OHBULAN! |
Hijabster : Cantik Dengan Hijab Lace MAIRAA Posted: 09 Sep 2012 10:01 PM PDT Dewasa ini terdapat pelbagai gaya hijab yang ditonjolkan oleh penggemar fesyen tempatan mahupun antarabangsa. Ini telah membuktikan bahawa, individu yang berhijab juga mampu bergaya dan ia tidak menjadi penghalang untuk mereka turut tampil sopan dan anggun sepanjang hari. Menerusi sebuah blog hijab, Scarf Sweet Honey, blog ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis hijab, malah ia turut menyelitkan beberapa tutorial pemakaian hijab yang cantik dan sopan untuk semua pelanggannya. Di sini pihak OHBULAN! ingin berkongsi salah satu gaya hijab yang menarik untuk para wanita. Gaya ini sangat sesuai untuk individu yang ingin tonjolkan kelainan dalam penampilan harian dan ingin tampil segar dengan gaya yang baru. Untuk aplikasikan gaya hijab ini, pertama sekali, anda harus memiliki selendang yang berukuran panjang seperti selendang. Sebagai langkah pertama, anda hendaklah kemaskan fabrik hijab tersebut diatas kepala dan bawakan ia dibahagian sisi sebelah kanan. Seterusnya, pegang hujung tepi selendang dan bawakan ia ke bahagian hadapan sehingga menutupi dada. Kemaskan selendang tersebut di bahagian belakang dan sematkan ia di atas bahu sebelah kanan. Untuk hasil yang lebih cantik dan menarik, kemaskan bahagian tepi selendang sebelah kiri dan kanan agar ia tidak mudah bergerak. Selamat mencuba! Tips Penjagaan Rambut SunsilkSelalu gunakan syampu yang dicipta khusus dengan ramuan aktif untuk cucian mendalam, menanggalkan mendapan minyak agar kulit kepala bersih dan sihat. Hasilnya – kesegaran berpanjangan tanpa kegatalan. Tahniah! kepada empat pemenang bertuah Sunsilk Clean & Fresh. Senarai nama pemenang telah diumumkan pada 4 September yang lalu. Ingin melihat foto pemenang-pemenang ini? Jom layari laman rasmi Facebook Sunsilk. |
“MasterChef Malaysia” Kembali Lagi Untuk Musim Kedua! Posted: 09 Sep 2012 07:48 PM PDT Bermula 8 September 2012 lalu, pihak Astro Ria telah menyiarkan program realiti masakan, MasterChef Malaysia untuk musim kedua. Dengan bertemakan 'Dapur' Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim ini bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada musim kedua ini, pihak Astro masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Mereka yang berpengalaman adalah, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md Zain yang merupakan juri untuk musim lalu. Selain itu, Chef Adu Amran yang pernah muncul di MasterChef Selebriti Malaysia juga akan bertindak selaku juri di MasterChef Malaysia musim kali ini. Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad, pihak Astro Ria amat berbangga kerana telah menayangkan kembali sebuah program yang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Disamping itu, melihat daripada peningkatan jumlah peserta yang terlibat dalam sesi ujibakat yang berakhir pada bulan Jun yang lalu, pihak Astro Ria menjangkakan enam episod ujibakat dan 66 episod seterusnya ini bakal menerima sambutan yang lebih hebat berbanding musim pertama. Selepas enam episod siaran sesi ujibakat dan cabaran Bootcamp disiarkan, seramai 24 peserta akan berjuang di MasterChef Malaysia untuk musim kedua ini. Di mana, sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis). Untuk makluman semua, Juara MasterChef Malaysia musim kali ini bakal memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan oleh pihak Astro kelak. Sementara itu, pihak Astro turut mengalu-alukan kehadiran pihak Panasonic Cooking Magic sebagai penaja utama dan MyChef sebagai penaja bersama. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |