Adsense

Selasa, 29 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fazura Nafi Butik House Of Doll Di Taja Orang Kenamaan

Posted: 28 May 2012 07:21 PM PDT

Fazura Nafi Butik House Of Doll Di Taja Orang Kenamaan
Butik House Of Doll milik Fazura yang baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad yang lalu telah menjadi bualan orang-orang tertentu yang mengatakan butik itu telah ditaja oleh salah seorang orang kenamaan.. Butik yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar itu dikatakan telah menelan kos ratusan ribu ringgit bagi merealisasikan impian Fazura untuk membuka perniagaan sendiri..

Namun Fazura menafikan segala tomahan itu dengan mengatakan yang segala kos perbelanjaan untuk membuka Butik House Of Doll itu adalah hasil daripada titik peluhnya sendiri sepanjang beliau menjadi anak seni…

"Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini. Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya 'banker' saya yang ada di sini,"

"Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank." (Berita Harian)

Fazura di Butik House Of Doll

Zed Zaidi Akan Pastikan Artis Luar Tidak Mudah Mencari Rezeki Di Malaysia

Posted: 28 May 2012 07:14 PM PDT

Zed Zaidi Akan Pastikan Artis Luar Tidak Mudah Mencari Rezeki Di Malaysia
Tahniah MyGosip ucapkan buat Zed Zaidi kerana beliau telah berjaya menjadi presiden baru persatuan seniman Malaysia (SENIMAN) di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Klang baru-baru ini. Zed Zaidi telah mendapat undian tertinggi sebanyak 152 undian dengan meninggalkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang mendapat 9 undian dan Zulkifli Ismail 8 undian.

Zed Zaidi yang baru sahaja menjadi presiden SENIMAN itu telah menegaskan yang matlamat utama beliau adalah untuk memastikan yang artis luar tidak sewenang-wenangnya mencari rezeki di negara ini sedangkan artis kita sebaliknya.. Zed Zaidi akan memastikan artis luar yang ingin mencari rezeki dI Malaysia akan mengikut saluran yang betul..

"Apa yang saya lakukan semata-mata untuk membela nasib artis tanah air. Bayangkan jika mereka monopoli industri tanah air, apa akan terjadi kepada artis tempatan? Lagipun, mereka seakan-akan begitu mudah mencari rezeki di negara kita, sedangkan kita pula sebaliknya, sama ada di negara sendiri atau negara mereka. Saya mahu pastikan artis luar yang ingin mencari rezeki dan bekerja di industri kita mengikut saluran undang-undang yang betul, mempunyai permit sah dan berdaftar dengan jabatan bekerjaan." (Metro)