Adsense

Selasa, 29 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Tomok Kini Sudah Bergelar Bapa

Posted: 29 May 2012 09:43 AM PDT

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Tomok yang kini sudah bergelar bapa.

Petang semalam (29 Mei) sekitar jam 6.03 petang, isteri Tomok, Ayu telah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Menurut akaun Twitter rasmi Tomok, bayi lelakinya mempunyai berat sebanyak 3.33 kilogram ketika dilahirkan.

Sekeping gambar bayi lelaki sulung Tomok turut dimuatnaik ke laman Twitter-nya. Comel kan? Tahniah sekali lagi kami ucapkan pada Tomok, Ayu dan juga keluarga.

We The Kings Adakan Konsert Hari Ini!

Posted: 29 May 2012 09:15 AM PDT

Hari ini bakal berlangsungnya konsert We The Kings bertempat di Stadium Bukit Jalil. Bermula jam 8 malam, konsert ini akan turut diserikan dengan kehadiran kumpulan baru, "We Are In The Crowd".

Antara kumpulan indie tempatan yang akan turut beraksi ialah Bunkface, Kyoto Protocol dan juga Oh Chentaku. Jadi, jangan lepaskan peluang anda kerana ini peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan persembahan We The Kings secara langsung di Malaysia.

Sila tengok 'flyers' untuk maklumat lanjut atau terus ke AiraAsiaRedTix.com