Adsense

Ahad, 9 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Excellent Pictures Tangga Teratas Program Aidilfitri

Posted: 09 Sep 2012 10:36 PM PDT

EXCELLENT PICTURES BERTERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.

Syarikat penerbitan dan pengedaran filem juga drama, Excellent Pictures, berterima kasih kepada semua pihak, stesen televisyen, media juga orang ramai, di atas sokongan produk terbitan syarikat ini, yang antaranya berjaya menduduki tangga teratas, program Aidilfitri tahun ini.

Terus mencetuskan fenomena, filem arahan Ahmad Idham dan dibintangi Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar, Mael Lambong, mengungguli di tangga teratas, program Aidilfitri, yang ditayangkan di slot Terbaik Raya TV3, dengan mencatat jumlah tontotan setinggi 2.8 juta atau 47 peratus dari jumlah keseluruhan penonton.

Drama Excellent Pictures

Mengulas mengenai fenomena ini, pengarah juga penerbit, Ahmad Idham berkata, sambutan yang diterima untuk produk terbitan Excellent Pictures, seperti Mael Lambong, sudah boleh dijangkakan. Namun, mendapat sambutan sehingga menjadi program paling popular untuk musim perayaan, adalah diluar jangkaan.

"Ini semuanya dapat direalisasikan, atas sokongan semua pihak, iaitu stesen televisyen (TV3), rakan media yang sentiasa membantu memyebarluaskan maklumat berkaitan produk terbitan syarikat kami, juga, yang paling penting, sokongan penonton. Tiada kata yang mampu disebut, hanya ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan," jelas Idham lagi.

Terdahulu, Excellent Pictures dan pihak TV3 telah menjalinkan satu kolabrasi, yang telah menampakkan kejayaan besar, terbukti dengan produk yang dihasilkan, mendapat sambutan mengalakkan.

Kala diminta mengulas mengenai hal ini, kata Idham, " Inilah kolabrasi yang diperlukan dalam industri hiburan (perfileman). Melalui promosi oleh pihak TV3 dan kami memberikan produk yang mampu menarik minat penonton, hasilnya cukup membanggakan."

Ditanya, jika sambutan yang diterima ini, boleh memberi tekanan kepada dirinya, Idham menambah, "Ianya mungkin betul, ini akan memberi sedikit tekanan. Tetapi tekanan ini, membuatkan saya akan terus menghasilkan karya terbaik yang mampu memberi kepuasan kepada penonton."

Untuk musim sambutan Aidilfitri yang lalu, filem terbitan Excellent Pictures, Jangan Pandang-Pandang, lakonan Zizan Razak juga ditayangkan dan mencatat jumlah tontonan, lebih dari dua (2) juta penonton. Selain itu, filem-filem arahan Ahmad Idham, seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Aku Masih Dara, Cuti-cuti Cinta dan banyak lagi, ditayangkan dan mendapat sambutan cukup mengalakkan.

Excellent Pictures juga terus mencetuskan fenomenanya tersendiri, apabila, selepas kejayaan Cintaku 120 km/j pada malam sambutan Aidilfitri yang lalu, Apa Celop Raya, mendapat sambutan hebat apabila mencatat jumlah tontonan 1.8 juta, yang ditayangkan pada malam sambutan Aidilfitri 2012.

Idham menambah,"Jenama Apa Celop, terus dikenali, diterima peminat dan menyebabkan ianya mampu mencetus satu fenomena baru. Dari drama bersiri Apa Celop, yang cukup diperkata, diteruskan dengan Apa Celop Raya, yang terus mendapat sambutan hebat. Dan, sebagai menghargai sokongan peminat, filem Apa Celop Toqq akan mula ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober nanti. Saya amat menghargai sokongan berterusan peminat jenama Apa Celop ini."

Filem terbitan Excellent Pictures, Apa Celop Toqq, lakonan hebat Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana, Shenthy Feliziana dan buat julung kalinya, memperkenalkan Hazama Azmi, akan mula ditayangkan bermula 25 Oktober, sempena sambutan Aidil Adha nanti.

Jika, Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, mampu mencetus fenomena apabila ditayangkan sempena sambutan Aidil Fitri tahun lalu, dengan kutipan sebanyak RM 5 (lima) juta untuk 5 (lima) hari tayangan, Apa Celop Toqq, mampu mencipta sejarah tersendiri apabila ditayangkan pada sambutan Aidil Adha tahun ini.

Excellent Pictures ingin berkongsi kejayaan ini bersama peminat dan penonton yang terus memberi sokongan yang tidak henti-henti, dengan menghasilkan karya yang mampu menawan hati penonton. Inilah caranya untuk kami, mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan selama ini.

Untuk memberikan sebarang maklum balas ataupun informasi, boleh emailkan kepada admin@excellentpictures.com.my, di twitter iaitu excellentpic_my atau layari www.excellentpictures.com.my.

Drama Excellent Pictures

Drama Excellent Pictures

Drama Excellent Pictures

Drama Excellent Pictures

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Travel Review Holiday Inn Resort Phuket

Posted: 09 Sep 2012 10:11 PM PDT

Holiday Inn Resort Phuket Buat Seisi Keluarga!
Oleh Shah Shamshiri

Phuket merupakan salah satu destinasi percutian pulau yang paling popular di Asia Tenggara. Biarpun satu ketika dulu ia pernah menjadi perhatian dunia gara-gara dipukul ombak tsunami, Phuket kini bangkit semula sebagai pusat hiburan buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan .

Terkenal dengan Pantai Patong yang menjadi pusat segala aktiviti Phuket, kota ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara hotel yang paling popular di Patong adalah Holiday Inn Resort Phuket. Hotel yang berada di bawah payung jenama hotel IHG ini terletak 45 minit dari lapangan terbang antarabangsa Phuket dan antara 15 hingga 20 minit sahaja dari pantai Karon, Kata dan juga Surin. Sungguhpun begitu, ia menempati satu kawasan yang besar di seberang jalan di tepi pantai Patong sendiri. Ini terletak di tengah-tengah kawasan membeli-belah serta jalan-jalan hiburan yang lain.

Terbahagi kepada dua sayap iaitu sayap utama hotel dan juga sayap Busakorn, kesemua unit penginapan direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Di sayap utama terdapat pelbagai jenis bilik, termasuklah yang bertema khas seperti Familysuite serta Kidsuite yang diwujudkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Malah buat kanak-kanak terdapat Kid's Club bagi mereka yang berumur 5 tahun ke atas. Di sini ada kemudahan seperti aneka permainan dalam, pemain DVD dan juga karaoke. Tersedia juga kolam renang khas buat kanak-kanak. Selain daripada itu, kanak-kanak boleh juga makan secara percuma di restoran terpilih dan buffet makan malam tertentu.

Di sayap Busakorn pula terdapat beberapa unit khas yang sangat eksklusif dan terbahagi kepada dua kategori iaitu studio dan juga villa. Sayap Busakorn dikhaskan buat golongan dewasa sahaja dan kanak-kanak tidak dibenarkan menginap di kawasan ini. Terdapat sebuah kolam renang peribadi di sayap ini yang istimewa disediakan bagi mereka yang menginap di sayap Busakorn sahaja.

Hotel ini mempunyai beberapa buah kolam renang berasingan mengikut sayap masing-masing serta kolam renang khas bagi kanak-kanak. Selain kolam renang dan juga Jacuzzi, para tamu boleh juga memanjakan diri di Aspara Spa dan bersenama di pusat gimnasium. Para pengunjung juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti lain yang tersedia di hotel ini seperti akuarobik, pakej lawatan bersiar-siar, pakej membeli-belah dan jalan-jalan, kelas mewarna batik dan payung serta tidak lupa juga demonstrasi kraftangan.

Soal menjamu selera pula terdapat banyak tempat makan di hotel ini. Di antaranya Sea Breeze Café & Terrace, Terrazzo Ristorante & bar, Sam's steak House, The Bar dan juga Charm Thai Restaurant yang terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan khas Thai. Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Phuket.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: