Adsense

Isnin, 10 September 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zahirah Radzi Akui Sudah Berpisah Dengan Hafiz AF

Posted: 09 Sep 2012 07:19 PM PDT

hafiz putus cinta dengan zahirah radzi
Entah bila masa mereka berdua bercinta MyGosip pun tak tahu,Tau-tau hubungan percintaan Hafiz AF dengan Zahirah Radzi sudahpun berakhir sejak sambutan Hari Raya beberapa minggu yang lepas.. Zahirah Radzi yang menjadi teman wanita Hafiz selepas Adira mengakui perpisahan mereka dan menganggap antara mereka berdua mungkin tiada jodoh atau mungkin atas faktor usia..

"Saya terfikir juga apa silap saya. Mungkin sebab tiada jodoh, mungkin sebab usianya masih muda."

Apabila ditanya adakah perpisahan mereka disebabkan orang ketiga? ini jawap Zahirah,

"Kalau betul dia ada orang lain, saya doakan kebahagiaan mereka. Biarlah orang yang menilai."

Apabila diasak lagi dengan pertanyaan tentang kebenaran disebalik kata-kata mendakwa Hafiz seorang yang panas baran, katanya ringkas, "No komen."

Selepas ini, persepsi masyarakat mungkin melihatnya sebagai ingin menumpang glamor Hafiz bila berkongsi cerita perpisahan mereka. Tetapi, ulas Zahirah, silaplah mereka yang berfikiran begitu.

"Masa kami bersama, saya tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan. Kecuali keluarga, tiada seorang yang tahu apa perhubungan kami. Saya pun tak tahu macam mana peminat boleh dapat tahu."

Sumber: Gua.com.my