Adsense

Isnin, 10 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


Lagu ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ Dikatakan Terlalu Urban, Dikecam Peminat Asal Raja Ema?

Posted: 10 Sep 2012 06:37 PM PDT

Lynnzay Affandy Penyanyi Lagu Jejaka Idaman 2

Penyanyi terbaru Lynnzay Affandy yang baru-baru ini melancarkan lagu 'Jejaka Idaman 2.0′, pembikinan semula lagu 'Jejaka Idaman' oleh Raja Ema telah dikecam oleh ramai peminat asal lagu ini yang marah kerana mengubah keaslian lagu tersebut kepada rentak baru. Bagaimanapun, Lynnzay menjelaskan:-

"Saya boleh nampak di internet terutamanya atau YouTube di mana music video saya disiarkan, komen yang suka dan tidak suka sama rata jumlahnya. Apa yang saya boleh cakap, I don't think we as musician or artist boleh puaskan hati dan terlalu mengikut kehendak semua orang. I have my own reason to do this. Its my favorite song since I was a kid dan lagipun, generasi muda ramai tak tahu kewujudan lagu ni."

"Disamping ingin kongsi minat saya terhadap lagu asal Raja Ema, saya juga mahu perkenalkan style sebenar saya. Disebabkan itulah saya buat kolaborasi dengan DJ Fuzz dan minta Amylea menulis lirik tambahan untuk menonjolkan gaya muzik saya yang lebih urban sebelum saya betul-betul tunjukkan identiti sebenar saya."

LYNNZAY AFFANDY

Walaupun sudah dijelaskan mengapa lagu ini digubah semula, masih ada pendengar yang tidak boleh menerima kenyataan ini dan mengatakan gaya urban Lynnzay merosakkan keaslian lagu ini sebagai lagu pop Melayu terhebat. Dan kerana itu Lynnzay menjawab:-

"Saya akui memang lagu ini lagu pop Melayu terhebat dan saya mengambil kira pertimbangan antara gaya urban saya dan juga menghormati bahasa ibunda saya. Andai saya release lagu saya yang berbahasa Inggeris dan urban, mungkin penerimaan peminat di Malaysia agak berlainan dan sukar untuk memberi perhatian, tambahan bila ramai yang mula bandingkan saya dengan MizzNina yang cenderung menyanyikan lagu berbahasa Inggeris."

"Ramai penyanyi muncul bagaikan cendawan sekarang ini. Jadi saya dengan yakinnya menyanyikan semula lagu 'Jejaka Idaman' ini dengan gubahan lebih moden demi kepuasan sendiri dan dengan niat untuk cuba memuaskan pendengar Malaysia yang mengagungkan bahasa ibunda Malaysia iaitu Bahasa Melayu. Saya percaya sejauh mana pun citarasa penduduk Malaysia untuk mendengar lagu-lagu berunsur antarabangsa, lagu-lagu berbahasa Melayu tetap di hati mereka."

"Lagu-lagu ciptaan saya yang berbahasa Melayu masih in progress dan saya ingin pastikan saya beri produk yang terbaik. Jadi saya releasekan dulu 'Jejaka Idaman 2.0′ yang sudah pun punyai reputasi yang tersendiri. Alhamdulillah, walau ramai yang tidak suka, ramai juga yang menggemarinya terutamanya generasi muda yang tak pernah kenal lagu asalnya. Automatically mereka mula mengenali versi lama dan Raja Ema sendiri yang saya dengar-dengarnya bakal kembali aktif ke persada seni tak lama lagi. So, this is just 'ice-breaking' strategy for me'.

Semoga lagu ini mendapat tempat di hati pendengar baru yang masih belum berkesempatan mendengar 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ dan diharap mereka yang marah dengan penggubahan semula lagu ini memahami niat sebenar Lynnzay. Andai dinyanyikan semula dengan cara dan susunan yang sama, anda mungkin tidak dapat mengenali gaya Lynnzay yang sebenar. Mungkin lagu kedua Lynnzay yang bakal diterbitkan tidak lama lagi akan membuka mata anda tentang gaya muzik Lynnzay yang sebenar. Oh ya, jika anda belum mendengar lagu 'Jejaka Idaman 2.0′ oleh Lynnzay itu, anda boleh dengarkannya di sini.

Pada anda yang ingin mengenali Lynnzay, boleh layari laman Facebook'nya di http://www.facebook.com/LynnzayAffandy atau Twitter @LynnzayAffandy.

Untuk info, lagu kedua Lynnzay bertajuk 'ANGEL DUST' dan berbahasa Inggeris, hasil ciptaannya akan diterbitkan tidak lama lagi bersama video muzik hasil arahannya sendiri. Dengar-dengar, ianya berbunyi taraf antarabangsa. Jadi, sama-sama kita nantikan.

Related Posts with Thumbnails