OHBULAN! |
“Kami Lebih Mencintai Satu Sama Lain Selepas Berkahwin” – Farawahida, Isteri Kepada Yassin Senario. Posted: 10 Aug 2011 10:18 PM PDT Pasangan suami isteri, Yassin & Farahwahida Maharidan, 32, muncul sedondon di Melodi Raya 2011 dalam busana warna hijau sempat menceritakan kisah kehidupan mereka selepas berkahwin. Mereka berdua yang diikatkan sebagai suami isteri pada 15 Mei 2011 di sebuah majlis bertempat di rumah pihak perempuan di Presint 18, Putrajaya mengakui lebih mencintai satu sama lain selepas berkahwin. "Seperti orang lain, kami berkawan tidak lama. Awalnya, cuma berkawan biasa, kemudian kami jatuh cinta & mula couple sekitar 7 bulan. Alhamdullilah, selepas bernikah kami berdua lebih mencintai satu sama lain berbanding sebelumnya," kata isteri kepada Yassin, Farawahida yang ditemui di PWTC, malam tadi. Yassin & Farawahida juga berhajat, dengan izin tuhan untuk menimang anak secepat mungkin. "Semua orang inginkan anak, macam kami berdua juga. Cuma, setakat ini rezeki masih belum ada lagi. Kalau boleh memang nak timang anak secepat mungkin." "Mengenai persiapan hari raya, saya dapat rasakan suasananya amat berlainan sekali. Apatah lagi, raya kali ini bertemankan suami tersayang, rasa meriah & happy sangat. Hari raya pertama, kami bercadang untuk balik ke kampung suami dahulu, kemudian baru ke kampung saya," kata Farawahida mengenai debaran menyambut raya pertama bersama suami. Pada masa yang sama, Yassin & Farawahida juga meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka sebagai suami isteri di dunia & akhirat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Gambar : Tasha Shilla Berkebaya Di Melodi Raya 2011 Posted: 10 Aug 2011 07:42 PM PDT Tasha Shilla, nama pelakon yang melonjak naik bersama drama Gemilang, Sijundai, Ramadhan Terakhir dan filem Rock 2 membuat kemunculan di acara Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi. Berkebaya eksotik, Tasha Shilla sempat berbual dengan editor kami mengenai kesibukan kerja serta memenuhi undangan media sempena bulan puasa. "Besok ada shooting, hari ini pun baru je balik daripada shooting. Nasib baik sempat nak tukar baju, mekap & set rambut semua. Iya'lah, saya kena jaga penampilan sebagai personaliti. Nanti apa pula orang kata, kan?" kata Tasha Shilla dalam nada gurau. Pada masa yang sama, Tasha Shilla sempat mengajak editor kami ke rumahnya untuk menyambut hari raya nanti. Tasha juga menujukan ucapan bulan puasa khas untuk semua pembaca OHBULAN! "Saya nak ucapkan selamat menyambut ibadah puasa kepada semua pembaca OHBULAN!, semoga puasa anda diberkati Allah," kata Tasha Shilla. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |