataupun tidak.
Jika semuanya berjalan lancar, McDonalds akan menawarkan sesi latihan formal sepenuh masa yang komprehensif untuk jangka masa lebih kurang setahun atau mungkin lebih kepada pemohon yang berjaya. Program ini akan memberi persediaan kepada pemohon dengan mengajar mereka segala aspek operasi restoran McDonalds. Di samping itu, sesi latihan ini juga dilihat dapat memberi peluang kepada pihak McDonalds untuk menilai potensi penerima francais mereka.
KESIMPULAN
Sektor francais tempatan adalah antara segmen perniagaan yang semakin mendapat perhatian ketika ini apabila ia menyumbang 2.5 peratus atau RM21.48 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu. Peratusan ini telah dibentangkan sendiri oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam Persidangan Francais Antarabangsa kali ke-12 (FIM 2012) baru-baru ini.
Berdasarkan prestasi McDonalds di Malaysia serta statistik yang dipamerkan, tentunya ia menjadi perangsang kepada warga Malaysia yang berkelayakan untuk menjadi penerima francais McDonalds dan mengendalikan perkhidmatan restoran makanan segera dengan jenama yang diiktiraf dan dikenali di dunia ini. Penerima francais juga perlu melihat aspek positif kesan daripada pembukaan restoran-restoran baru, iaitu akan ada lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan seterusnya mengukuhkan kekuatan usahawan di Malaysia.
Jadi, apa yang perlu anda tunggu lagi? Jika anda mempunyai misi dan visi yang tinggi, integriti diri yang tinggi, semangat keusahawanan dan keinginan yang kuat untuk berjaya, ingin merasai pengalaman bekerja di bawah naungan jenama yang terkenal dan diiktiraf, mempunyai modal yang mencukupi dan berkeupayaan untuk menguruskan kewangan, memiliki lokasi yang strategik, dapat memotivasi dan melatih mereka yang terlibat bersama anda dan yakin dengan strategi perniagaan anda, pastinya francais McDonalds mampu memberikan anda keuntungan yang lumayan. Ayuh! Silakan. Sahut lah cabaran ini!