Adsense

Isnin, 10 September 2012

borak kosong

borak kosong


Operasi Payudara, Ibunda Kim Kardashian Lihat Majalah Porno

Posted: 10 Sep 2012 09:30 PM PDT

LOS ANGELES- Ibunda Kim Kardashian, Kris Jenner pergi ke rumah sakit untuk menjalani operasi plastik, khususnya di bahagian payudara. Untuk mencari inspirasi, Kris melihat majalah porno agar payudaranya terlihat bagus. 

Hal itu terjadi dalam tayangan reality show The Keeping Up With The Kardashians. Keluarga Kardashian memang tak malu menampilkan kehidupan peribadi dan hal yang sensitif di depan orang banyak. 

"Zama telah berubah, dan payudaraku harus tetap dijaga," ujar Kris seperti dikutip Popeater,Selasa (11/9/20120).

Sementara, adik Kim, Khloe Kardashian juga ikut menemui doktor. Bezanya, Khloe bertemu dengan ahli kandungan untuk bertanya kenapa pernikahannya dengan Lamar Odom belum juga dikurniai anak. 

"Aku hanya ingin memastikan tubuhku baik-baik saja, aku baik-baik saja dan ini tidak terdengar baik," kata Khloe.

Model Nyaris Bogel di Pameran Mobil, Pemerintah China Berang

Posted: 10 Sep 2012 09:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Pemerintah China berang dan mengeluarkan teguran keras setelah sejumlah model berpakaian minim hingga nyaris telanjang hadir di pameran kereta di Chengdu, awal bulan ini. Demikian dilansirSydney Morning Herald, Selasa (11/9/2012).
Seperti ditulis Car News China, penyelenggara Chengdu Motorshow mendapat peringatan keras kerana menampilkan model nyaris telanjang yang berpose untuk kereta Kia, Citroen, dan Toyota.
Seorang model bernama Yan Yu, berpose untuk Camry, dirakam dan difoto ketika memperlihatkan payudaranya. Sementara dua model Kia lainnya juga dianggap tak sopan kerana menggunakan busana yang bagian atasnya memperlihatkan bagian tubuhnya. Model lain mengenakan busana transparan dengan warna kulit. Booth Citroen hanya mengenakan atasan dan stocking dengan tali dan mengundang perhatian.
Ini bukan pertama kalinya pameran kereta di China menarik kontroversi dengan model-model yang berbusana sangat minim. Hal yang sama juga terjadi pada penyelenggaraan pameran kereta di Beijing April tahun ini dan memaksa pemerintah China mengeluarkan teguran keras

Gol gempak dari seorang penjaga gol

Posted: 10 Sep 2012 09:00 PM PDT


Gol akrobatik seorang goalkeeper dari pasukan divisyen kedua Denmark Frem Copenhagen ini begitu mantap. Ketika pasukannya ketinggalan 1-0 dari pasukan Skjold Birkerod, penjaga gol Jakob Kohler maju ke depan goal lawan. Dan tak lama kemudian, saat pertandingan sudah akan berakhir, dia ini segera mengejutkan publik setelah tendangan ala basikalnya sukses mendorong bola menembus gol lawan. Di akhir video Kohler mengatakan "Apakah kamu merakamnya ke dalam video? Aku harus punya rakamannya!"

Lelaki pemalu buat Juri X Factor ternganga

Posted: 10 Sep 2012 08:45 PM PDT


 Juri X Factor UK merasa cukup terhibur atas kehadiran seorang peserta lelaki pemalu, namun berbakat tinggi, Christopher Maloney.

Rihanna Buat Tato di Bawah Payudara

Posted: 10 Sep 2012 08:30 PM PDT



 fashingnet.com-Akhir-akhir ini banyak selebriti yang gemar membuat tato di dadanya. Sebut saja Lady Gaga, Justin Bieber dan baru-baru ini Rihanna pun bikin tato di bawah payudaranya.

 Penyanyi 'We Found Love' itu mengup load foto tato terbarunya melalui akun Twitter-nya. Ia juga menjelaskan keterangan tato itu.

 "Goddess Isis- Complete Woman - Model for future generations- #GRANGRANDOLLY - always in and on my heart #1love," tulis Riri seperti dilansir E Online, Senin (10/9/2012).

 Tato itu menggambarkan dewi Mesir yang memiliki sayap. Bahkan sayapnya membentang hampir sepanjang dada mantan kekasih Chris Brown itu.

 Dewi Mesir itu menjelaskan sebuah kelahiran kembali. Selain itu, gambar tersebut merupakan salah satu simbol feminitas.

Isteri terkejut mayat suami tergantung depan rumah

Posted: 10 Sep 2012 08:15 PM PDT


JASIN - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di beranda rumahnya di Kampung Pondok Kempas, Kesang Pajak, petang kelmarin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 75 tahun ditemui isterinya yang baru pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kesyukuran salah seorang anaknya di Kesang Jaya.
Isteri mangsa berusia 75 tahun berkata, sebelum keluar rumah dia mengajak suaminya yang menghidap asma dan paru-paru berair untuk pergi bersama namun suaminya enggan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa meninggalkan suaminya seorang diri di rumah.
"Saya ke rumah anak kerana dia mengadakan kenduri kesyukuran kerana akan menunaikan haji tetapi bila pulang ke rumah, saya terkejut lihat suami dalam keadaan tergantung.

"Sebelum kejadian kami tidak ada perselisihan faham. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya, semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

"Polis menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

"Pihak hospital memaklumkan mangsa mati kerana lemas," katanya.
sumber : sinar harian

Hospital di India upah kaki pukul kawal keselamatan

Posted: 10 Sep 2012 08:00 PM PDT


NEW DELHI - Sebuah hospital di India mengupah sejumlah kaki pukul bagi mengelakkan kakitangannya daripada menjadi mangsa keganasan di tempat kerja.
Seorang kaki pukul berkenaan, Pradeep Kumar dan lebih 20 rakan sekerjanya bertugas mengawal wad kecemasan dan bersalin Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) di sini.
Mereka akan memastikan saudara-mara dan rakan pesakit tidak memenuhi dan mengganggu ketenteraman di kedua-dua wad berkenaan.
"Orang ramai yang datang bersama pesakit yang mengalami trauma atau wanita mengandung mudah hilang sabar," kata Pradeep.
"Sebab itu, kami hanya membenarkan seorang pelawat untuk seorang pesakit di wad kecemasan," tambahnya.
Kumpulan kaki pukul itu melayan pelawat ke wad berkenaan dengan sopan tetapi wajah garang dan tubuh sasa mereka membuatkan orang ramai berfikir dua kali untuk tidak menghiraukan arahan lelaki-lelaki berkenaan.
"Mereka kelihatan ganas seperti watak dalam filem aksi," kata seorang bapa, Pawan Desai semasa membawa anak perempuannya yang berusia empat tahun ke DDU bagi merawat luka pada tangannya.
Pekerja hospital di India berdepan risiko bahaya dengan beribu-ribu serangan berlaku pada setiap tahun.
Kebanyakan serangan itu ekoran rasa tidak puas hati saudara-mara dan rakan pesakit.
Pada April lalu, beberapa rakan seorang pesakit di wad kecemasan DDU menumbuk muka seorang doktor dan mematahkan hidungnya sebelum mengamuk dengan bersenjatakan beberapa kayu hoki.
Mereka menghayunkan senjata itu terhadap staf perubatan dan memecahkan sejumlah tingkap, lampu dan perabut hospital berkenaan. - Agensi

kosmo online

Penjenayah tinggal belanja pengebumian sebelum bunuh diri

Posted: 10 Sep 2012 07:45 PM PDT


MOSCOW: Seorang bapa menembak mati dua anak lelakinya yang masih kecil, isteri dan mertuanya di sebuah desa di Siberia semalam.
Suspek kemudian menyerahkan AS$6,000 (RM18,660) kepada jirannya untuk pengebumian mereka sebelum membunuh dirinya sendiri, kata pihak berkuasa semalam.

Lelaki itu membunuh dua anak lelakinya berusia empat dan sembilan tahun, isterinya, 38, dan mertuanya dengan senapang patah di sebuah desa di Podsinee, Khakasia di selatan Siberia, kata Jawatankuasa Siasatan dalam satu kenyataan. "Selepas insiden itu lelaki terbabit menyelitkan wang $5,000 (RM15,550) dan $1,200 (RM3,732) melalui pagar kediaman jirannya dengan nota meminta supaya mereka semua dikebumikan.


"Kemudian dia masuk ke dalam bilik dan menembak dirinya sendiri," kata kenyataan itu.

Sementara itu, laman tabloid lifenews.ru, melaporkan, pembunuhan itu berpunca daripada perkelahian keluarga. - AFP


SUMBER : MYMETRO

Kepala budak perempuan parah tersepit di eskalator

Posted: 10 Sep 2012 07:30 PM PDT


BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera parah apabila kepalanya tersepit di antara eskalator bergerak dengan dinding di pusat beli-belah di Pathum Thani, semalam.
Pengawai polis penyiasat Pratunam Chulalongkorn, Leftenan Kolonel Chamnong Kongtapan, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 petang di eskalator bergerak di antara tingkat dua dan tiga di Pusat Beli-Belah Future Park Rangsit. 
Katanya, Nualprae Wasuthichaikul mungkin menghulurkan kepala untuk melihat ke bawah sebelum tersepit.

Kanak-kanak itu dihantar ke hospital berdekatan dan doktor berjaya memulihkan kembali denyutan jantung, tetapi keadaannya masih lemah kerana mengalami pendarahan dalam kepala. - Bangkok Post


sumber : mymetro

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar

Posted: 10 Sep 2012 07:15 PM PDT


NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam.
Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya.

Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai. "Kastam mengesan monyet itu ketika membuat pemeriksaan badan," katanya. Monyet berukuran 17 sentimeter itu - dikenali sebagai loris - hidup di India dan Asia Tenggara, dianggap mempunyai khasiat bagi menguatkan tenaga batin. Ia adalah spesies terancam di dunia. Seekor lagi monyet itu ditemui ditinggalkan dalam tong sampah lapangan terbang berkenaan. - AFP


sumber : mymetro

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar

Posted: 10 Sep 2012 07:15 PM PDT


NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam.
Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya.

Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai. "Kastam mengesan monyet itu ketika membuat pemeriksaan badan," katanya. Monyet berukuran 17 sentimeter itu - dikenali sebagai loris - hidup di India dan Asia Tenggara, dianggap mempunyai khasiat bagi menguatkan tenaga batin. Ia adalah spesies terancam di dunia. Seekor lagi monyet itu ditemui ditinggalkan dalam tong sampah lapangan terbang berkenaan. - AFP


SUMBER : MYMETRO

Gordon-Brown mahasiswa termuda

Posted: 10 Sep 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi mahasiswa termuda Britain.
Berdasarkan umurnya, Xavier Gordon-Brown mungkin terlalu muda untuk dibenarkan membuka akaun di Facebook, namun pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi peringkat ijazah.
Gordon-Brown layak mengikuti pengajian peringkat universiti selepas lulus ujian Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) pada 2009 dan menjadikan dia calon termuda memperoleh markah A dalam subjek berkenaan.

Kini, Gordon-Brown mengikuti kelas pengajian di Universiti Terbuka di Grinstead Timur dua atau tiga kali sebulan.



Disebabkan usianya juga, Gordon-Brown terpaksa ditemani ibunya setiap kali dia pergi ke dewan kuliah.


Berasal dari Haywards Heath di Sussex, Gordon-Brown masih meneruskan persekolahannya seperti biasa, selain menyertai pelbagai aktiviti seperti belajar bermain klarinet, piano dan biola.

Di sekolah, Gordon-Brown mempelajari empat bahasa asing dan aktif bermain bola.

Dia mengikuti kuliah apabila tiada sesi persekolahan atau aktiviti berkaitan dengannya.

Ibu Gordon-Brown, Erica, berkata dia amat bangga dengan pencapaian anak bongsunya itu.

Walaupun ada ibu bapa yang memastikan anak mereka membesar di kalangan rakan sebaya, dia berpendapat, Gordon-Brown boleh menyesuaikan diri bergaul dengan mahasiswa yang jauh lebih dewasa daripadanya.

"Adalah baik untuk Gordon-Brown dapat berkawan dengan seseorang yang memiliki tahap intelektual setara dengannya," katanya.

Minat Gordon-Brown kepada angka bermula sejak awal.

Kata Erica, anaknya itu mula menguasai kemahiran sifir sebelum berusia empat tahun dan mampu menyelesaikan soalan aritmetik mental walaupun belum bersekolah.

"Setahun selepas mencatat kejayaan di peringkat GCSE, Gordon-Brown lulus peperiksaan A-level," katanya. - DM


sumber : mymetro

Nenek rugi RM10,000 ditipu 2 ‘pekerja TNB’

Posted: 10 Sep 2012 06:45 PM PDT


ALOR GAJAH: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. "Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.


"Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, seorang suspek kemudian menyuruh wanita itu mengambil kad pengenalan untuk direkodkan ke dalam buku catatan sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan.


Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa masuk ke dalam bilik dan mengambil kad pengenalan dalam beg sebelum meletakkan semula beg itu di atas katil.



"Mangsa menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang suspek yang bertindak mengisi butirannya. Selepas 15 minit di sekitar rumah mangsa, kedua-dua suspek menyatakan tugas mereka sudah selesai lalu meminta diri sebelum menghilangkan diri.

"Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang," katanya.


Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.

Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.


"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkulit cerah, seorang daripadanya memiliki susuk tubuh kurus dan tinggi, manakala rakannya berbadan rendah.


"Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sekiranya didatangi individu berkenaan dan segera menghubungi balai polis berhampiran atau talian 06-5562222 untuk tindakan lanjut," katanya.


sumber : mymetro

Ugut terjun cinta hampa

Posted: 10 Sep 2012 06:30 PM PDT


SANDAKAN: Gagal dalam percintaan dipercayai menjadi punca seorang wanita duduk sambil menangis di luar tingkap di tingkat enam sebuah hotel, dipercayai cuba membunuh diri sebelum berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba dalam kejadian di Jalan Labuk, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi, perbuatan gadis terbabit disedari orang ramai sebelum menghubungi bomba bagi memaklumkan kejadian itu. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata, mangsa berusia 32 tahun baru saja mendaftar masuk ke hotel itu bersama seorang rakannya.

"Bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.40 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.



"Berdasar maklumat, seorang wanita memanjat keluar melalui tingkap hotel di tingkat enam, dipercayai untuk membunuh diri," katanya ketika ditemui Harian Metro.


sumber :mymetro

Kepala pecah, otak terkeluar

Posted: 10 Sep 2012 06:15 PM PDT


SABAK BERNAM: "Ngeri saya melihat kepala seorang daripada mangsa pecah dan otaknya terkeluar," kata S Kumar, 30, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mengakibatkan lima maut termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Parit Tujuh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Kumar yang memandu lori tiga tan bersama kelindannya dikenali sebagai Sivakumar, 25, dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak, selepas menghantar muatan telur ayam di Klang.

Tiga beranak yang terbunuh ialah Yeap Chin Hing, 52; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, dan anak perempuan, Yeap Chin Maei, 25. Turut maut dalam kejadian itu ialah dua wanita yang juga rakan Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.


Empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Chin Maei meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.

Kumar berkata, sebelum kemalangan dia melihat sebuah kereta Honda City dinaiki lima mangsa dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta lain.


"Ketika memotong, ia bergesel dengan sebuah Honda CRV dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan menuju ke arah lori.



"Kejadian terlalu pantas dan saya tak sempat mengelak atau membrek. Kereta itu terus merempuh bahagian depan lori.

Kumar berkata, walaupun impak rempuhan itu kuat, dia dan kelindannya bersyukur tidak cedera.


"Sebaik turun dari lori saya lihat kelima-lima mangsa dalam kereta itu tidak bergerak. Saya tidak berani nak tolong kerana kecederaan mereka yang terlalu parah," katanya yang kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Honda City dari arah Sabak Bernam yang dipandu Chin Hing cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan sebuah Honda CRV di laluan bertentangan.


"Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum ia merempuh lori berkenaan. Semua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan," katanya.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, manakala seorang lagi mangsa iaitu Chin Maei yang parah dibawa ke Hospital Tanjung Karang. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.


Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


sumber : mymetro

Gelora nafsu songsang

Posted: 10 Sep 2012 06:00 PM PDT


KUANTAN: Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.
Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.
Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.


sumber : mymetro

Diikat, dibogel kawan lama

Posted: 10 Sep 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Demi memperoleh RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan jenayahnya berusia 30 tahun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit, di sini.
Dalam kejadian bermula pada jam 10 malam, 4 September lalu, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop. 
Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit.

Tambah keji, sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair dipercayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasannya.


Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keesokannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut.

sumber : mymetro

Anda rasa adakah perempuan dalam gambar ini berbogel?

Posted: 10 Sep 2012 05:30 PM PDT

image
Ini gambar anak dara sedang make up di hadapan cermin dan kelihatan kawan di belakangnya sedang berkemas tetapi ada sesuatu yang tak kena dengan  gambar kawan yang mengemas itu.Adakah dia berbogel?Perhatikan betul-betul…


 v

v

v

v

v

v

v


image

Bukan.., Awek yang di  belakang itu memang memakai baju. Itu bukan punggungnya... Itu adalah tangan kanan si pemegang kamera..!! Jadi bila melihat sesuatu kejadian atau keadaan fikir dahulu dan jangan terus membuat kesimpulan...Jadi orang yang bijak

Aksi gagak yang menjadi batu api

Posted: 10 Sep 2012 05:15 PM PDT


Gagak dipercayai sebagai salah satu burung paling pandai di dunia yang membuat para ahli takjub dengan kemampuan mereka dalam memecahkan masalah rumit. Tapi gagak yang satu ini rupanya lebih suka menciptakan 'masalah' daripada memecahkannya.


Sebagai Rakyat Malaysia, Jom Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Dalam klip video YouTube berdurasi 2 minit 49 saat ini, terlihat seekor gagak mengintimidasi dua ekor kucing dengan terbang dari atap ke atap sambil mematuki ekor mereka.

 Terganggu dengan aksi sang gagak, salah satu kucing yang berwarna hitam memilih berpindah tempat dengan melompat ke atap sebelah. Namun, maksud hati untuk menghindar, ia malah mendarat tepat didepan kucing lainnya yang membuat perkelahian sengit diantara keduanya, dan sang gagak pun dengan santai melihat perkelahian kedua kucing ini sambil sesekali memprovokasi dengan mematuk ekor keduanya.




Ini kreatif ataupun 'terlampau kreatif'

Posted: 10 Sep 2012 05:00 PM PDT


Bermacam cara manusia boleh menjadi kreatif tetapi kadang-kadang terlampau
kreatif boleh juga membahayakan diri atau orang sekeliling...









Trak ni mana depan mana belakang

Posted: 10 Sep 2012 04:45 PM PDT

 nampak macam biasa je...



 aaa..dah nampak...

aiks...mana satu depan,mana satu belakang...

Punyalah pemalas

Posted: 10 Sep 2012 04:30 PM PDT


Punyalah pemalas..sanggup tidur dan duduk dengan samaph sarap yang bersepah

Pintu kaca di lantai?

Posted: 10 Sep 2012 04:15 PM PDT

 pintu kaca dilantai,,,nampak pelik...



 Eh...ada tangga ..jom tengok apa isinya...

v


v



v


v
rupanya tempat simpan botol minuman....


Model minuman seven up yang cukup seksi

Posted: 10 Sep 2012 04:00 PM PDT

Model minuman ringan umumnya didominasi oleh gadis-gadis seksi dan cantik. Bagaimana kalau lelaki gendut dan tidak handsome yang menjadi model minuman ringan? Lihatlah gaya-gaya mereka pada foto-foto di bawah.





Sungguh menggoda...

[Aneh] Wanita ini habiskan masa 10 jam sehari dalam toilet

Posted: 10 Sep 2012 11:00 AM PDT

Lauren Walsh, wanita berusia 21 tahun menderita Obsessive Compulsive Disorder (OCD). OCD menyerang mental dengan ciri-ciri selalu berfikir berulang-ulang dan melakukan aktiviti yang juga dilakukan berulang-ulang.

Kelainan ini membuat Lauren merasa menjadi orang yang tidak normal. Misalnya, dia selalu menghabiskan banyak waktu untuk mencuci tangan berjam-jam. Jika dihitung-hitung, dia bisa menghabiskan 10 jam sehari di bilikr mandi, seperti dikutip dari DailyMirror.

Lauren juga selalu merasa takut keraa dia berfikir setiap inchi tubuhnya dihinggapi bakteria, sehingga dia harus mandi lagi dalam waktu lama untuk membersihkannya.

"Ini sampai ke titik ketika saya harus mandi lima kali sehari, masing-masing berlangsung dua jam," ujar Lauren. "Rasanya, ada begitu banyak hal, yang harus saya lakukan. Setiap minit dari bagian tubuh saya harus dikawal."

Penderitaan ini dialami Lauren sejak didiagnosis mengalami gangguan OCD di usia 12 tahun. OCD yang diderita Lauren seperti menyebabkan suara di kepalanya, yang dia sebut 'iblis di bahu'. Keadaan ini seolah meyakinkan dia selalu dalam keadaan kotor. Lauren tahu itu tidak rasional, tapi dia tidak berdaya mengendalikan dirinya.

Lauren memaparkan bagaimana OCD mengendalikan hidupnya selama bertahun-tahun. Waktu itu, ibunya, Linda merasa hairan, dengan kebiasaan Lauren. Lauren terus menerus mencuci tangan. Tidak hanya di rumah, bahkan juga di sekolah.

Penderitaan Lauren membuat dia sulit bersosial dengan teman-teman sekolah. "Saya selalu merasa tidak normal."

Banyak teman-teman sekolah yang kemudian mengelar Lauren sebagai orang aneh dan stress. Di usia 10 tahun, Lauren pernah menangis tak terkendali keraa dia merasa ada sesuatu yang salah dengan dirinya. Tapi, waktu itu tidak ada kenapa dia merasa bersalah.

Barulah ketika berusia 12 tahun, penderitaan Lauren dikenali penyebabnya. Dia didiagnosis OCD.Ketiak memasuki remaja, OCD menjadi semakin melumpuhkan mental Lauren.

Bilik tidurnya penuh dengan catatan kerana Lauren merasa terdorong untuk terus menulis. "Aku punya catatan untuk diingat kembali ketika saya berumur 12 tahun. Orang beranggapan OCD adalah tentang mencuci tangan sedikit lebih lama dari biasanya dan kemudian Anda melanjutkan aktivitiseperti orang lain. Tapi, ternyata tidak."

Lauren melanjutkan, "Keluar dari tempat tidur memakan waktu 20 minit setiap pagi kerana saya harus berbalik sampai saya berada di sudut kanan. Jika tidak merasa benar, saya ulangi sampai hal itu benar."

Setelah itu, dia akan memastikan tempat tidur selalu dalam keadaan sempurna tanpa ada kain yang kusut. Dia harus mencuci sarung bantal setiap hari dan cadar setidaknya tiga kali seminggu.

"Di bilk mandi aku menggunakan sabun yang berbeza dan lotion untuk bahagian tubuh yang berbeza, dimulai di bahagian atas dan bekerja dengan cara ke bawah. Diperlukan waktu dua jam setiap kali mandi," kata Lauren.

Untuk menggunakan toilet, dia harus menyukatnya dulu kemudian duduk dengan cara yang benar. Lalu, dia akan selalu mengoyak lembar pertama kertas toilet kerana takut telah tersentuh orang lain. Kemudian dia akan mengoyak tisu sebanyak 12 lembar untuk selanjutnya dilipat dengan cara tertentu sebelum dipakai. Untuk sekadar bangun dari toilet pun, dia masih harus memutar sampai benar-benar merasa nyaman.

"Saya harus berjalan lurus sempurna dan setiap langkah harus merasa benar di kaki. Jika tidak, saya harus mulai dari awal lagi. Jadi, saya akan berada di sana selama berjam-jam."

Keadaani Lauren, serupa seperti yang dialami Sam Hancox, yang akhirnya meninggal akibat kes serupa. Sam mengalami dehidrasi dan infeksi kulit kerana penyakit OCD selama 30 tahun. Penyakit ini membuat Sam selalu mandi sampai 20 jam setiap hari kerana, dia takut kuman.

"Kes itu membuat saya marah, kerana boleh saja terjadi pada saya," ujar Lauren yang sangat takut riwayat hidupnya akan berakhir tragedi sama seperti Sam.

Sumber : http://blog.indojunkers.com