Adsense

Selasa, 29 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Apa Ada Pada Laman Sesawang Curious Cat

Posted: 29 May 2012 09:51 AM PDT

Ilmu yang Budiey ada tak lah banyak mana pun. Tapi yang mana Budiey tahu dan ada tu, Budiey akan kongsikan kepada korang semua.

Bila kita rasa ilmu kita cetek, nak tak nak, kita kena explore. Dalam erti kata lain, kita kena belajar dan menimba ilmu. Zaman sekarang ni, banyak sekali cara untuk kita menambah ilmu pengetahuan. Antaranya, kita boleh google je.

Jadi, dalam masa google sana google sini, Budiey terserempak dengan lamab web yang Budiey rasa sangat cool.

Jadi, sekarang Budiey nak share dengan anda semua pasal laman web ni https://www.curiouscat.my.

Budiey terjumpa laman web ni semasa mencari bagaimana cara untuk menjaga kucing di internet. Tapi yang muncul ialah Curious Cat.

Curious

Apa dia itu Curious Cat?

Kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu kita, ia bermakna seekor kucing yang selalu bertanya dan terlalu mengambil berat atas setiap perkara.

Rupanya, Curious Cat adalah nama samaran kepada seorang penulis blog. Budiey tak kenal siapa dia. Tak pernah jumpa kat luar pun. Yang Budiey tahu, dia kuat mengkritik, pendek kata, ada sahaja yang tak kena.

Pandai betul dia mengkritik. Tambahan lagi kalau dalam bab-bab lantai. Maklumlah, kucing ni memang sangat sinomnim dengan lantai rumah. Pendek kata, kucing memang suka lepak dan main-main, hang out atau pun jilat-jilat bulunya di atas lantai.

Selain dia jenis yang pemilih, karakter CC ni juga adalah suka memberi pendapat dan bercitarasa tinggi gak la. Lagi teruk bila ada lantai yang calar balar atau kotor atau lantai yang retak!

Impression pertama semasa mula-mula melayari website ni, Budiey rasa laman web ni sangat cool dan sangat menarik. Berlatarkan lantai rumah dan ada bahagian yang rosak. Ada diari yang mempamerkan beberapa gambar dan video tentang kucing yang bergelar Curious Cat.

Oh jap, boleh ON & OFF pulak. Canggih tu! Camna dia buat website ni tak tahu la eh.

Budiey rasa teruja nak tahu apa perkembangan website ni selanjutnya nanti. Adakah dia yang sehebat yang diperkatakan, suka mengkritik dan juga boleh memberi pendapat yang bernas. Terutama tentang dekorasi dan lantai rumah.

Layari: https://www.curiouscat.my

www.facebook.com/curiouscatdotmy

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • EKSKLUSIF Video Muzik Terbaru Prema Yin SUPERSTAR
  • Photos Cate Blanchett 2011 Oscars Red Carpet
  • Profil Samuel Rizal Arifin
  • Jom Layari Laman Web TV IdeaBuzz Sekarang
  • Maybank2U 2.0 Dibuka Untuk Tatapan Orang Ramai – Public Beta Testing
  • Oscar Nominations 2009 Live Telecast 22 February
  • Ulangtahun 8TV ke 7 Lebih Mantap
  • Penari sensasi Nick Demoura dalam Showdown 2011
  • ABC Monsters Cartoon Network
  • DOWNLOAD LAGU-LAGU SHEILA MAJID HANYA RM1
  • Selamat Ulangtahun ke-20 KRU

    Posted: 29 May 2012 09:16 AM PDT

    KRU – "Dari Ternama Ke Jenama"
    Sambutan 20 Tahun Di Persada Seni

    Kemunculan kumpulan trio KRU pada tahun 1992 selaku peneraju utama muzik rap tanahair pada ketika itu yang diwakili oleh 3 beradik berpengaruh iaitu Norman, Yusry dan Edry kini telah menjangkau usia yang ke-20 tahun. Sejarah telah membuktikan kegigihan serta bakat mereka melalui pelbagai peristiwa kejayaan gemilang yang telah berjaya dirangkul dan juga peristiwa pahit manis yang ditempuh KRU disepanjang pembabitan mereka didalam industri media dan hiburan tanahair.

    KRU

    Pembabitan selama 20 tahun KRU tidak dapat diungkap satu persatu yang menyaksikan transformasi dari sebuah kumpulan muzik rap "ternama" ke "jenama" empayar perniagaan mereka bukan saja diperingkat tempatan tetapi juga di persada dunia. Sempena menyambut ulang tahun KRU yang ke-20, bersama kita imbas kembali antara kejayaan yang telah berjaya dirangkul disepanjang tempoh setahun yang lalu: -

    1. Di antara kejayaan yang telah berjaya dirangkul adalah seperti mendominasi 8 anugerah (Filem Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Poster Terbaik) di Festival Filem Malaysia ke-24 melalui filem epik aksi "Hikayat Merong Mahawangsa"; Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011 melalui filem "Magika", serta Lagu Terbaik & Lagu Pop Terbaik (melalui lagu "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain) di Anugerah Industri Muzik ke-18 dan Juara Anugerah Mobile Celcom di Anugerah Juara Lagu ke-18, juga melalui lagu "Sedetik Lebih".

    2. Dari muzik Rap ke peneraju utama penggunaan kesan khas (CGI), kini KRU terus memberikan pembaharuan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan menerbitkan pelbagai genre filem yang hebat. Di sepanjang tempoh Julai 2011 sehingga kini, pelbagai penggambaran telah dijalankan merangkumi pelbagai genre filem. Antara 3 filem mega yang bakal beraksi di layar perak adalah filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul "29 Februari" arahan Edry Abdul Halim yang bakal ditayangkan pada 30 Ogos 2012, dan filem aksi penggembaraan Stereoscopic 3D (S3D) yang membariskan pelakon-pelakon Hollywood berjudul "Vikingdom" arahan Yusry Abdul Halim; serta filem animasi komedi bertaraf antarabangsa berjudul "Ribbit" yang turut menampil suara pelakon-pelakon terkenal Hollywood arahan Chuck Powers.

    3. Walaupun KRU kini lebih giat menerajui industri perfileman, muzik tetap menjadi keutamaan mereka. Antara bintang-bintang kelahiran KRU adalah seperti Elite, X-Factor, Juliana Banos, Ezlynn, Adam, Dafi, Dr Kronik, Indigo, Pretty Ugly, Feminin dan ramai lagi. Kini, KRU meneruskan usaha mereka dalam mengasah bakat baru mahupun sedia ada dan antara yang terkini adalah Jaclyn Victor, Forteen, V.I.P, IQA, MOJO, Ad Azhar, Kamelia (Bintang Idola BH 2011), Baby Shima dan biduanita Datuk Sharifah Aini. Kejayaan kumpulan Forteen selaku Top 5 Artis Duo/Berkumpulan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan kejayaan Jaclyn Victor selaku pemenang tempat ke-3 Mania (program realiti TV terbitan Astro) mengukuhkan lagi kedudukan KRU Music.

    4. Disamping penerbitan produk-produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, KRU juga tidak melupakan tanggungjawab sosial untuk melatih para belia meningkatkan kemahiran didalam bidang ICT sekaligus menyediakan peluang pekerjaan untuk membantu membangunkan industri media dan hiburan tempatan. Usaha KRU untuk melahirkan lebih ramai tenaga kreatif menjadi realiti dengan tertubuhnya KRU Academy. Kolej Professional ini menyediakan pelbagai kursus pensijilan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh industri media dan hiburan. Kolej ini juga turut disokongan oleh MDEC, Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kementerian Sumber Manusia) serta Universiti Multimedia.

    5. Hasrat KRU untuk mempunyai saluran media baru yang berdiri diatas jenamanya tercapai dengan adanya KRU TV yang kini bukan saja boleh ditonton melalui telefon mudah alih tetapi juga melalui portal You Tube dimana KRU TV telah dipilih oleh Google untuk menyediakan pelbagai kandungan di "premium channel" yang turut menyediakan ruang untuk pengiklan untuk menyalurkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka. Selain dari rancangan KRU TV seperti Paparazzi, 24-7, Carta Blockbuster; sebuah lagi rancangan yang sedang meningkat populariti masakini ialah Propaganza – sebuah program berbentuk majalah yang baru memulakan siarannya selama 1 jam secara eksklusif di Astro RIA bermula pada 18 Mac 2012. Rancangan terbitan bersama Astro & KRU ini dihoskan oleh selebriti terkenal iaitu Reza dan Marsha berjaya menarik minat masyarakat dengan purata 2 juta penonton setiap minggu.

    Walaubagaimanapun, kejayaan KRU bukanlah terletak 100% diatas bahu adik-beradik KRU tetapi disokong oleh ribuan karwayan dan pekerja yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai aktiviti Kumpulan Syarikat KRU sepanjang 20 tahun tertubuhnya KRU. Sempena sambutan ulang tahun KRU yang ke-20, KRU akan membuat persembahan secara eksklusif bersama barisan artis dibawah naungan KRU Music seperti Jaclyn Victor, Forteen, Iqa, Mojo dan ramai lagi bagi menghargai peminat yang setia menyokong mereka hingga ke hari ini. Konsert tersebut bakal berlangsung di Neverland, Jalan Kia Peng pada 10 Jun (Ahad) jam 8 malam. Walau bagaimanapun, acara ini adalah terhad kepada 1,000 penonton dan hanya terbuka kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Acara ini turut disokong oleh Hot FM (selaku radio rasmi), Media Hiburan (selaku media rasmi) dan Gua.com.my (selaku portal rasmi.)

    Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook KRU Studios di http://www.facebook.com/krustudios.

    KRU

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Selamat Hari Jadi Ira Aznira & Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang Imran Ajmain
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Trivia: Perut Bonyot Pelakon Mana Ni?
  • Gambar Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1
  • Happy Birthday Erin Malek
  • Ucapan Diana Danielle & Imran Ajmain Sempena Ulangtahun Budiey.com
  • Suria FM Kini Dah 2 Tahun!
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3