Adsense

Rabu, 10 Ogos 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Mariani rasa terhina

Posted: 09 Aug 2011 06:20 AM PDT

"JANGANLAH melayan artis veteran ibarat barang yang tidak berharga yang boleh dibuang sesuka hati."

Itulah rintihan Seniwati Mariani Ismail, 75, apabila mengalami dua kejadian yang disifatkan menghina dirinya sebagai pelakon dalam tempoh seminggu, baru-baru ini.

Katanya, kejadian pertama membabitkan produksi Suhan Movies & Trading apabila mendakwa dia dihubungi Pengurus Produksi (PM) yang menawarkan watak nenek bagi drama terbitan mereka manakala kejadian kedua dengan produksi Filmscape Sdn Bhd untuk filem Azazil arahan Kabir Bhatia.

Mariani berkata, pihak terbabit bagaimanapun membatalkan tawaran itu pada saat-saat akhir sedangkan sebelum itu semuanya sudah dibincangkan.

Perkara itu turut diluahkan anaknya, Melissa Saila (Lis) melalui laman sosial twitter dan facebook (fb), 4 Ogos lalu.
Mariani yang dihubungi semalam mengakui rasa cukup terhina dengan dua kejadian itu.

Katanya, sepatutnya mereka menghormati artis veteran seperti dirinya yang sudah menjadi pelakon selama lebih 60 tahun.

"Saya memang rasa terkilan dan bertanya mengapa mereka buat saya begini? Bukan saya yang meminta berlakon tetapi mereka yang tawarkan itu kepada saya. Apabila saya sudah setuju, senang-senang pula cakap kata tidak jadi pada saat-saat akhir," katanya kepada Harian Metro, kelmarin.

Dalam kejadian pertama membabitkan Suhan Movies, Mariani yang juga pelakon filem klasik seperti Labu Labi, Sri Mersing, Masam Masam Manis dan Putus Sudah Kasih Sayang, berkata pada mulanya dia memaklumkan tidak dapat berlakon pada tarikh yang diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama untuk TV9.

"Selepas berbincang, PM itu bersetuju dengan tarikh baru iaitu pada 3 Ogos lalu dan penggambaran akan berlangsung di Sungai Petani, Kedah. Dia juga meminta saya membeli dulu tiket bas untuk pergi ke sana dan kemudian mereka bayar semula.

"Jadi saya sudah beli tiket dan bersedia untuk pergi 'shooting' pada hari yang dijanjikan. Bagaimanapun, sehari sebelum itu, dia menghubungi saya dan memberitahu tidak jadi ambil saya berlakon. Saya tanya mengapa dia buat saya begitu?

"Dia cakap ada menghubungi saya beberapa kali tapi tidak berjawab. Saya tanya mengapa tidak hantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas)? Dia boleh kata, takut saya tidak boleh baca SMS.

"Apa yang lebih membuatkan saya terkilan adalah terpaksa melalui dua pengalaman sama dalam tempoh beberapa hari. Situasi yang sama saya lalui untuk filem Azazil. Saya dihubungi PM produksi Filmscape tawarkan saya berlakon sebagai kakak Diana Danielle (ketika tua) dan mereka meminta saya kosongkan jadual pada 10 Ogos.

"Saya tiada masalah dengan tarikh itu kerana 'shooting' di Kedah hanya beberapa hari dan selesai sebelum itu dan meminta mereka berurusan dengan anak saya, Lis mengenai jadual.

"Bagaimanapun, jadual ditukar kepada 4 Ogos dan mereka tanya apakah saya boleh buat? Kalau tidak, mereka cari orang lain. Kebetulan waktu itu saya lapang kerana sudah tidak jadi berlakon dengan Suhan Movies dan bersetuju dengan tarikh 4 Ogos. Saya perlu berada di lokasi jam 4 petang dan mereka akan mengambil saya di rumah kerana saya tidak ada pengangkutan.

"Semuanya sudah dibincangkan dengan Lis. Sehari sebelum 'shooting', saya menghubungi mereka untuk bertanya baju apa yang perlu saya pakai. Tapi PM mereka minta maaf kerana ada berita buruk untuk saya. Mereka tidak jadi ambil saya berlakon. Alasannya mereka dah tukarkan kepada watak lebih muda dan saya tidak sesuai untuk watak itu pula," katanya.

Kata Mariani, mereka yang terbabit ternyata bersikap mudah dengan membuat tawaran berlakon dan kemudian membatalkannya. Bagaimanapun katanya, tiada apa yang mampu dilakukannya kerana tiada hitam putih dan tawaran hanya dibuat melalui telefon. Namun sebagai orang tua, mereka seharusnya memahami perasaannya.

"Bagi saya, mereka yang dipertanggungjawabkan mencari pelakon perlu amanah dengan tugas dan janji mereka. Saya tidak tahu apa motif mereka berbuat begitu.
Mungkin juga mereka rasa harga yang saya letak itu tinggi dan mengubah fikiran pada saat-saat akhir apabila dapat pelakon ganti yang sanggup terima bayaran lebih murah.

"Memang saya tetapkan sejumlah harga untuk bayaran mengikut hari bekerja tapi untuk Azazil, mereka tawar menawar macam beli ikan di pasar. Saya akhirnya setuju kurangkan harga tapi akhirnya ini yang saya terima," katanya.

Sementara itu Melissa berkata, dia meluahkan perasaannya melalui twitter pada 4 Ogos lalu kerana kesal dengan sikap produksi itu yang memberi layanan buruk kepada artis veteran.

"Sehari selepas keluar luahan saya di twitter, seseorang dari Filmscape yang mendakwa produser, menghubungi saya untuk menjelaskan perkara itu. Katanya, berlaku salah faham antara pengarah dan PM kerana tidak tahu PM sudah berurusan dengan Mariani kerana pengarah buat keputusan tukar karaktor pada saat akhir.

"Apapun alasannya, mereka tidak patut buat begitu kepada artis veteran. Rasanya, perkara seperti ini tidak berlaku kepada artis muda tetapi mereka sanggup buat pada artis veteran seperti ibu saya. Saya memang juga terkilan dengan layanan seperti itu.

"Sebelum ini dalam satu majlis penyampaian anugerah perfileman, ibu saya sudah buat persiapan untuk pergi dengan menempah baju tapi pada malam anugerah namanya tercicir dalam senarai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gugup berlakon dengan Fauziah Nawi

Posted: 09 Aug 2011 06:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]RAMADAN kali ini cukup bermakna buat pelakon berbakat, Mas Muharni. Bukan saja kedatangan bulan puasa membawa seribu rahmat kepada seluruh umat Islam, malah rezeki pelakon yang mesra disapa Mas juga kian mencurah.