Adsense

Rabu, 10 Ogos 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Safee Sali dirisik kelab Bundesliga Jerman

Posted: 10 Aug 2011 06:29 AM PDT




PENYERANG sensasi Malaysia dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Safee Sali dikhabarkan dirisik kelab dari Bundesliga Jerman.

Jika menjadi kenyataan satu lagi sejarah bakal tercipta selepas Safee Sali menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Pelita Jaya.

tgk video dibawah ini.....



Sumber Video: Nadi Arena


Betul ke Fafau tak suka ke bazar?

Posted: 10 Aug 2011 06:24 AM PDT



Biasalah manusia, ada kala nya mereka juga memiliki pendirian terhadap sesuatu yang mungkin pada dirinya adalah satu kebaikkan. Dan itu bukanlah tabiat sebab bila-bila masa sahaja ianya akan berubah. Pendirian Fafau yang dikhabarkan dalam Twitter miliknya mendakwa dirinya tak suka ke bazar Ramadhan itu bagi admin merupakan satu pendirian sahaja, mungkin Fafau lebih selesa memasak sendiri daripada membeli juadah, tak tahulah kalau Fafau gemar makan kat restoran. Hehe. Tapi dengar-dengar ada yang tak puas hati dengan Fafau ni, dianggap Fafau macam berlagak aka sombong dengan ayat-ayat tue. Wallahualamlah, pandangan orang tue yer, bukan admin.. Hehe.. Pandagan korang pulak macamana? 

(TAHNIAH) Esma Daniel dapat anak perempuan!

Posted: 10 Aug 2011 06:22 AM PDT



Tahniah lah kepada pelakon, Esma Daniel kerana dikurniakan Allah cahaya mata dibulan Ramadhan ni. Mengikut laman sesawang Gua, isteri Esma selamat melahirkan anak perempuan pada petang 9 Ogos bersamaan 9 Ramadhan. Bayi itu dikatakan bayi sihat normal dan beratnya mencecah 2.9 kilogram di Pusat Perubatan KPJ, Shah Alam. Namanya belum tahu lagi, tapi gambar dah ada dah. Semoga dengan kelahiran anak perempuan ini akan lebih meceriakan lagi Ramadhan dan Syawal nanti. 

Gambar Perkahwinan Lisa Surihani, Shaheizy Sam

Posted: 10 Aug 2011 06:21 AM PDT



Episod Lisa Surihani dan Shaheizy Sam kahwin ni bukanlah betul-betul, ini semua adalah adegan dalam filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) arahan pengarah muda dan juga anak Datuk Yusof Haslam merangkap adik Syamsul Yusof, Syafiq Yusof yang kini berusia 18 tahun. Selain melibatkan pelakon-pelakon Star, pelakon baru juga turut dilaburkan, Neelofa. Filem ini merupakan filem yang unik sebab diarahkan oleh pengarah muda dan mentaliti anak muda. Nak tahu hasilnya macamana? saksikan di pawagam nanti. 

Faezah Elai Nikah 9 September tapi....

Posted: 10 Aug 2011 06:20 AM PDT



Pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah merupakan calon yang disebut-sebut sebagai suami kepada pelakon Faezah Elai. Dalam kenyataan Faezah kepada media, dia taknak mengaku siapa calon suaminya, Faezah juga hanya bermadah-madah seperti memberikan 'hint' untuk meneka dan mencari siapa calon suaminya. Namun media sepertinya tidak lah sebodoh itu kot, sebab dunia seni Malaysia tak lah sebesar dunia seni Bollywood dan Hollywood kan. Kan lebih baik berterus terang benda baik juga, habis cerita. Hehe. 

"Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad," kata Faezah. 

Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga. 

"Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit," Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya. 

Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media. Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykallah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut.

(GAMBAR) Irma Hasmie dalam Majalah Jelita

Posted: 10 Aug 2011 06:19 AM PDT




Penampilan Irma Hasmie memang sesuatu yang unik. Penampilan bertudungnya mula jadi bualan setelah dirinya selesai mengerjakan umrah dan berpisah dengan kekasih lamanya, Nabil. Baru-baru ini Irma telah menjadi cover untuk Majalah Jelita untuk edisi bulan Ogos 2011. Memang agak cantik dan anggun Irma berpakain muslimah. Tak terkata-kata la. Hehe. :) 

Aishah, Faizal Dah Cerai?

Posted: 10 Aug 2011 06:17 AM PDT



Terkejut juga mendengar berita daripada Joyah kat Utusan edisi kelmarin, yang Aishah bekas penyanyi dangdut zaman era 80-90-an telah pun bercerai dengan suaminya Faizal Sazali Zulkifli, pada 19 Mei lalu. Perceraian itu didakwa berlaku hanya melalui SMS. Berita ini tidak lah sebenar yang disangka, cuma masih samar-samar lagi. Sebab kenyataan rasmi pun belum ada. Nak harapkan Joyah, mungkin susah sikit nak percaya.

Mana nak percaya, suami Aishah ni seorang yang kiranya kuat agama. Takkan lah cerai dalam masa yang singkat. Tapi itulah, bab-bab cerai ini memang agak susah nak diperatakan, sebab dan puncanya pun kita tahu. Kita harap lah sebuah masjid yang didirikan April 2010 di Thailand itu takkan runtuh begitu sahaja. Dan itu pastinya benda pertama yang kita pelihara ketika berumahtangga nanti.