Harian Metro: Rap |
Posted: 09 Sep 2012 08:42 AM PDT MENGENALI nama besar ini bukan bersandarkan status selebriti dan popularitinya, dia adalah insan yang rendah diri, gemar berjenaka dan sensitif bagai seorang abang. Hakikatnya, peluang mendekatinya yang acap kali dikatakan hero filem Malaya adalah satu ruang terbaik untuk mendengar setiap cerita, sesekali dia menitipkan nasihat daripada pengalaman lalu. Rosyam Nor masih lagi seorang pelakon terkenal yang tidak terlepas mencetuskan fenomena menerusi sentuhannya. Bertentang empat mata dengan lelaki berusia 45 tahun ini, berkali-kali mengatakan dirinya tidak lagi relevan, namun perasaan itu disembunyi bagi tidak mudah membunuh semangatnya.
"Itulah sebenarnya kekuatan yang terus menjadi semangat buat saya untuk terus pandang ke depan," katanya. Jelas Rosyam lagi, pelakon muda hari ini adalah cabaran buatnya untuk tampil lebih hebat dan cemerlang meskipun ia bukan tugas sembarangan. "Jujurnya, setiap kali digandingkan dengan banyak bakat muda hari ini, terlintas rasa tercabar dalam jiwa kerana tenaga dan semangat mereka begitu besar dan kuat. Namun saya gagahkan juga diri untuk berada sebaris dengan mereka kerana saya tidak mahu tampak ke belakang walaupun ia begitu memenatkan. "Bagaimanapun, dilihat daripada perspektif berbeza, kehadiran mereka membuatkan saya lebih bekerja keras untuk bangkit membuktikan yang bakat saya masih relevan dan sama seperti hari pertama beraksi di depan kamera dulu," katanya yang mula dikenali dengan watak tempelan menerusi filem Gila-Gila Remaja. Lelaki berjiwa besar yang juga anak kelahiran Kuala Lumpur ini bijak menyusun langkah. Jalannya payah namun strateginya geliga. Perlahan-lahan, Rosyam mengintai peluang dan menyelinap masuk ke setiap penjuru ruang yang dibuka untuknya. Walaupun lewat berbanding yang lain, namanya kian mekar meniti di bibir peminat terutamanya apabila penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam memberinya peluang. "Sejarah dan kisah permulaan saya adalah kronologi yang segar dalam ingatan. "Bayangkan, pada usia 30-an baru bakat saya menjadi perhatian menerusi filem Maria Mariana 2 yang muncul dalam lima babak saja. Kemudian, kepercayaan itu kekal dengan muncul pula filem Bara, Gerak Khas The Movie 2 dan Janji Diana yang terus memimpin nama saya ke puncak populariti. "Alhamdulillah filem KL Menjerit yang menjadi taruhan saya pada usia 34 tahun ketika itu menjadi dan berjaya mendapat kepercayaan daripada peminat hingga mengundi saya menggenggam trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002. Itulah yang dinamakan rezeki dan percaturan Tuhan. "Seperkara yang saya nampak dan tidak segan untuk diakui, saya berpaut pada populariti orang lain ketika itu. Saya bersandar pada nama Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang lebih awal dikenali. Itulah hakikat dan alhamdulillah percaturan itu berhasil," katanya tersenyum. Mendengar dan meneliti setiap ideologi yang dikongsikan Rosyam malam itu, tiada apa yang pelik jauh sekali mustahil. Resipi dan rahsianya, disiplin, ikhlas dan jujur selain kekal menitikberatkan usaha serta doa. Hari ini, selepas lebih dua dekad bergelumang dalam bidang seni, pelakon yang sinonim dengan bakat versatilnya dalam menghidupkan pelbagai watak ini sudah mampu tersenyum melihat kejayaannya. Bukan lagi bersandar pada status pelakon, malah Rosyam juga pemenang tiga trofi anugerah Festival Filem Malaysia bersyukur kerana akhirnya berjaya merealisasikan impiannya menjadi usahawan dalam menghasilkan karya seni. "Suhan Movies & Trading Sdn Bhd adalah bukti usaha dan kerja keras "Lantas wujudnya syarikat ini untuk terus menjadi kesinambungan kepada apa yang saya fikirkan perlu bagi menambah warna-warni dalam dunia seni lakonan. "Pengalaman, ilmu dan bakat yang saya kutip sepanjang bergiat dalam bidang seni sebelum ini pula sudah berjaya saya terjemahkan dalam program realiti pencarian pelakon, Pilih Kasih yang berjaya hingga ke musim ketiga. Itu semua adalah kepuasan peribadi yang mampu saya catatkan dalam diari seni saya kerana sekurang-kurangnya ada juga usaha yang saya lakukan untuk industri. "Namun semuanya atas kepercayaan dan rasa yakin pihak lain kepada saya. Itulah yang saya katakan, sedar diri, ruang dan kemampuan begitu penting untuk terus saya tanamkan dalam jiwa bagi memastikan ia mampu membuka mata orang sekeliling kepada apa yang saya ada," katanya lagi. Dua tahun lamanya menyepi selepas drama berantai, Trilogi Cinta dan filem Libas, aktor yang masih bergaya ini langsung tidak menerima sebarang tawaran sama ada drama mahupun filem. Meletakkan sepenuhnya fokus pada syarikat dan terpaksa melupakan banyak tawaran yang datang kerana tidak punya keserasian dan minat pada watak yang diberi, Rosyam bagaimanapun yakin rindu peminatnya akan terubat menerusi filem Ayah kepada lima puteri ini menyifatkan KL Gangster 2 sebagai peluang terbesar untuk membuktikan kewibawaannya, sekali gus melakar kepulangan penuh bermakna dalam karier lakonannya. "Saya berharap peminat akan ke pawagam untuk menonton lakonan saya dalam KL Gangster 2 kerana ia satu lagi naskhah yang mencerminkan 'comeback' saya. Saya percaya KL Gangster 2 akan membuatkan penonton puas dan seronok nanti," katanya yang menyifatkan kembali berlakon di bawah syarikat Skop Productions milik Yusuf Haslam begitu klasik. Balistik eksperimen terbaru CASTELLO yang berjaya memancing kaki wayang lapan tahun lalu terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dijadikan pengukur terbaik untuk mengundang rasa yakin Rosyam melakukannya kali kedua. Tahun ini, Rosyam melalui syarikatnya itu mengambil risiko dengan tampil menerbitkan dua filem iaitu Isyarat Cinta lakonan Fizo Omar, Adi Putra dan Liyana Jasmay serta Balistik yang dilakonkannya sendiri. Balistik yang bermaksud kelajuan peluru, idea penghasilannya yang diarahkan Silver Chung tercetus enam tahun lalu selepas Rosyam membintangi drama berantai CID. Hanya kini impian tertunda itu terlaksana dengan usaha sama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF). Naskhah aksi yang mengangkat tema gangsterisme dengan suntikan drama dan kasih sayang dilakonkan Rosyam di samping Rita Rudaini, Adi Putra dan pelakon kanak-kanak, Rykarl Iskandar, selain Datuk Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan. Jelasnya, Balistik satu perjudian besar yang dilakukannya baik dari aspek lakonan mahupun pelaburan selaku penerbit. "Berhabis-habisan saya memberi tumpuan kepada Balistik kerana ia sebuah produk terbaru saya. Baik dari sudut pembangunan watak dan lakonan yang saya berikan, ia dilihat antara yang terbaik dan paling kemas. Balistik menterjemahkan seribu kelainan dalam jalur filem bercorak aksi dan saya yakin ia akan menjadi kesinambungan di atas kejayaan Castello sebelum ini. "Balistik bukan sekadar sebuah karya untuk tontonan kelompok Melayu, sebaliknya membawa keinginan untuk turut menembusi kuasa tontonan masyarakat Cina. Saya juga yakin Balistik memiliki potensi untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi dengan menembusi pasaran antarabangsa menerusi hubungan baik ATF dengan pihak luar dalam membantu membangunkan produk tempatan ke luar. "Insya-Allah Balistik akan memberikan kelainan kepada industri perfileman Malaysia," katanya. Filem yang menelan belanja sekitar RM1.2 juta ini mengisahkan perjalanan hidup Saga yang juga seorang pembunuh upahan dan suami kepada Salina. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl. Kegiatan aktif Saga sebagai pembunuh memaksa dia untuk berpisah dengan Salina. Namun, anaknya dibawa bersama. Selepas sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga apabila mereka terserempak dalam satu insiden penuh drama. Namun, pada ketika itu Salina sudah berkahwin dengan Nizam yang kebetulan anggota polis. Mulalah konflik antara mereka dan pertembungan rasa cinta lama dan wujud pula plot sengketa antara Saga dan Nizam yang bukan sekadar berpaksi pada seorang wanita, Salina, sebaliknya terikat pada komitmen kerja dan tanggungjawab. Walaupun filem ini mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterisme, namun masih ada elemen cinta dan kasih sayang. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/09 |
Posted: 09 Sep 2012 07:56 AM PDT SELURUH skrip Teater Tun Dr Siti Hasmah ditulis semula oleh pengarah barunya, Erma Fatima. Teater itu yang sepatutnya sedang dipentaskan di Istana Budaya (IB) terpaksa ditunda kepada 9 hingga 19 November ini selepas pengarah asalnya, Adlin Aman Ramli menarik diri. Disebabkan itu juga, Erra Fariza yang sepatutnya memegang watak sebagai Dr Siti Hasmah turut mengundur diri kerana pada tarikh baru itu dia sudah ada komitmen lain. Peranan itu akhirnya akan dilunaskan oleh Lisa Surihani yang akan muncul ketika bekas Wanita Pertama Negara itu masih muda dan ketika berusia diambilalih oleh Datin Sofia Jane. Ketika ditemui pada sidang media teater itu di IB Jumaat lalu, jelas Erma yang sedang sibuk mengarahkan drama Kau Yang Terindah, dia tidak begitu tahu isi kandungan skrip yang dikarang oleh Adlin kerana dia hanya membaca separuh saja. "Adlin menampilkan konsep yang berbeza iaitu lebih santai dan konsep itu tidak dekat pada jiwa saya. Umie Aida (Penerbit Eksekutif) dan IB mahu saya merombak skrip itu tetapi saya memutuskan untuk membuat skrip baru.
"Oleh kerana Tun Dr Mahathir mahu rakyat negara ini percayakan kepakaran yang kita ada, maka beliau rela dibedah di negara sendiri. Khabarnya apabila mendapat tahu keputusan suaminya itu, Tun Dr Siti Hasmah menangis dan itulah kali pertama dia mengalirkan air mata," katanya. Tambah Erma, pasti kita juga tertanya-tanya jika Tun Dr Mahathir sedih dia akan menyandarkan kesedihannya pada Tun Dr Siti Hasmah tetapi kalau beliau pula sedih, dengan siapakah dia mahu berkongsi kesedihannya. "Sebagai isteri kepada Perdana Menteri, kita juga ingin tahu sudut pandangannya mengenai politik negara dan pandangannya sebagai rakyat jelata," katanya. Dalam pementasan ini juga, Erma terpaksa berhati-hati menulis skrip dengan melakukan banyak kajian. Banyak perkara yang sensitif terutama dari segi politik dan anak-anaknya. Sebelum dipentaskan skrip itu juga ditapis dan mendapatkan kelulusan terlebih dulu. Mengenai pemilihan Lisa, jelas Erma dia percaya pelakon jelita itu mampu membawa watak itu dengan baik dan dari sudut komersial, Lisa mempunyai ramai peminat. "Sifat kelembutan dan kebijaksanaan Tun Dr Siti Hasmah ada pada Lisa," katanya. Pementasan itu akan menampilkan pelakon Nazim Othman sebagai Tun Dr Mahathir ketika muda dan watak tuanya ditangani oleh Esma Daniel. Sementara itu, Lisa mengakui yang dia terkejut dengan tawaran dari World Islamic Network Televisyen Sdn Sdn (WINTSB) dan IB. "Ketika wakil IB menghubungi saya dua minggu lalu, saya tergagap-gagap untuk memberikan jawapan kerana saya belum pernah berlakon pentas dan peranan itu pula terlalu besar. Pernah ada tawaran berlakon teater sebelum ini tetapi terpaksa ditolak kerana pertembungan jadual. "Kali ini saya terima kerana tiada tawaran lain dan sebagai pelakon yang belum pernah ke pentas teater, saya menyahut cabaran ini untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Sejujurnya ketika tawaran itu sampai, saya tak tahu yang "Bagi saya Erra adalah orang yang paling layak membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah. Saya terima tawaran ini sebagai cabaran untuk diri sendiri. Saya berterima kasih pada Erra kerana dalam artikel yang memuatkan beritanya, dia memberikan sokongan dan mahu saya melakukan yang terbaik. "Walaupun amanah ini berat apatah lagi menggalas watak wanita berkarisma, paling utama selain memahami sisi halus dan emosi figura terbabit, saya juga kini giat mendalami watak, teknik lontaran suara dan lenggok badan daripada penggiat teater, Normah Nordin," katanya. Menurut Lisa, dia pernah berlakon teater kanak-kanak ketika berusia 15 tahun berjudul www.puterigunungledang.com.my dan kini dia lupa segala teknik berlakon di pentas teater. "Normah mahu saya mendalami semula teknik lakonan teater terutama lontaran suara dan dia juga tidak mahu saya mengehadkan perwatakan saya," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |