Adsense

Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Keteguhan cinta Zahiril, Shera

Posted:

Keteguhan cinta Zahiril, Shera

Keteguhan cinta Zahiril, Shera

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
aida.kamaruddin@utusan.com
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


AKSI manja kedua bakal pengantin Shera dan Zahiril.


TEMPOH perkenalan selama 18 bulan dirasakan sudah cukup lama bagi pasangan merpati sejoli ini untuk memeterainya dengan ikatan perkahwinan.

Bagi Zahiril Adzim, 27, dan Shera Aiyob, 25, keputusan yang mereka ambil tepat dan tidak perlu ditangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Biarpun ada mengusik perkahwinan ini masih terlalu awal untuk mereka, bagi Zahiril dan Shera mereka tetap yakin cinta mereka melangkaui segala-galanya .

Memilih tanggal 20 November ini sebagai tarikh keramat, kedua mereka kini sedang berhempas pulas melakukan segala persiapan agar hari yang dinanti itu berlangsung dengan indah.

Shera belajar tugas isteri melalui buku

Menurut Shera, selain sibuk membuat persiapan untuk hari besarnya yang bakal tiba tidak lama lagi, dia dan Zahiril juga turut melakukan beberapa persediaan selepas menjadi suami isteri.

"Kami baru sahaja selesai mengangkat beberapa perabot ke rumah baru kami.

"Memandangkan kami berdua agak sibuk selepas cuti berkahwin nanti, kami rasa adalah lebih baik kami melakukan segala persiapan ini secara berperingkat," katanya ketika di temui di butik Hatta Dolmat di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut anak jati Ipoh, Perak, ini walaupun ada yang meragui akan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, dia sudah lama bersedia.

"Soal sedia itu sebenarnya terletak pada diri kita sendiri, jika kita asyik mengatakan belum waktunya, sampai bila-bila pun ia tidak akan berlaku.

"Selain itu memilih untuk membaca buku -buku nasihat, merupakan antara usaha Shera di dalam mempelajari ilmu seorang isteri," katanya bersungguh.

Menyedari penglibatannya dalam bidang lakonan kurang menyerlah, Shera berpendapat, perkahwinan tidak akan menjejaskan peluangnya untuk lebih dikenali.

Dia juga reda menerima apa jua keadaan sekiranya usaha untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya terpaksa dilupakan selepas bergelar isteri.

"Mungkin belum masanya untuk Shera menyerlah sebagai pelakon.

"Lagi pun rezeki itu bukan kita yang tentukan dan jika benar rezeki Shera bukan di dalam bidang lakonan selepas berkahwin nanti Shera tetap terima," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Filem, Pengarah Terbaik milik siapa?

Posted:

Filem, Pengarah Terbaik milik siapa?

Filem, Pengarah Terbaik milik siapa?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

DEBARAN semakin dirasai apabila Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM 24) semakin menghampiri malam kemuncaknya pada Ahad ini (20 November).

Sudah pasti, ramai yang terus berteka-teki dan bermain dengan persoalan tentang siapakah yang bakal merangkul kemenangan dalam dua kategori yang cukup penting dalam FFM iaitu Pengarah dan Filem Terbaik.

Untuk FFM 24, lima calon bagi kategori Pengarah Terbaik memperlihatkan kehebatan mereka dalam mengarahkan filem dari genre yang berbeza.

Mereka yang tersenarai tahun ini ialah Ahmad Idham bagi filem Senjakala, Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Osman Ali (Cun!), Syamsul Yusof (KL Gangster) dan Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa).

Daripada lima calon ini, hanya Mamat dan Syamsul sahaja yang pernah dijulang dengan gelaran ini pada tahun 2008 dan 2010.

Sementara itu, Ahmad Idham pula pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan FFM 16 menerusi filem Mr. Cinderella namun, rezeki masih belum berpihak kepadanya walaupun sudah empat kali dicalonkan.

Osman juga bukan nama asing kerana dia pernah dicalonkan pada tahun 2008 untuk Anak Halal namun dia tewas kepada Mamat yang memenanginya untuk Kala Malam Bulan Mengambang.

Hanya Yusry sahaja yang pertama kali dicalonkan dan bersaing dengan pengarah senior yang lain.

Siapakah yang bakal menyerlah kali ini dan sekali gus menempatkan diri sebaris dengan pengarah handalan negara yang pernah memenangi kategori ini?

Mungkinkah rezeki akan berpihak kepada Syamsul sekali lagi lantaran filem KL Gangster merupakan antara hasil karya terbaiknya sehingga mampu mencatatkan kutipan tiket hampir RM12 juta.

Atau siapa tahu komedi satira Mamat akan membawa tuah buat pengarah kreatif itu selepas gagal memenanginya tahun lalu menerusi Estet?

Jika bukan Syamsul atau Mamat, berkemungkinan besar Osman mampu menjulang gelaran itu tahun ini berdasarkan hasil cemerlang yang ditonjolkan dalam filem Cun!.

Sebuah karya yang jujur dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada penonton, siapa tahu tuah berpihak kepada Osman untuk diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik selepas memenanginya di Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini.

Bagaimana pula dengan Ahmad Idham dan Yusry? Adakah mereka juga mampu memenangi gelaran itu? Jawapannya tidak mustahil.

Kepayahan dan penat lelah Yusry menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa barangkali akan terbalas seandainya namanya diangkat sebagai pemenang.

Memberi sentuhan berbeza dalam Senjakala, Ahmad Idham juga berpotensi memenangi kategori ini.

l Pilihan Hits: Filem Terbaik - Cun!

Pengarah Terbaik - Osman Ali (Cun!)

Full content generated by Get Full RSS.

Celebrity News

Celebrity News


Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Di Internet

Posted: 17 Nov 2011 12:35 AM PST

Malam ini menyaksikan perlawanan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk ZoOM sekali. Siapa yang bakal memenangi perlawanan malam ini sudah pasti akan meningkatkan moral pasukan mereka. Bagi ZoOm walaupun kita dicemuh dan dikritik oleh pasukan seberang, namun semua itu tidak bermakna jika berjaya mengalahkan mereka.

Dari kertas pasukan Indonesia telah layak ke separuh akhir, namun dari segi mentaliti sudah pasti ada sesuatu yang ingin dibuktikan, terutamanya kepada rakyat yang inginkan kemenangan ketika menentang Malaysia Malam ini.

Tidak kurang hebatnya iklan dan propaganda yang disebarkan, tidak terlepas laman forum dan blog menjadi medan melepaskan luahan dan pendapat masing-masing mengenai perlawanan malam ini.

Siapa Yang bakal menjadi JUARA kumpulan A, pasti akan terjawab selepas 90 minit diatas padang..

ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai Perlawanan ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Perkahwinan Imam Dan Isteri Muda

Posted: 17 Nov 2011 12:16 AM PST

Kisah yang sudah pasti akan di ingati oleh masyarakat di Mukim Bechah Laut, Tanah Merah yang menyaksikan pasangan yang berkahwin ini. Walaupun hanya berjumpa suami ketika dinikahkan, malahan jodoh gadis bernama Noor Mahayu Shamsuddin,26 semuanya diuruskan oleh keluarga.

Bagi ZoOm walaupun siapa yang menjadi teman hidup, niat dan keikhlasan hati perlu diutamakan. Semoga Jodoh pasangan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Kisah perkahwinan pasangan ini menjadi sensai dek kerana gambar dan cerita perkahwinan mereka terpampang di dada akhbar Metro kerana tarikh istimewa pada 11.11.11, pukul 11 malam dan dilangsungkan di batu 11.

Menurut info majlis persandingan turut diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, selain diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal.

Alangkah indahnya majlis yang dilangsungkan, sudah pasti sanak saudara tersenyum gembira mengenangkan perkahwinan yang menjadi sejarah pasangan ini.

ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai Jodoh Anda ?
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sedia jalani ujian DNA

Posted: 16 Nov 2011 04:07 PM PST

Hip

Tidak hirau cerita mengarut

BINTANG pop, Justin Bieber, percaya dakwaan seorang peminat perempuan bahawa dia bapa kepada anak yang dilahirkannya adalah sebahagian daripada 'tugas' yang perlu dihadapinya sebagai penyanyi.

Mariah Yeater mendakwa, penyanyi berusia 17 tahun itu ialah bapa kepada anak lelakinya, Tristyn, yang berusia 4 bulan, selepas mereka berasmara di belakang pentas selepas konsert Bieber di Los Angeles pada tahun lalu. Perempuan berusia 20 tahun itu memfailkan kes di mahkamah dengan menamakan Bieber sebagai bapa bayi terbabit dan menuntut nafkah berjumlah RM850,552 daripadanya.

Biarpun penyanyi remaja dari Kanada itu berkali-kali menafikan tuduhan terbabit, dia menerima perkara berkenaan sebagai sebahagian daripada cabaran hidup bintang pop sepertinya.

Bercakap kepada majalah Star mengenai keadaan dirinya dan teman wanita, Selena Gomez, berdepan dengan situasi berkenaan, Justin berkata, mereka berdua perlu membiasakan diri dengan insiden sedemikian kerana ia sebahagian daripada asam garam industri hiburan.

"Memanglah tidak patut kami membiasakan diri dengan perkara seperti ini, namun itulah sebahagian daripada hakikat dunia hiburan yang perlu diterima. Kami berdua belajar untuk tidak menghiraukan cerita karut yang tiba-tiba muncul seperti itu," katanya.
Pasangan muda lagi popular ini sememangnya perlu berdepan banyak cabaran sejak mereka mula bersama pada penghujung tahun lalu. Awal tahun ini, bintang Disney berusia 18 tahun itu menerima ugutan bunuh daripada peminat Bieber apabila mereka dilihat berciuman di kawasan percutian St Lucia.

Peminat tegar Bieber mengirim mesej berbaur ancaman ke laman sosial yang berbunyi "aku bersumpah akan bunuh kamu" dan "jika betul kamu ialah teman wanita Justin, aku akan bunuh kamu. Aku benci kamu."

Bagaimanapun, Justin berkata, Selena berdepan keadaan itu dengan agak tenang dan tidak membiarkan khabar angin mengenai bayi terbabit menekan dirinya.

"Dia dalam keadaan baik. Seperti saya, dia juga tidak menghiraukan perkara seperti itu.

"Selena sudah biasa berdepan beberapa perkara yang teruk, yang diperkatakan peminat mengenainya di Twitter, apabila kami mula keluar bersama. Sejak itu, dia belajar untuk tidak menghiraukan semua cerita merapu yang ditulis mengenai kami," kata Bieber.

Mimpi ngeri membabitkan dakwaan dirinya sebagai bapa bayi terbabit juga mungkin berakhir tidak lama lagi apabila bintang muda ini bersedia untuk membuktikan dirinya tidak bersalah menerusi ujian DNA.

Pasukan perundangan penyanyi ini sudah mengeluarkan kenyataan pada minggu lalu, dengan melabelkan dakwaan Yeater sebagai berniat jahat, fitnah dan tidak benar sama sekali. Justin sendiri akan mengambil ujian bagi menentukan dirinya bukan bapa kepada bayi terbabit.

Mereka turut menegaskan akan mencari apa saja penawar undang-undang yang ada bagi melindungi Bieber dan memastikan pihak yang membuat tuduhan palsu itu bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Bintang pujaan ramai ini juga menambah, dia bersedia untuk melakukan apa saja demi membersihkan namanya.
"Semua perkara berhubung kes ini dikendalikan oleh pasukan perundangan saya. Namun jika mereka mahu saya turut menanganinya, saya akan berbuat begitu," ujarnya.

Lagu Bieber untuk Arthur Christmas

APABILA filem animasi 3D Arthur Christmas terbitan Aardman untuk Sony Pictures Animation dan Columbia Pictures ditayangkan kepada umum pada minggu depan, peminat akan dapat menikmati lagu Santa Claus Is Comin' To Town versi Bieber, yang dimainkan ketika kredit akhir filem terbabit dipaparkan.

Lagu berkenaan adalah daripada album Krismas penyanyi ini yang berjudul Under The Mistletoe.

Sebelum tayangan filem itu pula, peminat akan dapat menyaksikan video muzik eksklusif untuk lagu terbabit, yang akan mula ditayangkan secara perdana, hanya di pawagam yang memutarkan filem berkenaan.

Single pertama daripada album terbabit, Mistletoe, akan turut didengar peminat dalam iklan TV terpilih bagi filem ini.

Under The Mistletoe ialah album yang menggabungkan irama tradisional Krismas bersama lagu baru yang ditulis secara bersama oleh Bieber. Ia mula dipasarkan pada awal November lalu.

Filem Arthur Christmas pula mendedahkan buat kali pertama bagaimana Santa menghantar kesemua hadiah untuk kanak-kanak hanya pada satu malam saja.
menerusi filem terbabit, operasi Santa yang berteknologi tinggi dikatakan tersembunyi di Kutub Utara.

Diarahkan Sarah Smith, hasil tulisan Peter Baynham dan Sarah sendiri, filem komedi ini antara lain menggunakan suara pelakon James McAvoy, Jim Broadbent, Bill Nighy, Hugh Laurie, Imelda Staunton, Eva Longoria, Ashley Jensen dan Laura Linney.

Full content generated by Get Full RSS.

Bakal gegar tiga negeri

Posted: 16 Nov 2011 04:04 PM PST

Hip

Konsert Fenomena 30 Tahun Search janji persembahan terbaik

SEMPENA tiga dekad pembabitan kumpulan Search dalam arena seni muzik tanah air, legenda rock ini akan muncul dalam tiga siri konsert mereka, masing-masing di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 19 November, diikuti dengan Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Konsert berkenaan dianjurkan sebagai penghargaan buat peminat yang sentiasa berdiri di kukuh di belakang Search, menyokong karier muzik kumpulan ini sejak mula diasaskan pada 1981 lagi. Anggota kumpulan ini sendiri menjanjikan persembahan terbaik buat penyokong kuat mereka, dengan lebih 20 lagu popular bakal dipersembahkan pada konsert terbabit.

Lebih menggembirakan, mereka tidak akan menyampaikan lagu secara medley, bagi memastikan kepuasan maksimum buat penonton.

Bukan sekadar kumpulan berkenaan yang akan menggegarkan konsert terbabit, malah ia turut dihangatkan lagi dengan kemunculan artis dan kumpulan undangan seperti Datuk M Nasir yang bakal muncul di Kuala Lumpur (KL), Sofea (Pulau Pinang), Koffin Kanser (Johor) dan Projek Pistol (KL).

Kumpulan lain yang turut memeriahkan konsert itu nanti ialah Bittersweet dan Pesawat.
Pengacara sampingan konsert terdiri daripada Burn, Nana, Jehan Miskin, Nabil, Angah dan Jep untuk persembahan di Pulau Pinang, sementara Johan pula tampil menghiburkan penonton di Johor dan KL.

Istimewanya juga, konsert terbabit menawarkan tiga kereta Perodua Viva 660 BXA sumbangan penganjur, Oracle Accord, untuk peminat bertuah, manakala setiap penonton yang hadir akan menerima sehelai baju-T eksklusif sebagai cenderamata.

Habuan hebat itu tentu saja menambahkan lagi tarikan untuk peminat menyaksikan persembahan kumpulan legenda ini.

Bagi peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan kehebatan Search pada tiga konsert terbabit, mereka boleh mendapatkan tiket di cawangan Petronas yang mengambil bahagian, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.ticketonline.com.my. Peminat juga boleh melayari laman rasmi konsert di www.facebook.com/search30.

INFO

  • Sertai kuiz Berita Harian - Search dan menangi sepasang tiket bernilai RM69 untuk menonton persembahan kumpulan rock legenda ini di Johor Bahru atau Kuala Lumpur

  • Dapatkan akhbar Berita Harian di ruangan HIP hari ini untuk mengetahui cara menyertai peraduan ini
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Shahz Jaszle Pernah Jatuh Hati Pada Neelofa

    Posted: 16 Nov 2011 12:21 PM PST

    KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Shahz Jaszle (gambar) mengakui pernah menuruh hati kepada heroin filem Azura, Neelofa ketika penggambaran filem tersebut.

    Kata Shahz, dia jatuh hati terhadap perwatakan atau karakter Azura yang dibawakan oleh pelakon Tahajud Cinta itu.

    "Saya pernah rapat dengan Neelofa semasa penggambaran filem itu. Tapi kami bawa hal masing-masing selepas tamat penggambaran.

    "Mungkin juga saya jatuh cinta dengan dia kerana karakter Azura itu," katanya ketika majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu.

    Bagaimanapun, Shahz berkata dia dan Neelofa tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan kekasih.

    "Kami mungkin serasi membawakan watak pasangan kekasih dalam filem tetapi tidak secara realiti.

    "Saya dan dia mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza," katanya yang mengakui Neelofa seorang pelakon yang mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan.

    Sementara itu, Neelofa berkata hubungan rapat antara dia dan Shahz semasa penggambaran filem tersebut rapat kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai kekasih ketika itu.

    "Dia banyak mengajar saya berlakon kerana ini merupakan filem pertama saya.

    "Saya akui kami pernah rapat namun hanya ketika penggambaran filem tersebut, selepas itu kami membawa hal masing-masing," katanya.

    Bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan pada 2 Februari 2012 itu, Neelofa berkata dia banyak membawakan perwatakan sebenar dalam watak Azura.

    "Ini filem pertama saya, jadi saya akui banyak perwatakan sebenar saya yang ada pada Azura.

    "Tapi Alhamdulillah, Abang Aziz banyak membantu dan beri tunjuk ajar," katanya.

    /// mstar ///

    Full content generated by Get Full RSS.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Badai Semalam sarat emosi

    Posted:

    Badai Semalam sarat emosi

    Badai Semalam sarat emosi

    'CINTA, cita-cita dan pengorbanan', tema yang sudah cukup menerangkan isi cerita di dalamnya. Terkendong secubit kisah dalam layar kehidupan berlatarkan zaman sepuluh tahun selepas Merdeka menerusi teater Badai Semalam yang kini sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Mazni, watak utama yang merentasi setiap plot bermula daripada bangku sekolah tingkatan enam atas mendepani cita-cita bergelar doktor.

    Di kala berdepan dengan tiga haluan berbeza, pengorbanan dipilihnya menolak cinta ke tepi dan cita-cita ke belakang. Itu beban emosi yang ditanggung penggalas watak Mazni, tidak lain dan tidak bukan Erra Fazira.

    Walau baru kali kedua berlakon di pentas teater selepas Muzikal Tun Mahathir, Erra dilihat semakin mantap mempersembahkan bakat lakonan di pentas teater yang disaksikan penonton secara langsung itu.

    Kata Erra, lakonannya kali ini antara yang paling sukar pernah dilaluinya sepanjang bergelar pelakon. Untuk membawa penonton masuk ke dalam jiwa Mazni juga Erra perlukan pengorbanan.

    "Watak Mazni memang tiada tolok bandingnya, lain daripada apa yang pernah saya buat sebelum ini. Saya terkejut apabila pertama kali membaca skripnya, memang rasa tertekan dan saya marahkan Umie (Datin Paduka Umie Aida) sebab melibatkan saya dalam tekanan ini," singkap Erra ketika ditemui selepas pementasan Badai Semalam di Istana Budaya baru-baru ini.

    Tertekan yang dimaksudkan Erra diterjemah dalam edisi positif. Tertekan bagi Erra dek kerana hampir setiap babak memerlukannya beraksi, tertekan untuk mengheret emosi setara sepanjang pementasan yang bukan hanya sekali sehari tapi dua persembahan sehari (pukul 3 petang dan 8.30 malam) sehingga 20 November ini.


    SUKSES diangkat daripada naskhah novel untuk hebat bernyawa di pentas teater.


    "Tiada pilihan, ini tanggungjawab dan kerja saya dan sekarang rasa sangat penat, ini pertama kali saya perlu buat persembahan dua kali sehari.

    "Tenaga perlu sentiasa dikekalkan dan saya cuba tarik perasaan, kekalkan kesedihan dan bagi flow yang sama sepanjang pementasan. insya-Allah akan kekalkan sehingga hari terakhir," katanya yang meminjam perasaan jerih perih kehidupan ibu dan anak tunggal demi penghayatan watak Mazni.

    Teater Badai Semalam adalah usahasama syarikat Frensis Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat bersama Umie Aida, Erra Fazira dan Ziela Jalil serta turut mendapat kerjasama Istana Budaya.

    Roh Mazni

    Kisah Mazni kata Erra ada kena mengena dengan dirinya sendiri dalam kehidupan sebenar.

    "Saya seorang pejuang macam Mazni, sedikit sebanyak ada Erra Fazira dalam diri Mazni dan banyak yang dapat saya pelajari daripada karakter itu," singkap juri program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa yang berehat selama dua minggu demi Badai Semalam.

    Badai Semalam juga menuntut pengorbanan daripada Erra. Sakit dipukul, diterajang, dihentak dan sebagainya lagi ditelannya mentah-mentah.

    "Itu pengorbanan saya demi teater ini, memang kalau diamati betul-betul badan saya lebam sana sini tapi aksi ini kena dibuat.

    "Saya pun sudah berpesan kepada Aaron (yang memegang watak Karim) dan Ziela (Bibah, ibu Mazni) supaya pukul saya betul-betul, takut nanti tidak ada feel," cerita Erra.

    Teater ini juga antara lain memerlukan pelakon-pelakonnya menyanyi dalam 10 buah lagu yang digubah demi menyelit plot daripada hambar atau mendatar.

    Namun kata Erra, lakonan sudah cukup membuatkan setiap pelakon penat dan bimbang momentum vokal tidak seimbang jika diminta menyanyikan secara langsung.


    AKSI bersahaja Aaron dan Jasmin berjaya menghidupkan pementasan teater Badai Semalam.


    "Oleh itu, kita mengambil pendekatan selamat untuk menyelesakan kedudukan pelakon dan penonton dengan menggunakan miming hanya untuk babak nyanyian," tambahnya.

    Puas

    Memberi yang terbaik sudah pasti tertulis dalam diari setiap individu yang bergelar pelakon apatah lagi figura di pentas. Namun, penilaian baik buruk atau penerimaan mesej terpulang kepada penonton yang menyaksikan sendiri.

    "Saya sudah cuba yang terbaik, mesej sampai atau tak kena tanya penonton sendiri. Di situ kita akan banyak belajar lagi.

    "Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang, 100 orang mesti ada 100 imaginasi. saya sudah lakukan yang terbaik siapa yang faham tentunya akan terhibur.

    Begitu pun, harapannya agar penonton mengerti dan terhibur dengan keseluruhan pementasan Badai Semalam yang difikirnya adalah sebuah naskah berat.

    "Orang yang faham intipati novel ini memang akan tahu ia sebuah naskhah yang berat. Bagi yang mengerti maka itulah hiburan dalam teater ini.

    Meringkaskan bicara ulas Erra: "Penat dan puas berlakon teater berbeza daripada televisyen atau filem. Kepuasan ini adalah lebih daripada segala-galanya."

    Full content generated by Get Full RSS.

    Wilma kembali ke layar perak

    Posted:

    Wilma kembali ke layar perak

    Wilma kembali ke layar perak

    Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


    WILMA bakal muncul di layar perak selepas 11 tahun tidak aktif berlakon.


    GHAZAL Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000), itu antara dua filem yang pernah menampilkan wanita berwajah kacukan ini semasa zaman kegemilangan menjadi aktres di dalam dunia hiburan tempatan.

    Namun, selepas berkahwin pada tahun 2000, Wilma Muhammad, 38, terus menutup pintu hati untuk bergelumang dalam dunia lakonan dan menukar imej seksinya sebelum ini kepada wanita muslimah.Lantas Pasrah menjadi filem terakhir lakonannya.

    "Sepanjang saya berkahwin, saya memang menjadi suri rumah sepenuh masa dan ingin memberi fokus terhadap suami dan keluarga. Tapi, saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti membuat kek dan sebagainya.

    "Namun, setelah pemergian arwah suami saya, saya mula bekerja dan kini saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran di syarikat rakan baik saya sendiri yang menawarkan saya jawatan tersebut," cerita Wilma serba sedikit mengenai kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly, Mahir Effendi, 37, akibat serangan jantung pada Januari tahun ini.

    Kini, setelah 11 tahun menyepi diri di dalam dunia lakonan, Wilma kembali dengan menjadi tonggak utama dengan memegang watak sebagai Tengku Suraya dalam filem terbaharu di bawah garapan Imran Ismail yang berjudul 1945.

    Filem terbitan AAR Intelligent Sdn. Bhd., itu yang dijangka bakal memulakan penggambaran pada bulan Disember ini turut menampilkan aktor Faizal Hussein dan Yank Kassim.

    Menurut Wilma, keputusan untuk kembali tampil di layar perak disebabkan oleh tawaran watak diberikan yang mencabar dan filem ini mempunyai kelainan dan kekuatan yang tersendiri.


    FILEM 1945 menggandingkan Wilma dan Faizal.


    "Jika ikutkan hati memang tidak terasa untuk berlakon lagi, namun ia bukanlah perkara yang sudah ditetapkan. Sebab saya terima tawaran ini kerana ia merupakan tawaran yang baik yang juga mempunyai jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain. Memang saya suka mencuba watak yang berlainan," jelasnya ketika ditemui di sidang akhbar di Restoran Platinum Terrasse, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Tambahnya, keputusan ini dibuat setelah berbincang dan mendapat persetujuan serta sokongan dari keluarga dan anak-anak selain membuat solat istikharah untuk mendapat jawapan yang pasti.

    Kekok di depan kamera

    Akui wanita kelahiran Lahad Datu, Sabah ini, perasaan berdebar ingin kembali ke dunia glamor menyelubungi diri ketika menerima tawaran filem tersebut. Ini kerana, selama waktu rehatnya di dalam dunia seni, sememangnya fokus diri hanya kepada keluarga dan anak-anak.

    "Berdebar juga apabila ingin tampil semula di layar perak setelah bertahun lamanya meninggalkan dunia ini. Skil lakonan masih ada namun kadangkala kekok juga saya apabila berhadapan dengan kamera.

    "Namun, saya juga berasa teruja ingin kembali kerana ada juga terpalit perasaan rindu pada dunia lakonan selepas mengambil keputusan untuk berhenti," jelas Wilma diselangi senyuman dan ketawa kecil sepanjang sesi temuramah bersamanya itu.

    Wilma dalam pada itu mengakui kemunculan dalam filem 1945 tidak semestinya bermakna dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan.

    "Walaupun kembali berlakon menerusi filem 1945, saya belum dapat membuat keputusan muktamad sama ada saya kembali aktif dalam bidang lakonan," ujarnya.

    Namun, apa yang pasti, ibu tunggal lima anak iaitu Raida Taqifah,9, Athirah Inarah,7, Mahirah Aqilah,5, Muhammad Yusuf,3, dan Umar Al Farouk,2, tidak mahu terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya yang ternyata memerlukan dirinya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Amuro dituduh ciplak lagu

    Posted:

    Amuro dituduh ciplak lagu

    Amuro dituduh ciplak lagu


    AMURO NAMIE


    PENYANYI terkenal Jepun, Amuro Namie dilanda kontroversi apabila dia dituduh menciplak lagu solo anggota kumpulan Bing Bang, G-Dragon.

    Menurut media Jepun, Amuro, 34, disyaki menciplak lagu dendangan solo G-Dragon, 23, yang berjudul, Heartbreaker untuk menghasilkan lagu terbaharunya, Sit! Stay! Wait! Down! yang bakal diedarkan di pasaran menjelang 7 Disember ini.

    Ujar sumber: "Lagu terbaharu Amuro Namie, Sit! Stay! Wait! Down! dikhuatiri merupakan hasil ciplak lagu dendangan solo G-Dragon yang berjudul, Heartbreaker.

    Ironinya, dua tahun lalu, lagu Heartbreaker pernah didakwa merupakan hasil ciplak lagi dendangan penyanyi popular Amerika Syarikat, Flo-Rida."

    Dakwaan terhadap Amuro yang dikatakan menciplak lagu penyanyi lain itu bukan pertama kali dialaminya. Sebelum ini, lagunya yang berjudul Black Diamond dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan lagu Janet Jackson, Feedback.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Rabu, 16 November 2011

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012

    Posted: 16 Nov 2011 05:40 AM PST

    HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

    © 2007 - 2011 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

    Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

    Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

    Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.2.1

    Full content generated by Get Full RSS.

    Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24

    Posted: 16 Nov 2011 05:00 AM PST

    8.20 Malam: Selepas Majlis Pelancaran Filem Azura 2012, Budiey bergegas pula ke Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 yang sekarang ini (live blogging) diadakan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Ini julung-julung kali Majlis Anugerah Cipta diadakan di Panggung Anniversari di mana ia sebuah lokasi yang terbuka. Semenangnya, majlis ini terbuka kepada orang ramai juga.

    Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Yassin. Datuk Bandar Kuala Lumpur juga turut hadir.

    Pada malam ini, sebanyak 10 kategori anugerah cipta akan disampaikan kepada pemenang. Ada 22 kategori pencalonan akan diumumkan pada Malam Anugerah Gemilang Perdana pada 20 November 2011 di PICC Putrajaya.

    Pengacara Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 ialah Halim Othman dan Linda Onn.

    8.32 malam: Ada ternampak kelibat pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha bersama pelakon baru Zalif Sidek. Pelakon Cinta Kura-Kura, Aeril Zafril juga turut hadir dengan pakaian yang sangat kasual.

    8.38 malam: Pengacara majlis, Halim Othman menyuruh semua penonton bertepuk tangan setibanya tetamu kehormat.

    8.55 malam: Hos Halim Othman mengumumkan ketibaaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru tiba.

    8.57 malam: Semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

    8.59 malam: Budiey nampak kelihat Shaheizy Sam yang baru tiba.

    9.00 malam: Persembahan pembukaan dari Ika Muzika – Malaysian DRUM Symphony (MDS).

    9.09 malam: Hos Linda Onn & Halim Othman membuka majlis anugerah cipta dengan memperkenalkan & mengucapkan selamat datang terima kasih kepada tetamu kehormat, serba sedikit tentang anugerah cipta.

    9.10 malam: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sedang berucap. Antara isi ucapannya, Filem bukan bahan hiburan semata-mata. Tapi filem adalah satu senjata yang paling ampuh dalam mempengaruhi minda masyarakat.

    9.17 malam: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin merasmikan Festival Filem Malaysia 24.

    9.18 malam: Persembahan medley dari 3 orang penyanyi yang menyanyikan 3 buah lagu dari filem Melayu. Antaranya, dari filem Hujan Panas, FIlem Ali Setan dan Roy menyanyikan lagu Khayalan dari SH3 The Movie.

    9.19 malam: Majlis Penyampaian sijil kepada 16 penerbit filem dan 25 penerbit filem pendek dan 8 penerbit filem Animasi.

    9.38 malam: Penyanyi Nadia AF menyanyikan lagu dari filem Gol & Gincu – Teruja.

    8.40 malam: Tahniah! Pemenang Poster Terbaik #FFM24: Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Festival Filem Malaysia 24

    8.43 malam: Tahniah! Pemenang Kesan Visual Terbaik #FFM24: Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Festival Filem Malaysia 24. Pemenang membawa pulang RM10 ribu beserta trofi.

    8.50 malam: Persembahan Hip Hop dari Famous Crew.

    8.55 malam: Tahniah! Pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik #FFM24: Mia Sara Nasuha – Festival Filem Malaysia 24.

    8.58 malam: Tahniah! Pemenang Pelakon Harapan Lelaki #FFM24: Salehuddin Abu Bakar Filem Hantu Bonceng – Festival Filem Malaysia 24

    10.00 malam: Tahniah! Pemenang Pelakon Harapan Wanita #FFM24: Nadia Nisa FIlem CUN – Festival Filem Malaysia 24

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20
  • Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22
  • Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 23
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi

    Sensasi


    Hattan Selamat berkahwin pada 11.11.11 selepas 6 tahun menduda

    Posted: 16 Nov 2011 10:50 PM PST

    Majlis nikah Hattan dan Isterinya diadakan secara tertutup namun meriah dengan kehadiran hampir 100 orang keluarga terdekat dan teman rapat kedua pengantin baru ini termasuklah anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13.

    Dengan hanya sekali lafaz, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

    Selepas 6 tahun menduda kini Hattan sudah kembali bergelar suami.Pun begitu Hattan belum bersedia untuk mendedahkan kepada umum siapakah gerangan isterinya yang berusia awal 30-an

    Hattan sebelum ini banyak kali bercinta namun tak berakhir dengan perkahwnan.Antara selebriti yang dkaitkan dengan Hattan seperti Faradhiya dan Kat Mentor.


    Fesyen Blue Carpet AIM ke-18

    Posted: 16 Nov 2011 11:27 AM PST


    Awal bersama Azlan & Typwriter


    Najwa ditemuramah oleeh Awal
    Greyson Chance
    Najwa Latif
    Kumpulan Forteen
    Penyampai radio Era Adi, Dina & Nabil


    Fimie Don & Alam
    Neelofa
    Marsha
    Rahmat & anak
    One Nation Emcee ketika membuat persembahan di Blue Carpet
    Shila Amzah
    Alif Aziz, Shila Amzah & Aliff Satar
    Fauziah Latif

    Azwan Ali tuduh Ummi Hafilda Bomohkan Ibu Sendiri

    Posted: 16 Nov 2011 11:20 AM PST

    Sekali Lagi Azwan ali menggunakan medium Twitter sebagai tempatnya melemparkan kata-kata kesat terhadap kenalan mahupun peminat..

    Kali ini,Azwan Ali yang masih lagi belum berbaik dengan kakaknya Ummi Hafilda telah menuduh Ummi membomohkan mak sendiri supaya taksub.Mungkin Azwan Ali tak puas hati apabila maknya sering menyebelahi Ummi..

    Wallahualam..

    Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya

    Posted: 16 Nov 2011 10:40 AM PST

    Wah rupa nya Neelofa ambil rupa paras sebiji mcm ibunya...

    Neelofa

    Neelofa

    Neelofa

    Yang ini pula adik Neelofa..Cantik kan...

    Neelofa


    Neelofa


    Neelofa

    Neelofa

    Neelofa

    Isu Zarina Anjulie berpakaian tak cukup kain " Saya Berani Kerana Benar"

    Posted: 16 Nov 2011 11:13 AM PST

    Zarina Ann Julie mula dikenali menerusi drama anak pontianak,kemudian menjadi lebih fofular selepas tersebarnya gambar tanpa pakaian beliau bersama seorang lelaki.

    Namun tidak serik zarina yang sering dikritik agar berubah tetap dengan pendiriannya dengan menjadi diri sendiri yang tidak segan silu menunjukkan bahagian bahagian yang sepatutnya ditutup..Sensasi pelik ,parent Zarina nie tak bising ke anak berpakaian mcm nak bogel je nie..

    Namun itulah hakikatnya bakat tak seberapa namun kontroversi berpakaian ,suka bergaduh dan mc2 lagi yang terus menghidupkan nama Zarina Ann Julie.





    "Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," ujar Zarina dipetik sebagai berkata.

    "Sesi fotografi ini dibuat pada dua bulan lepas dan kalau diikutkan, sudah dua kali saya tolak pelawaan dari pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi ini, mereka bagi saya baju lebih seksi lagi iaitu bikini, namun saya minta mereka tukar baju lain.

    "Saya hanya jadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," tambah bekas pelakon Anak Pontianak itu.

    Bagaimanapun bila ditanya mengenai perasaannya bila kena hentam... "Saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya rasa dah macam 'Stone Cold' saja sebab dah tak rasa apa-apa lagi. 'It's all bullshit!'. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

    "Saya dah minta maaf sebelum ini, namun bila saya minta maaf, saya pula yang kena hentam balik dan kena pijak. Jadi, lebih baik saya balas dan hentam mereka balik.

    Bagi saya, ini dah asam garam kehidupan dunia artis, jadi jika tak boleh terima dengan kritikan semua ini, jangan jadi artis. Lepas dah lalui dan biasa dengan dunia artis ini, saya dah kalis dengan segala kritikan.

    "Wartawan selalu tulis masyarakat kutuk dan benci saya. Saya terfikir, betul ke masyarakat bencikan saya. Tapi, bila pergi ke acara mana-mana, mereka okay saja dengan saya. Mana yang mereka cakap masyarakat tak suka saya, mana? Bawa pada saya. Saya rasa tak ada pun. Jangan salahkan masyarakat!

    "Jika wartawan cakap apa yang mereka fikir, cakap saja. Tak perlu gunakan masyarakat. Nak cakap saya sundal, cakap saja tak perlu nak cakap masyarakat yang cakap saya sundal. Saya tahu ada sesetengah peminat yang sokong saya dan sesetengah lagi membenci saya. Namun, saya sedar yang orang Malaysia ini, cakap saja benci, tapi mereka masih baca cerita tentang saya," ujarnya sedikit emosi.

    Majlis Perkahwinan Syella bernilai 15juta

    Posted: 16 Nov 2011 10:31 AM PST

    Syella sesekali mencuri perhatian apabila sering dikaitkan dengan VVIP dan VIP. Penampilannya yang seksi juga menjadi topik hangat di beberapa akhbar dan blog hiburan. Terbaru, penyanyi berusia 26 tahun ini didakwa telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian bukanlah perkahwinan yang diadakan secara tertutup ini, tetapi nilai hantaran yang diperolehi oleh Syella. Selain dihadiahkan sebuah banglo bernilai RM5 juta, Syella juga dikatakan mendapat sebuah kereta Mini Cooper.

    "Memang saya telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini, tetapi majlis pernikahan kami bukan pada Jumaat lepas (11 November). Kami telah bernikah pada bulan September lalu. Gambar-gambar yang tersiar di internet itu adalah gambar-gambar ketika majlis resepsi di rumah ibu bapa saya di Cheras pada 11- 13 Nov lalu. Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai," ujar Syella membuka cerita.

    Ditanya mengapa dia seolah-olah menyembunyikan perkahwinannya itu , Syella memberitahu dia tidak pernah berniat untuk berbuat begitu. Jelas penyanyi jelita ini, memang majlis pernikahannya diadakan dalam majlis tertutup, tetapi majlis resepsinya baru-baru ini menjemput kira-kira 3000 orang tetamu.

    "Saya tidak maklumkan kepada pihak media bukan kerana hendak sembunyikan perkara ini, tetapi saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular. Album baru pun tidak ada. Alih-alih hendak jemput pihak media datang ke majlis perkahwinan. Saya rasa macam tidak kena. Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Bukan ada sebab lain. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua orang adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu," jelas Syella lagi.

    Dalam masa yang sama, Syella turut mengakui majlis perkahwinannya itu menelan belanja RM15 juta seperti yang dilaporkan. Jelas Syella, jumlah itu termasuk nilai barangan hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

    "Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, Saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.

    Biarlah orang hendak buat spekulasi. Saya berkahwin bukan kerana harta. Saya sendiri sudah punya wang dan harta berkat beberapa perniagaan yang saya jalankan. Kalau orang masih tidak percaya, apa yang boleh saya buat," ujar Syella.


    Baju Pengantin Syella menampakkan pusat...

    gambar syella


    gambar syella

    Fakta yang perlu anda tahu:-

    1) Syella enggan mendedahkan nama suami serta gelaran yang diperolehinya selepas berkahwin (Datin, Datin Sri atau Puan Sri) kerana menghormati permintaan VVIP itu.
    2) Syella juga enggan mengulas sama ada dia berkongsi suami atau tidak.
    3) Syella ambil keputusan berkahwin dengan suaminya sekarang ini setelah mendapat petunjuk ketika menunaikan umrah pada April lalu.
    4) Syella menafikan dia berkahwin kerana harta. Jelasnya, dia sudah memiliki kemewahan daripada beberapa perniagaan yang dijalankan.
    5) Dua pasang gaun yang digayakan ketika majlis resepsi itu adalah rekaan Hatta Dolmat dan setiap satu daripadanya berharga RM60,000.
    6) Pasangan ini telah berbulan madu selama dua minggu di Eropah pada September lalu.
    7) Syella dan suami merancang untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat.