borak kosong |
- Wanita Terseksi Ingin Nikahi Justin Bieber
- Wow!! Telur Dadar Ini Berharga $1000
- Lelaki Ceraikan Isterinya Kerana Pelihara 550 Kucing
- Wow, Ada Lampu yang Hanya akan Menyala Jika Diberi Darah
- Wanita Mabuk Curi Ambulans
- Ugut pesta ratah isteri
- Tetak budak 2 tahun
- Aktres Ziyi nafi skandal seks dengan pemimpin China
- Budak 10 tahun pandu kereta selepas bergaduh
- Abang tertembak dahi adik
- Anak dara mengamuk
- Pelawak lelaki ditahan
- Tomok dikurnia cahaya mata lelaki,comelnya
- Wanita berjaya lolos diri daripada penculik
- Kesian awek ni sebab nak cantik lain yang jadi
- Saingan KFC di China
- Mari masuk bilik CSI Thailand
- Gila..Setelah anak,mak pulak yang berfoto bogel
- Gambar ..wanita marah pelajar kerana terlalu bising
- Wanita..janganlah anda buat alis mata macam ni
- Paparazi,paparazi memang kau orang tak tau malu
- Wanita hamil ni waras ke tak?
- Yoga Di tengah Jalan
- Syak suaminya curang,isteri minta berhubungan seks setiap hari,sampai suami lari ke balai polis
- Nenek diberhentikan jadi guru tadika kerana tak boleh hantar murid ke tandas
Wanita Terseksi Ingin Nikahi Justin Bieber Posted: 29 May 2012 09:00 PM PDT LOS ANGELES- Bar Refaeli memiliki impian terpendam. Wanita yang baru terpilih menjadi wanita terseksi versi majalah lelaki dewasa itu ingin menikahi Justin Bieber. "Justin Bieber dan aku akan menikah suatu hari nanti," harap Bar seperti dilapor Aceshowbiz, Selasa (29/5/2012). Selain menikah dengan Bieber, Bar juga mengatakan sangat tertarik dengan Tom Cruise. Sementara itu, dia memilih Jennifer Lawrence sebagai wanita ideal kerana memiliki sifat rendah hati. "Dia (Jennifer) adalah tipe yang seharusnya dimiliki semua wanita. Dia natural, dia rendah hati. Aku fikir dia seperti itu," puji mantan kekasih Leonardo DiCaprio tersebut. |
Wow!! Telur Dadar Ini Berharga $1000 Posted: 29 May 2012 08:45 PM PDT Telur dadar satu ini diyakini sebagai telur dadar termahal sedunia dengan harga $1000 bernama , The Zillion Dollar Lobster Frittata. Adapun telur dadar ini jadi yang termahal lantaran bahan-bahan yang ada didalamnya - 6 butir telur, lobster, krim, lokio (daun bawang) dan caviar sevruga (telur ikan) 10 oz (283.5 gram) - dimana per ons bernilai $65 - yang menghiasi bahagian atas telur dadar itu. Telur dadar ini tersedia di sebuah hotel mewah di New York, Le Parker Meridien atau tepatnya di restoran Norma. Telur dadar termahal ini juga menyediakan versi yang lebih kecil, dimana telur dadar versi mini itu dihargai $100. "Sejak kami tahu telur dadar ini menjadi hidangan yang sangat mahal, kami memutuskan untuk bersenang-senang dengannya. Meski begitu itu bukan tipu muslihat. Telur dadar itu rasanya enak," ujar general manager restoran itu. Beberapa restoran lain juga pernah mencuba menghidangkan telur dadar termahal sedunia seperti Bosidale, restoran di London yang menghargai telur dadar mereka dengan $140 ( 90 Poundsterling) yang terdiri dari telur, lobster, kepiting dan truffle. |
Lelaki Ceraikan Isterinya Kerana Pelihara 550 Kucing Posted: 29 May 2012 08:30 PM PDT Seorang lelaki Israel menceraikan isterinya setelah sang isteri bawa masuk kucing ke rumah mereka yang berjumlah 550 ekor. Seperti yang dilapor dari situs Femalefirst, si suami bukanlah pencinta kucing dan mengatakan kepada pengadilan Rabbinical Court di Beersheba, Israel selatan kalau kucing-kucing itu membuatnya tak boleh tidur di biliknya, dan kucing-kucing itu membuatnya tak boleh menyiapkan makanan di dapur. Lelaki itu juga mengeluh kalau kucing-kucing itu menghalangi jalannya ke bilik mandi dan juga mencuri makanannya jika dirinya berusaha makan. Meskipun usaha berbincang sudah dicuba, namun sang isteri lebih tertarik tinggal dengan kucing-kucingnya itu, sehingga keduanya pun bercerai. |
Wow, Ada Lampu yang Hanya akan Menyala Jika Diberi Darah Posted: 29 May 2012 08:15 PM PDT Sinar berwarna biru memancar indah dari lampu karya Mike Thompson. Sulit untuk mempercayai bahawa keindahan tersebut berasal dari suatu cairan yang sedikit menyeramkan di mata kita semua. Setelah waktu yang lalu kita sudah melihat lampu bertenaga alga, kita akan melihat sebuah lampu unik lainnya yang juga tidak memerlukan elektrik untuk menyala. Inilah bola lampu karya seorang desainer dari Amerika Syarikat yang untuk menyalakannya, iaitu darah. |
Posted: 29 May 2012 08:00 PM PDT TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Polis Chicago, Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang wanita yang diduga mencuri ambulans, dan melanggarnya ke dua kendaraan yang sedang diparking. Seorang penyiasat polis mengatakan, Cassie Weathersby (30) mencuri ambulans di Hospital Saint Bernard, Chicago, Minggu (27/5/2012) sekitar pukul 22.45 waktu setempat. Setelah berhasil masuk ke dalam ambulans, Cassie membawa lari kendaraan itu. Tak lama, ia menghalakannya ke arah dua kendaraan yang diparking di dekat sebuah apartemen blok 6700, Selatan Indiana, Chicago. Cassie tidak terluka dalam insiden itu, namun ia ditangkap oleh polisi dan harus mempertanggung jawabkan perbuatannya. Ia dituduh melakukan pencurian ambulans, dan memandu di bawah pengaruh alkohol. (*) |
Posted: 29 May 2012 07:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua tangannya diikat manakala mulutnya ditutup. Mangsa kemudian dipaksa menghidu serbuk putih dipercayai dadah sebelum dipukul suaminya yang juga penagih dadah. Itu penderitaan dilalui seorang wanita berusia 22 tahun yang diperlakukan tidak ubah seperti binatang oleh suaminya berusia awal 20-an yang naik angin apabila mengesyaki isterinya berlaku curang. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin, suami mangsa turut mengugut untuk memanggil rakannya bagi merogol mangsa. Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila berjaya melarikan diri ketika suaminya itu keluar rumah untuk memanggil rakannya sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini. Menurut sumber, suami mangsa yang pulang ke rumah dalam keadaan marah memaki hamun isterinya itu sebelum menuduhnya curang. sumber : myMetro |
Posted: 29 May 2012 07:30 PM PDT SEREMBAN: Seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai tidak berhati perut apabila tergamak melibas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga cedera parah di beberapa anggota badan dalam serangan di sebuah rumah di Batu 9, Labu, di sini, Ahad lalu. Selain kanak-kanak malang itu, empat sekeluarga turut menimpa nasib sama dipercayai akibat dendam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lima mangsa termasuk kanak-kanak perempuan itu parah di tangan, kepala dan badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) serta Hospital Mawar, di sini. Mangsa, K Suthenthran, 25, berkata, dalam kejadian itu, dia sekeluarga di ruang tamu sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal masing-masing bersenjatakan pedang samurai dan sabit. "Tanpa perikemanusiaan, lelaki bersenjatakan pedang itu kemudian melibas anak saudara perempuan saya berusia dua tahun yang berada berhampiran pintu sebelum menyerang empat ahli keluarga termasuk saya dan dua abang. "Ketika itu, dua lelaki berkenaan seperti dirasuk hantu dan melibas secara membabi buta hingga terkena anak saudara masih kecil," katanya kepada Harian Metro. Katanya, seorang lagi rakan suspek yang memakai topi keledar turut melibas senjatanya menyebabkan mereka sekeluarga mengalami kecederaan pada muka, kepala dan tangan sebelum penjenayah itu melarikan diri menaiki dua motosikal diletakkan di depan rumah. "Saya tahu serangan itu bermotifkan dendam lama, namun biar menjadi rahsia antara kami. Bagaimanapun saya tidak sangka lelaki itu sanggup mencederakan kanak-kanak masih kecil," katanya. Beliau berkata, anak saudaranya yang cedera pada muka serta mata dirawat di HTJS manakala yang lain dirawat di Hospital Mawar di sini. Suthenthran mendakwa, mereka mengenali seorang daripada suspek dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut kes berkenaan. "Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berdekatan," katanya. sumber : myMetro |
Aktres Ziyi nafi skandal seks dengan pemimpin China Posted: 29 May 2012 07:15 PM PDT BEIJING - Aktres popular China, Zhang Ziyi menafikan laporan media bahawa dia terlibat dalam skandal pelacuran membabitkan Bo Xilai, bekas pemimpin Parti Komunis China bagi bandar Chongqing City. Xilai, antara pemimpin yang meningkat naik, dipecat baru-baru ini. Menerusi mikroblognya, Ziyi, yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka. Media-media China melihat kenyataan beliau itu sebagai satu penafian dakwaan dia terlibat dalam skandal seks untuk mendapatkan wang. Dia antara berlakon dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon, Rush Hour 2, Hero, dan Memoirs of a Geisha. Laporan portal Boxun, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple Daily yang diterbitkan di Hong Kong dan Taiwan, dan beberapa media China yang lain melaporkan bahawa aktres berusia 33 tahun itu tidur dengan pemimpin itu sebanyak 10 kali antara 2007 dan 2011. Pelakon itu juga kini diletakkan dalam siasatan polis dan didakwa dilarang meninggalkan China. Apple Daily dan beberapa media lain melaporkan bahawa kedua-dua pasangan itu diperkenalkan oleh pembantu Bo, Xu Ming, 41, pengasas dan pengerusi Dalian Shide Group. Sumber-sumber berkata Ming telah mengaku membayar Ziyi enam juta yuan untuk mengadakan hubungan seks buat kali pertama. Dia kemudian berunding untuk bayaran sebanyak 10 juta yuan. Media China juga melaporkan bahawa transkasi seks Ziyi dengan individu-individu kaya dan berpengaruh mencecah 700 juta yuan sepanjang 10 tahun lalu. Ini termasuk wang tunai 180 juta yuan daripada Ming. Ming juga didakwa memperkenalkan aktres itu kepada dua lagi pegawai berkedudukan tinggi. Spekulasi media juga berkata siasatan kes ini kemungkinan sebab Ziyi tidak menghadiri festival filem Cannes baru-baru ini. Filemnnya, Dangerous Liaisons telah dipertontonkan pada festival itu. Ziyi mendakwa dia sibuk dengan penggambaran filem The Grandmasters dan pernah dikaitkan dengan skandal-skandal lain sebelum ini. Pada 2010, dia didakwa memperbesar-besarkan kutipan dana untuk mangsa gempa bumi Sichuan. Dia hanya mampu mengutip AS$400,000 tetapi mendakwa telah berjaya mengumpulkan AS$1 juta. Setahun sebelum itu, Ziyi dituduh menipu seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin tetapi ketika itu dilaporkan telah bertunang dengan jutawan Israel, Vivi Nevo. Nevo dan Ziyi berpisah pada 2010. sumber : sinar harian |
Budak 10 tahun pandu kereta selepas bergaduh Posted: 29 May 2012 07:00 PM PDT NORTHAMPTONSHIRE: Sebuah kereta curi yang musnah tersadai di tepi pokok selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandunya sejauh 3.2 kilometer, semalam. Pemandu dan pejalan kaki terkejut melihat kenderaan itu "bergerak tidak menentu" di jalan raya yang sibuk, tanpa pemandu kerana kanak-kanak itu sukar dapat dilihat berada di stereng. Kereta Suzuki Alto itu dikatakan diambil daripada ibu bapa angkatnya selepas satu pergaduhan, akhirnya merempuh kereta lain ketika ia dipandu secara bertentangan arah di laluan sehala. Kanak-kanak lelaki itu yang mengalami kecederaan ringan cuba melarikan diri. Dia memberitahu penduduk tempatan yang menangkapnya di Bellinge, Northants: "Jangan hubungi polis, beritahu bapa saya." Sementara itu, polis masih menyiasat kejadian itu. sumber : myMetro |
Posted: 29 May 2012 06:45 PM PDT MIRI: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun kritikal akibat terkena tembakan di dahi yang dilepaskan abang berusia 10 tahun menggunakan senapang buatan sendiri ketika mereka bermain dengan senjata itu di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nurul Afifah Maderon, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan abangnya, Mohd Nur Aznul, ketika mereka bermain senjata milik seorang jiran yang ditinggalkan di tepi tangki air kuarters berkenaan. Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu. Menurut ibu mangsa, Janiah Assan, 31, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pakaian manakala kedua-dua anaknya itu sedang bermain di luar rumah. SUMBER : MYMETRO |
Posted: 29 May 2012 06:30 PM PDT MUAR: "Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya. "Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong," kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa. "Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat. "Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong. "Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi," katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam. sumber :myMetro |
Posted: 29 May 2012 06:15 PM PDT TAIPING: Seorang artis lelaki yang juga pelawak terkenal tanah air ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes tipu orang ramai dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjumlah hampir RM80,000. Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tipu membabitkan acara penganjuran Taiping Fest 1 Malaysia, Sempena Tahun Melawat Perak 2012 awal Mac lalu. sumber : myMetro |
Tomok dikurnia cahaya mata lelaki,comelnya Posted: 29 May 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini petang semalam. Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi. "Alhamdulillah, perasaan saya tidak boleh digambarkan dan saya sangat gembira apabila dikurniakan kehadiran orang baharu dalam keluarga. "Saya menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulung saya dan ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya. "Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi serta isteri saya pun sihat walafiat," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam. sumber : kosmo online |
Wanita berjaya lolos diri daripada penculik Posted: 29 May 2012 05:47 PM PDT PETALING JAYA: Seorang pereka aplikasi telefon pintar bernasib baik selepas berjaya melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di Mutiara Damansara, di sini, Ahad lalu. Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu. Menceritakan semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata, dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya. "Saya menunggu masa sesuai untuk membuka pintu sebelum melompat keluar. Lelaki yang duduk di sebelah saya berjaya menarik saya masuk ke dalam semula. "Bagaimanapun, pintu kereta yang terbuka memberikan saya peluang untuk terus keluar sambil bergelut dengan lelaki terbabit. "Ketika itu, saya terdengar jeritan pemandu supaya rakannya itu melepaskan saya dan membiarkan saya melarikan diri," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. SUMBER : MYmetro |
Kesian awek ni sebab nak cantik lain yang jadi Posted: 29 May 2012 05:30 PM PDT Anoreksia Nervosa adalah gangguan makan yang ditandai oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurang sampai ke tingkat yang membahayakan. Para penderita anoreksia sedemikian berjaya dalam mengurangi berat badannya hingga membahayakan keselamatan jiwanya. Anoreksia ditandai oleh ketakutan yang tidak wajar terhadap kemungkinan mengalami kenaikan berat badan dan kehilangan kemampuan mengawal makan. Para penderita anoreksia bangga akan diet dan kawalan ekstra keras yang dilakukannya. . Ciri ciri Anoreksia Nervosa meliputi : * Tidak mahu mempertahankan berat badan pada level normal atau sedikit di atas normal * Ketakutan bahwa berat badan akan naik * Menganggap berat badannya sudah ideal * tidak mengalami menstruasi. Meskipun berkurangnya berat badan adalah ciri yang paling jelas terlihat pada anoreksia nervosa, tetapi sesungguhnya hal itu bukan inti gangguannya. Banyak orang kehilangan berat badan akibat keadaani medis tertentu, tetapi penderita anoreksia memiliki ketakutan yang intens terhadap obesiti dan berusaha keras untuk menjadi kurus. Gangguan ini paling sering muncul pada remaja yang memang kegemukan atau mempersepsi bahawa dirinya terlalu gemuk. Ia lalu mulai berdiet keras, yang terus membuat dia sampai ke titik di mana ia terjebak secara obsesif untuk menjadi kurus. Senaman berat, yang nyaris seperti menghukum diri sendiri, juga lazim dilakukan. Berkurangnya berat badan secara dramatik diperoleh dengan membatasi asupan kalori. Seorang penderita anoreksia tidak pernah puas dengan penurunan berat badannya. Berat badan yang tetap antara hari ini dan keesokan harinya atau setiap penambahan berat badan dapat mengakibatkan kepanikan, kecemasan dan depresi. Ketika memandangi tubuhnya di cermin, ia melihat sosok yang sangat berbeda dengan apa yang dilihat oleh orang lain. Orang lain melihatnya sebagai gadis yang kurus kering dan lemah, seperti seorang penderita kelaparan, sedang yang bersangkutan melihatnya sebagai gadis yang perlu mengurangi berat badannya… Biasanya mereka pintar memilih ucapan yang ingin di dengar orang lain. Mereka mungkin mengatakan setuju bahwa berat badannya memang kurang dan perlu menambah, tetapi sesungguhnya ia tidak mempercayainya. Mungkin untuk menunjukkan bahawa dirinya mampu mengawal makanannya, sebagian penderita anoreksia menunjukkan minat yang besar pada masak memasak dan makanan. Sebagian menjadi juru masak yang handal, yang menyiapkan makanan untuk seluruh keluarganya. Sebahagian lainnya menimbun makanan di biliknya dan memandanginya dari waktu ke waktu. Tanda dan gejala medik anoreksia lainnya termasuk kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh dan sensitif terhadap dingin. |
Posted: 29 May 2012 05:15 PM PDT Saingan KFC di China, Bahkan Logonya Disebut-sebut Sebagai 'Isteri Kolonel KFC' Ji'a'po adalah makanan cepat saji yang didirikan pada tahun 2007 dan sekarang terdapat sekitar seratus kedai di China. Apa yang membuat orang paling terkesan yang adalah logonya. Seperti yang terlihat sangat serupa seperti KFC. |
Posted: 29 May 2012 05:00 PM PDT |
Gila..Setelah anak,mak pulak yang berfoto bogel Posted: 29 May 2012 04:45 PM PDT infospesial.net - Setelah mempamerkan tubuh puterinya 'Gan Lulu' untuk promosi dalam pencarian jodoh anaknya, kini giliran Lei Bingxia, ibu Gan Lulu sendiri yang berpose bogel dengan pamerkan bahagian dadanya. Nampak sangat tak sedar diri meskipun dirinya sedar usianya tak lagi muda. Nampak dalam foto tersebut Lei Bingxia ibu Lulu bertelanjang dada dengan hanya ditutupi satu lengannya dan mengenakan kacamata hitam besar berpose dengan selamba di depan kamera, foto tersebut diambilnya saat berada di sebuah bilik hotel pada hari Selasa. (Maydaily) |
Gambar ..wanita marah pelajar kerana terlalu bising Posted: 29 May 2012 04:30 PM PDT sumber : stomp.com .sg his auntie became upset that students were playing basketball at their school's court at 2pm in the afternoon. She ranted at the security guard, hurling vulgarities as she stormed off. STOMPer QZ wrote: "This happened outside Swiss Cottage Secondary School's basketball court, right after school. "We were having some fun at the basketball court, in the middle of the day, at 2pm. "This old lady just comes out of nowhere screaming vulgarities and all. "Aren't we allowed to be using these facilities? "I understand that she's old and that we may be making some noise, but was there a really need for this?" |
Wanita..janganlah anda buat alis mata macam ni Posted: 29 May 2012 04:15 PM PDT |
Paparazi,paparazi memang kau orang tak tau malu Posted: 29 May 2012 04:15 PM PDT |
Posted: 29 May 2012 04:00 PM PDT |
Posted: 29 May 2012 11:00 AM PDT |
Syak suaminya curang,isteri minta berhubungan seks setiap hari,sampai suami lari ke balai polis Posted: 29 May 2012 10:30 AM PDT Suami (kiri) dan istrinya (kanan) saat menuju ke balai polis TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki yang tak tahan desakan seks dari sang isteri terpaksa lari ke balai polis untuk meminta pertolongan. Dengan hanya mengenakan baju t-shrit dan seluar dalam dia meminta polis menolongnya. Beberapa minit kemudian sang isteri masuk ke balai polis dengan hanya mengenakan bra seksi dan seluar dalam merah. Sang istri mengatakan kepada polis di wilayah Kaohsiung, Taiwan, menjelaskan jika dia curiga sang suami curang dengan perempuan lain tetapi dia tak memiliki bukti. Kerana itu, ia menerapkan saran temannya agar berhubungan seks dengan suaminya setiap hari sehingga dia tak ada waktu dan tenaga buat wanita lain. Baru-baru ini, dia meminta berhubungan seks lagi dengan sang suami untuk putaran kedua namun kerana kelelahan sang suami menolak. Untuk membangkitkan hasratnya, dia kemudian melakukan oral seks ke suaminya selama sejam. Kerana kelelahan, suami kemudian lari dan menuju ke balai polis. Atas saran polisi, pasangan itu kemudian kembali ke rumah. Sumber: Apple Daily |
Nenek diberhentikan jadi guru tadika kerana tak boleh hantar murid ke tandas Posted: 29 May 2012 10:15 AM PDT BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika, lapor sebuah akhbar kelmarin. Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini. Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas. Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut. Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini. Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara. - Agensi |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |