macam macam hiburan terkini |
- Perkahwinan Noraniza Idris Bakal Diadakan Besar-Besaran
- Alami Penyakit Misteri, Kaki Amran Bagai Digigit
- Ryzal Tidak Malu Menumpang Kerana Tiada Lesen Memandu
- Adira Kibar Jalur Gemilang Keliling Rumah
- Saleha Pamer Aksi ‘Drift’ Dalam ‘Cintaku 120 KM/J’
Perkahwinan Noraniza Idris Bakal Diadakan Besar-Besaran Posted: 09 Aug 2011 04:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, secara besar-besaran pada 29 September ini. Majlis yang berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru itu turut diadakan seiring dengan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'. "Pada mulanya saya tidak merancang untuk melakukan majlis perkahwinan sekaligus dengan festival ini tetapi setelah keluarga sebelah tunang saya menetapkan tarikh bernikah pada 1 Oktober, jadi kami terusmerancang untuk melangsungkan majlis ini pada 29 September. "Walaupun besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," katanya ketika sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa. Noraniza hadir dengan tunangnya dan mereka berpakaian sedondon berwarna hijau pucuk pisang. Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal masjid di Singapura itu setelah benar-benar mengenalihati budinya. "Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan. "Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu. "Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini," kata Noraniza. Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa. "Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas. "Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini," ujarnya. Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka sehingga pukul 5 petang. Seterusnya, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama. Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor. Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri. Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun. |
Alami Penyakit Misteri, Kaki Amran Bagai Digigit Posted: 09 Aug 2011 04:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon drama yang sedang menonjol, Amran Ismail,26, menjelaskan penyakit misteri yang dialaminya masih belum sembuh sehingga menyebabkan badannya menjadi semakin susut. Kata Amran, berat badannya turun tujuh kilogram (kg) daripada 67 kg selain badan-badannya menjadi lemah terutamanya pada waktu Maghrib. "Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi tiada penyakit yang dapat dikesan sebaliknya doktor kata saya menghadapi tekanan kerja sebagai pelakon. "Apabila saya melakukan rawatan tradisional, lain pula jawapannya apabila saya diberitahu terkena sihir orang," jelasnya kepada mStar Online. Kata Amran, dia pernah mengalami peristiwa apabila ibu jari kaki kanannya seolah-olah digigit ketika sedang tidur menyebabkan dia mengeluarkan air mata kerana terlalu sakit. "Kaki saya bagaikan dicucuk-cocok tetapi saya nak bangun tidak berupaya. Saya hanya mampu menangis pada ketika itu," ujarnya mengenangkan peristiwa yang berlaku pada empat bulan lalu. Jelas Amran lagi, semasa mendapatkan rawatan secara tradisional, seorang ustaz telah menasihatinya agar sentiasa berada di kawasan berbumbung pada waktu Maghrib. Katanya, ketika menjalani penggambaran drama, dia terpaksa mencari kawasan berbumbung termasuklah berada dalam kenderaan sebagai menghormati nasihat itu selain mengelak penyakit misteri tersebut terus berpanjangan. "Saya juga selalu menjadi malas untuk bekerja membuatkan saya benar-benar susah hati dengan penyakit ini. "Sampaikan ibu saya meminta agar saya pulang ke kampung dan meninggalkan terus dunia seni ini," jelasnya. Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Amran memberitahu dia baru sahaja menamatkan penggambaran drama "Jamilah I Love You" untuk terbitan Astro Ria. Sementara itu sepanjang bulan Ramadan ini Amran mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerja ibadat selain melawat rumah anak-anak yatim. "Insya-Allah, saya berhasrat untuk pergi ke rumah anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini kerana mahu berkonsgi kehidupan yang hidup tanpa kasih saya keluarga. "Cara yang macam itu boleh menyebabkan hati saya menjadi tenang selain ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menggembirakan orang lain," katanya. |
Ryzal Tidak Malu Menumpang Kerana Tiada Lesen Memandu Posted: 09 Aug 2011 04:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd. Shahrizal Jaafar atau Ryzal,29, tidak malu mengakui selama ini dia banyak menumpang kenderaan orang untuk ke mana-mana termasuklah ketika melakukan sesi fotografi dan juga penggambaran drama. Ryzal berkata, sejak enam tahun terlibat dalam dunia seni, hatinya belum terbuka untuk membeli kenderaan sendiri selain tidak memiliki lesen memandu. "Saya lebih selesa menumpang orang. Kalau hendak ke mana-mana sahaja saya akan minta kawan-kawan menemaninya. Cara itu lebih senang. "Saya pun tidak dapat jawapan kenapa saya tidak mahu membeli kereta dan memiliki lesen memandu. Mungkin saya senang dengan cara ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Coronade Hotel bersama anak-anak yatim Nur Hamiah, Bangi, di sini. Ryzal yang popular menerusi drama Jelatang berkata, jika pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah, dia lebih senang menaiki kepal terbang kerana rumahnya terletak berdekatan dengan lapangan terbang di bandar itu. Ujarnya, ketika di kampung juga dia akan meminta ahli keluarga menghantar ke mana-mana sahaja dengan kenderaan mereka. "Saya bukan tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri tetapi hati saya tidak terbuka untuk itu. Mungkin saya agak fobia dengan peristiwa kemalangan yang kerap berlaku," katanya. Mengenai populariti dia yang tidak begitu menonjol Ryzal berkata, kisah mengenainya mungkin kurang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan. Katanya, kebanyakan drama lakonannya adalah untuk siaran di RTM seperti 24 Hari Sebelum Ku Jatuh Cinta, Buaian Kasih serta Maahad Al-Amin untuk siaran TV AlHijrah. Menyedari aktiviti seni tidak menjamin pendapatan tetap, kata Ryzal dia telah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah menjual kek lapis Sarawak sepanjang bulan Ramadan ini. Dalam masa yang sama juga Ryzal turut mempunyai "homestay" di Kampung Bohor, Alor Setar yang telah diusahakan bersama keluarga. "Selain berlakon, dua bidang ini turut saya beri tumpuan kerana saya tidak mahu bergantung sepenuhnya dalam dunia seni untuk mencari rezeki walaupun ketika ini tawaran untuk saya tidak putus-putus," katanya. Sesiapa yang berminat untuk menempah "homestay" milik keluarga Ryzal yang dikenali "Kekabu Homestay" itu bolehlah menghubungi Shahrul di talian 019-4574500. |
Adira Kibar Jalur Gemilang Keliling Rumah Posted: 09 Aug 2011 04:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) gemar mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Jelas Adira, sejak kecil dia dan keluarga bersemangat mengibarkan seberapa banyak Jalur Gemilang di kawasan rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah. "Kami sekeluarga memang akan memasang Jalur Gemilang sebanyak mungkin pada bulan Ogos untuk menunjukkan semangat kemerdekaan. "Saya rasa ada lebih 50 Jalur Gemilang yang bersaiz kecil di pasang di sekeliling kawasan rumah dan beberapa bendera besar dikibarkan di hadapan rumah termasuk bendera negeri Sabah," tuturnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Merdeka Astro, di sini, Isnin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Fina, Erul, Aida, Burn dan beberapa penyampai radio Era dan THR Raaga. Tambah Adira, biarpun belum dapat menyumbangkan jasa kepada negara tercinta, Adira menganggap sambutan dan semangat menghargai kemerdekaan perlu ada pada setiap generasi muda. "Sebagai anak Malaysia sudah tentu saya ingin menyumbangkan jasa kepada negara, biarpun masih belum berpeluang namun sebagai mewakili generasi muda saya sentiasa menghargai nilai kemerdekaan ini. "Sebagai artis saya masih boleh menyumbang dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," katanya. Mengimbau kenangan ketika waktu persekolahan, Adira mengakui sering mengikuti program kemerdekaan yang dianjurkan sekolahnya. "Semasa di sekolah dahulu, saya banyak menyertai program dan pertandingan nyanyian, lakonan dan koir tentang kemerdekaan di sekolah. "Pada saya biarpun ia sekadar suka-suka tapi sedikit sebanyak, ia membuatkan kita faham tentang apa itu kemerdekaan," katanya. |
Saleha Pamer Aksi ‘Drift’ Dalam ‘Cintaku 120 KM/J’ Posted: 09 Aug 2011 04:52 PM PDT PETALING JAYA: Buat julung kalinya, pelakon Siti Saleha mencabar dirinya untuk melakukan sendiri aksi 'drift' bagi menjayakan watak Asmina dalam telefilem Cintaku 120 KM/J. Penonton boleh menyaksikan cara Saleha membuat aksi 'drift' yang bakal ditayangkan di TV3 pada malam 30 Ogos ini. "Saya rasa kelainan yang saya lakukan dalam telefilem ini adalah melakukan aksi 'drift'. "Selain itu, pasukan produksi 'Cintaku 120 KM/J' cukup akrab dan memberikan suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telefilem ini," katanya kepada mStar online. Bekerjasama buat kali kedua, dengan pengarah Ahmad Idham dan buat kali pertama dengan pengarah, Azizi Ghazali, dia mengakui sedikit sebanyak masalah yang wujud dalam produksi seperti ini. "Sudah menjadi lumrah apabila wujudnya masalah ketika penggambaran. Namun, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. "Tambahan pula, pelakon seperti Zizan dan Cat Farish yang turut serta dalam produksi sedikit-sebanyak membantu menceriakan suasana di lokasi penggambaran," jelas adik kepada penyanyi kumpulan Bunkface iaitu Sam ini. Zizan Razak. Sementara pelakon Zizan Razak (Raja Lawak) menjanjikan telefilem ini tidak rugi ditonton. Apa yang menarik, dia banyak tertawa sepanjang membaca skrip cerita genre komedi aksi terbitan Excellent Pictures itu. "Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan telefilem Hari Raya Aidilfitri dan merasakan ia cukup bermakna buat diri saya. "Saya yakin Cintaku 120 KM/J akan menghiburkan penonton kerana saya tertarik dengan skripnya yang membuatkan saya ketawa berbanding cerita-cerita meruntun jiwa," kata Zizan. Bagi penyandang Artis Lelaki Komedi Popular 2010 itu, penonton wajib menonton Cintaku 120 KM/J kerana ia sebuah telefilem yang penuh dengan aksi 'drift,' perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya memberi kelainan buat penonton. Telefilem yang merupakan idea asal dari Ahmad Idham dan Cat Farish itu turut dilakonkan oleh Siti Saleha, Izzu Islam dan Wawa Zainal. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |