Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Badai Semalam sarat emosi'CINTA, cita-cita dan pengorbanan', tema yang sudah cukup menerangkan isi cerita di dalamnya. Terkendong secubit kisah dalam layar kehidupan berlatarkan zaman sepuluh tahun selepas Merdeka menerusi teater Badai Semalam yang kini sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mazni, watak utama yang merentasi setiap plot bermula daripada bangku sekolah tingkatan enam atas mendepani cita-cita bergelar doktor. Di kala berdepan dengan tiga haluan berbeza, pengorbanan dipilihnya menolak cinta ke tepi dan cita-cita ke belakang. Itu beban emosi yang ditanggung penggalas watak Mazni, tidak lain dan tidak bukan Erra Fazira. Walau baru kali kedua berlakon di pentas teater selepas Muzikal Tun Mahathir, Erra dilihat semakin mantap mempersembahkan bakat lakonan di pentas teater yang disaksikan penonton secara langsung itu. Kata Erra, lakonannya kali ini antara yang paling sukar pernah dilaluinya sepanjang bergelar pelakon. Untuk membawa penonton masuk ke dalam jiwa Mazni juga Erra perlukan pengorbanan. "Watak Mazni memang tiada tolok bandingnya, lain daripada apa yang pernah saya buat sebelum ini. Saya terkejut apabila pertama kali membaca skripnya, memang rasa tertekan dan saya marahkan Umie (Datin Paduka Umie Aida) sebab melibatkan saya dalam tekanan ini," singkap Erra ketika ditemui selepas pementasan Badai Semalam di Istana Budaya baru-baru ini. Tertekan yang dimaksudkan Erra diterjemah dalam edisi positif. Tertekan bagi Erra dek kerana hampir setiap babak memerlukannya beraksi, tertekan untuk mengheret emosi setara sepanjang pementasan yang bukan hanya sekali sehari tapi dua persembahan sehari (pukul 3 petang dan 8.30 malam) sehingga 20 November ini. SUKSES diangkat daripada naskhah novel untuk hebat bernyawa di pentas teater. "Tiada pilihan, ini tanggungjawab dan kerja saya dan sekarang rasa sangat penat, ini pertama kali saya perlu buat persembahan dua kali sehari. "Tenaga perlu sentiasa dikekalkan dan saya cuba tarik perasaan, kekalkan kesedihan dan bagi flow yang sama sepanjang pementasan. insya-Allah akan kekalkan sehingga hari terakhir," katanya yang meminjam perasaan jerih perih kehidupan ibu dan anak tunggal demi penghayatan watak Mazni. Teater Badai Semalam adalah usahasama syarikat Frensis Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat bersama Umie Aida, Erra Fazira dan Ziela Jalil serta turut mendapat kerjasama Istana Budaya. Roh Mazni Kisah Mazni kata Erra ada kena mengena dengan dirinya sendiri dalam kehidupan sebenar. "Saya seorang pejuang macam Mazni, sedikit sebanyak ada Erra Fazira dalam diri Mazni dan banyak yang dapat saya pelajari daripada karakter itu," singkap juri program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa yang berehat selama dua minggu demi Badai Semalam. Badai Semalam juga menuntut pengorbanan daripada Erra. Sakit dipukul, diterajang, dihentak dan sebagainya lagi ditelannya mentah-mentah. "Itu pengorbanan saya demi teater ini, memang kalau diamati betul-betul badan saya lebam sana sini tapi aksi ini kena dibuat. "Saya pun sudah berpesan kepada Aaron (yang memegang watak Karim) dan Ziela (Bibah, ibu Mazni) supaya pukul saya betul-betul, takut nanti tidak ada feel," cerita Erra. Teater ini juga antara lain memerlukan pelakon-pelakonnya menyanyi dalam 10 buah lagu yang digubah demi menyelit plot daripada hambar atau mendatar. Namun kata Erra, lakonan sudah cukup membuatkan setiap pelakon penat dan bimbang momentum vokal tidak seimbang jika diminta menyanyikan secara langsung. AKSI bersahaja Aaron dan Jasmin berjaya menghidupkan pementasan teater Badai Semalam. "Oleh itu, kita mengambil pendekatan selamat untuk menyelesakan kedudukan pelakon dan penonton dengan menggunakan miming hanya untuk babak nyanyian," tambahnya. Puas Memberi yang terbaik sudah pasti tertulis dalam diari setiap individu yang bergelar pelakon apatah lagi figura di pentas. Namun, penilaian baik buruk atau penerimaan mesej terpulang kepada penonton yang menyaksikan sendiri. "Saya sudah cuba yang terbaik, mesej sampai atau tak kena tanya penonton sendiri. Di situ kita akan banyak belajar lagi. "Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang, 100 orang mesti ada 100 imaginasi. saya sudah lakukan yang terbaik siapa yang faham tentunya akan terhibur. Begitu pun, harapannya agar penonton mengerti dan terhibur dengan keseluruhan pementasan Badai Semalam yang difikirnya adalah sebuah naskah berat. "Orang yang faham intipati novel ini memang akan tahu ia sebuah naskhah yang berat. Bagi yang mengerti maka itulah hiburan dalam teater ini. Meringkaskan bicara ulas Erra: "Penat dan puas berlakon teater berbeza daripada televisyen atau filem. Kepuasan ini adalah lebih daripada segala-galanya." Full content generated by Get Full RSS. | ||||
Posted: Wilma kembali ke layar perakOleh NOOR ASHREEN ISMAIL
GHAZAL Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000), itu antara dua filem yang pernah menampilkan wanita berwajah kacukan ini semasa zaman kegemilangan menjadi aktres di dalam dunia hiburan tempatan. Namun, selepas berkahwin pada tahun 2000, Wilma Muhammad, 38, terus menutup pintu hati untuk bergelumang dalam dunia lakonan dan menukar imej seksinya sebelum ini kepada wanita muslimah.Lantas Pasrah menjadi filem terakhir lakonannya. "Sepanjang saya berkahwin, saya memang menjadi suri rumah sepenuh masa dan ingin memberi fokus terhadap suami dan keluarga. Tapi, saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti membuat kek dan sebagainya. "Namun, setelah pemergian arwah suami saya, saya mula bekerja dan kini saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran di syarikat rakan baik saya sendiri yang menawarkan saya jawatan tersebut," cerita Wilma serba sedikit mengenai kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly, Mahir Effendi, 37, akibat serangan jantung pada Januari tahun ini. Kini, setelah 11 tahun menyepi diri di dalam dunia lakonan, Wilma kembali dengan menjadi tonggak utama dengan memegang watak sebagai Tengku Suraya dalam filem terbaharu di bawah garapan Imran Ismail yang berjudul 1945. Filem terbitan AAR Intelligent Sdn. Bhd., itu yang dijangka bakal memulakan penggambaran pada bulan Disember ini turut menampilkan aktor Faizal Hussein dan Yank Kassim. Menurut Wilma, keputusan untuk kembali tampil di layar perak disebabkan oleh tawaran watak diberikan yang mencabar dan filem ini mempunyai kelainan dan kekuatan yang tersendiri.
"Jika ikutkan hati memang tidak terasa untuk berlakon lagi, namun ia bukanlah perkara yang sudah ditetapkan. Sebab saya terima tawaran ini kerana ia merupakan tawaran yang baik yang juga mempunyai jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain. Memang saya suka mencuba watak yang berlainan," jelasnya ketika ditemui di sidang akhbar di Restoran Platinum Terrasse, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambahnya, keputusan ini dibuat setelah berbincang dan mendapat persetujuan serta sokongan dari keluarga dan anak-anak selain membuat solat istikharah untuk mendapat jawapan yang pasti. Kekok di depan kamera Akui wanita kelahiran Lahad Datu, Sabah ini, perasaan berdebar ingin kembali ke dunia glamor menyelubungi diri ketika menerima tawaran filem tersebut. Ini kerana, selama waktu rehatnya di dalam dunia seni, sememangnya fokus diri hanya kepada keluarga dan anak-anak. "Berdebar juga apabila ingin tampil semula di layar perak setelah bertahun lamanya meninggalkan dunia ini. Skil lakonan masih ada namun kadangkala kekok juga saya apabila berhadapan dengan kamera. "Namun, saya juga berasa teruja ingin kembali kerana ada juga terpalit perasaan rindu pada dunia lakonan selepas mengambil keputusan untuk berhenti," jelas Wilma diselangi senyuman dan ketawa kecil sepanjang sesi temuramah bersamanya itu. Wilma dalam pada itu mengakui kemunculan dalam filem 1945 tidak semestinya bermakna dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan. "Walaupun kembali berlakon menerusi filem 1945, saya belum dapat membuat keputusan muktamad sama ada saya kembali aktif dalam bidang lakonan," ujarnya. Namun, apa yang pasti, ibu tunggal lima anak iaitu Raida Taqifah,9, Athirah Inarah,7, Mahirah Aqilah,5, Muhammad Yusuf,3, dan Umar Al Farouk,2, tidak mahu terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya yang ternyata memerlukan dirinya. Full content generated by Get Full RSS. | ||||
Posted: Amuro dituduh ciplak laguAMURO NAMIE PENYANYI terkenal Jepun, Amuro Namie dilanda kontroversi apabila dia dituduh menciplak lagu solo anggota kumpulan Bing Bang, G-Dragon. Menurut media Jepun, Amuro, 34, disyaki menciplak lagu dendangan solo G-Dragon, 23, yang berjudul, Heartbreaker untuk menghasilkan lagu terbaharunya, Sit! Stay! Wait! Down! yang bakal diedarkan di pasaran menjelang 7 Disember ini. Ujar sumber: "Lagu terbaharu Amuro Namie, Sit! Stay! Wait! Down! dikhuatiri merupakan hasil ciplak lagu dendangan solo G-Dragon yang berjudul, Heartbreaker. Ironinya, dua tahun lalu, lagu Heartbreaker pernah didakwa merupakan hasil ciplak lagi dendangan penyanyi popular Amerika Syarikat, Flo-Rida." Dakwaan terhadap Amuro yang dikatakan menciplak lagu penyanyi lain itu bukan pertama kali dialaminya. Sebelum ini, lagunya yang berjudul Black Diamond dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan lagu Janet Jackson, Feedback. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |