Adsense

Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Keteguhan cinta Zahiril, Shera

Posted:

Keteguhan cinta Zahiril, Shera

Keteguhan cinta Zahiril, Shera

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
aida.kamaruddin@utusan.com
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


AKSI manja kedua bakal pengantin Shera dan Zahiril.


TEMPOH perkenalan selama 18 bulan dirasakan sudah cukup lama bagi pasangan merpati sejoli ini untuk memeterainya dengan ikatan perkahwinan.

Bagi Zahiril Adzim, 27, dan Shera Aiyob, 25, keputusan yang mereka ambil tepat dan tidak perlu ditangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Biarpun ada mengusik perkahwinan ini masih terlalu awal untuk mereka, bagi Zahiril dan Shera mereka tetap yakin cinta mereka melangkaui segala-galanya .

Memilih tanggal 20 November ini sebagai tarikh keramat, kedua mereka kini sedang berhempas pulas melakukan segala persiapan agar hari yang dinanti itu berlangsung dengan indah.

Shera belajar tugas isteri melalui buku

Menurut Shera, selain sibuk membuat persiapan untuk hari besarnya yang bakal tiba tidak lama lagi, dia dan Zahiril juga turut melakukan beberapa persediaan selepas menjadi suami isteri.

"Kami baru sahaja selesai mengangkat beberapa perabot ke rumah baru kami.

"Memandangkan kami berdua agak sibuk selepas cuti berkahwin nanti, kami rasa adalah lebih baik kami melakukan segala persiapan ini secara berperingkat," katanya ketika di temui di butik Hatta Dolmat di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut anak jati Ipoh, Perak, ini walaupun ada yang meragui akan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, dia sudah lama bersedia.

"Soal sedia itu sebenarnya terletak pada diri kita sendiri, jika kita asyik mengatakan belum waktunya, sampai bila-bila pun ia tidak akan berlaku.

"Selain itu memilih untuk membaca buku -buku nasihat, merupakan antara usaha Shera di dalam mempelajari ilmu seorang isteri," katanya bersungguh.

Menyedari penglibatannya dalam bidang lakonan kurang menyerlah, Shera berpendapat, perkahwinan tidak akan menjejaskan peluangnya untuk lebih dikenali.

Dia juga reda menerima apa jua keadaan sekiranya usaha untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya terpaksa dilupakan selepas bergelar isteri.

"Mungkin belum masanya untuk Shera menyerlah sebagai pelakon.

"Lagi pun rezeki itu bukan kita yang tentukan dan jika benar rezeki Shera bukan di dalam bidang lakonan selepas berkahwin nanti Shera tetap terima," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Filem, Pengarah Terbaik milik siapa?

Posted:

Filem, Pengarah Terbaik milik siapa?

Filem, Pengarah Terbaik milik siapa?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

DEBARAN semakin dirasai apabila Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM 24) semakin menghampiri malam kemuncaknya pada Ahad ini (20 November).

Sudah pasti, ramai yang terus berteka-teki dan bermain dengan persoalan tentang siapakah yang bakal merangkul kemenangan dalam dua kategori yang cukup penting dalam FFM iaitu Pengarah dan Filem Terbaik.

Untuk FFM 24, lima calon bagi kategori Pengarah Terbaik memperlihatkan kehebatan mereka dalam mengarahkan filem dari genre yang berbeza.

Mereka yang tersenarai tahun ini ialah Ahmad Idham bagi filem Senjakala, Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Osman Ali (Cun!), Syamsul Yusof (KL Gangster) dan Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa).

Daripada lima calon ini, hanya Mamat dan Syamsul sahaja yang pernah dijulang dengan gelaran ini pada tahun 2008 dan 2010.

Sementara itu, Ahmad Idham pula pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan FFM 16 menerusi filem Mr. Cinderella namun, rezeki masih belum berpihak kepadanya walaupun sudah empat kali dicalonkan.

Osman juga bukan nama asing kerana dia pernah dicalonkan pada tahun 2008 untuk Anak Halal namun dia tewas kepada Mamat yang memenanginya untuk Kala Malam Bulan Mengambang.

Hanya Yusry sahaja yang pertama kali dicalonkan dan bersaing dengan pengarah senior yang lain.

Siapakah yang bakal menyerlah kali ini dan sekali gus menempatkan diri sebaris dengan pengarah handalan negara yang pernah memenangi kategori ini?

Mungkinkah rezeki akan berpihak kepada Syamsul sekali lagi lantaran filem KL Gangster merupakan antara hasil karya terbaiknya sehingga mampu mencatatkan kutipan tiket hampir RM12 juta.

Atau siapa tahu komedi satira Mamat akan membawa tuah buat pengarah kreatif itu selepas gagal memenanginya tahun lalu menerusi Estet?

Jika bukan Syamsul atau Mamat, berkemungkinan besar Osman mampu menjulang gelaran itu tahun ini berdasarkan hasil cemerlang yang ditonjolkan dalam filem Cun!.

Sebuah karya yang jujur dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada penonton, siapa tahu tuah berpihak kepada Osman untuk diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik selepas memenanginya di Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini.

Bagaimana pula dengan Ahmad Idham dan Yusry? Adakah mereka juga mampu memenangi gelaran itu? Jawapannya tidak mustahil.

Kepayahan dan penat lelah Yusry menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa barangkali akan terbalas seandainya namanya diangkat sebagai pemenang.

Memberi sentuhan berbeza dalam Senjakala, Ahmad Idham juga berpotensi memenangi kategori ini.

l Pilihan Hits: Filem Terbaik - Cun!

Pengarah Terbaik - Osman Ali (Cun!)

Full content generated by Get Full RSS.