Sensasi |
- Justin Bieber mempunyai anak luar nikah?saman digugurkan
- Harga Promosi Red Velvet Cup Cake wt Cream cheese
- Robert Pattinson,Kristen Stewart dan Taylor Lautner sebelum membintangi Filem Twilight
- Tauke Jambu dengan kekasih baru,berkenalan di shopping complex
- Tengku Mahkota Johor sahkan bercinta dengan Fazura melalui twitternya
Justin Bieber mempunyai anak luar nikah?saman digugurkan Posted: 17 Nov 2011 05:40 PM PST Dalam dunia nie ramai orang yang suka mengambil kesempatan.Ada kalanya benda yang pelik dan seakan tak logik. Justin Bieber dituduh mempunyai anak luar nikah bersama Mariah Yeater,dimana menurut Mariah mereka telah melakukan hubungan seks di belakang pentas. Namun Bieber menafikan dan bersedia untuk menjalani ujian DNA bagi membuktikan kebenaran. Sebenarnya kes begini mmg slalu terjadi,wanita yang desperate akan cuba menumpang popularity dengan membuat tuduhan.Jadi secara tak langsung media semua akan sibuk nak mengenali wanita itu dan harus membayar kepadanya utk mendapat versi cerita dr pompuan tue .. adakalanya derang jadi famous dan dapat tawaran mcm-mcm . Jadi cerita yang JB memiliki anak luar nikah nie belum sahih .We will wait n see. But honestly in my opinion memang pompuan tue saje cari publisiti murahan sebab Bieber adalah antara selebriti yang menjaga tata tertib,bijak,dan sgt sayangkan kekasihnya Selena Gomez. OMG JB nampak sgt gay disini... tak nampak gay kat sini Zaman kanak-kanak ribena Justin Bieber ketika bakatnya mula dihidu Wanita yang mendakwa bayinya yang berusia 4 bulan adalah anak Justin Bieber Peguam kepada Mariah Yeater mengesahkan laporan bahawa wanita dari California telah menggugurkan saman paterniti terhadap penyanyi pop terkenal Justin Bieber. Dipetik daripada laporan MTV, Jeffrey Leving mengakui saman itu telah digugurkan secara teknikal, tetapi mereka masih cuba mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah. "Kami masih mencuba untuk Bieber mendapatkan ujian DNA dan sekiranya keputusan adalah positif, kami akan mendapatkan perlindungan dan sokongan untuk anak tersebut," ujar Leving. Pada masa yang sama pasukan perundangan Bieber, 17, turut mengesahkan bahawa teman lelaki kepada penyanyi dan pelakon Selena Gomez itu bersedia mengambil ujian bagi membuktikan dirinya tidak bersalah selepas pulang daripada siri promosi album Krismas terbarunya, "Under The Mistletoe" di Eropah. Sebelum ini Yeater, 20, mendakwa, penyanyi 'Never Say Never' adalah bapa kandung kepada anak lelakinya yang kini berusia 4 bulan selepas mereka berasmara di belakang pentas pada satu konsert Bieber di Los Angeles, Oktober tahun lepas. |
Harga Promosi Red Velvet Cup Cake wt Cream cheese Posted: 17 Nov 2011 12:51 AM PST Hanya RM 18.00 sekotak Pick up point ~ ~ Tesco Ampang ~ Giant Melawati ~ KL Festival City ~ PETRONAS Station Taman Melati Delivery charges will be applied accordingly. Kindly contact me for further information. If you buy at least 3 boxes, delivery to your door step is free within Klang Valley. Siapa yang berminat nak order bolehlah hubungi Sensasi di sajesukax2@gmail.com |
Robert Pattinson,Kristen Stewart dan Taylor Lautner sebelum membintangi Filem Twilight Posted: 17 Nov 2011 12:08 AM PST Tak sabar nak menonton filem terbaru twilight "Breaking Dawn" dimana Bella akan berkahwin dengan Edward kemudian mengandung anak pontianak.. Cuma satu je benda yang Sensasi perasan dalam filem Twilight nie,Bella yang merupakan watak utama adalah agenda utama semua org untuk menyelmatkannya....kadang kadang rasa annoying jufgak..tapi itulah hakikat jalan ceritanya.. Sebelum mereka menjadi bintang kegilaan ramai seelah membintangi Twilight,ketiga-tiga mereka pernah membintangi filem lain..jom tengok sejarah lakonan mereka. Kristen Stewart Sebelum Twilight Saga: Masih ingatkah anda dengan watak Kristen sebagai anak perempuan kepada Jodie Foster dalam filem "Panic Room"? Memegang watak sebagai Sarah Altman di usia 12 tahun, nama Stewart mula dikenali di Hollywood. Selepeas itu dia mula membintangi filem seperti "Zathura", "The Messengers" dan "Into The Wild" sebelum ditawarkan watak Bella Swan dalam "The Twilight Saga". Sebagai Bella Swan: Gadis ini hanya hidup untuk satu perkara sahaja dan ia adalah seorang lelaki bernama Edward Cullen. Bella jatuh cinta kepada Edward selepas berpindah ke Forks, Washington untuk tinggal bersama bapanya. Cintanya terhadap Edward kekal utuh walaupun mengetahui seluruh keluarga Cullen adalah puntianak. Dalam filem "New Moon", Bella menyuarakan keinginan untuk bertukar menjadi puntianak tetapi permintaannya itu dihalang oleh Edward. Pada masa yang sama, teman baiknya Jacob Black berusaha untuk mendapatkan cintanya. Jacob adalah seorang lelaki daripada puak natif Amerika yang boleh bertukar menjadi serigala. Bella menjadi tunangan Edward dalam filem "Eclipse" dan perkahwinan mereka akan berlangsung dalam "Breaking Dawn". Selepas Twilight Saga: Walaupun bahagian kedua "Breaking Dawn" dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2012, Stewart telah ditawarkan membintangi filem terbaru adaptasi kisah fantasi Snow White arahan Rupert Sander berjudul "Snow White And The Huntsman". Stewart memegang watak utama yang dilatih oleh Huntsman (lakonan Chris Hemsworth) untuk menjadi pahlawan yang akan menentang ratu syaitan jahat, Raveena (lakonan Charlize Theron. Robert Pattinson Sebelum Twilight Saga: Dilahirkan pada 13 Mei 1986, aktor berasal dari England, United Kingdom ini mencipta populariti ketika memegang watak sebagai Cedric Diggory dalam filem francais terkenal, "Harry Potter And The Goblet Of Fire". Ketika terlibat dengan "Twilight", Pattinson turut terlibat dengan beberapa buah filem lain seperti "Little Ashes", "Remember Me", "Water For Elephants" dan "Bel Ami". Sebagai Edward Cullen: Pattinson menjadi kegilaan semua gadis dan wanita di seluruh dunia apabila terpilih memegang watak Edward Cullen dalam "The Twilight Saga". Edward adalah kekasih sehidup semati kepada Bella Swan walaupun hakikatnya dia adalah seorang puntianak yang berpura-pura berusia 17 tahun dan masih belajar sedangkan usia sebenarnya sudah menjangkau usia beratus tahun. Bapa angkat Edward, Carlisle Cullen adalah orang yang bertanggungjawab menukarnya menjadi puntianak bagi mengelak dia mati akibat virus. Dalam "New Moon", Edward tidak dapat menerima kehendak Bella yang ingin bersedia ingin menjadi puntianak. Oleh kerana bimbang keselamatan Bella terancam, Edward bertindak meninggalkannya. Pasangan ini bertunang dalam filem "Eclipse" dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam "Breaking Dawn". Selepas Twilight Saga: Pattinson bakal muncul dengan filem seterusnya berjudul "Cosmopolis" yang jangka ditayangkan pada 2012. Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Don DeLillo ini diarahkan oleh David Cronenberg mengisahkan seorang jutawan berusia 28 tahun yang sanggup ke Manhattan semata-mata untuk menggunting rambutnya. Wow! Taylor Lautner Sebelum Twilight Saga: Masih ingatkan anda kepada watak Sharkboy yang dipegang oleh Taylor Lautner dalam filem "The Adventures Of Sharkboy And Lavagirl"? Dilahirkan pada 11 Februari 1992, Lautner memulakan kariernya pada tahun 2011 dengan memegang watak-watak kecil dalam drama bersiri seperti "My Wife And Kids", "The Bernie Mac Show" dan juga filem "Cheaper By The Dozen 2". Namun Lautner menapak namanya dalam industri perfileman dengan watak Sharkboy sebelum menjadi kegilaan ramai dengan watak Jacob Black dalam "The Twilight Saga". Sebagai Jacob Black: Lautner telah terpilih memegang watak Jacob Black iaitu seorang jejaka puak natif Amerika yang boleh bertukar menjadi serigala berkawan baik dan mempunyai perasaan terhadap Bella Swan. Ketika dalam pembikinan "New Moon", Lautner hampir digantikan dengan aktor Michael Copon kerana kriteria badannya tidak sesuai untuk membawa wataknya kali ini. Namun penerbit membatalkan rancangan tersebut apabila Lautner berjaya mendapatkan tubuh badan yang sasa dan tegap. Tidak dinafikan tubuh badan barunya itu membuatkan Lautner menjadi kegilaan ramai. Dalam filem ini, Jacob cuba melindungi Bella daripada ancaman bahaya puntianak dan pada masa yang sama mendapatkan cintanya. Jacob tidak menyukai Edward Cullen yang berjaya mendapatkan hati Bella. Selepas Twilight Saga: Walaupun "The Twilight Saga" masih belum tamat, Lautner sudah bersedia untuk mengekalkan popularitinya dalam arena Hollywood. Dia pernah membintangi filem "Valentine's Day" di samping kekasihnya ketika itu, penyanyi terkenal Taylor Swift. Terbaru Lautner muncul dengan filem aksi berjudul "Abduction" di samping Lily Collins dan mereka dikatakan jatuh cinta di set tetapi putus selepas tamat penggambaran. Lautner kini dalam pra-produksi filem "Incarceron" yang jangka ditayangkan pada tahun 2013 mengisahkan seorang banduan muda bernama Finn dan anak warden penjara, Claudia (lakonan Maria Juan Garcias) mencari kunci pembebasan untuk mereka berdua. |
Tauke Jambu dengan kekasih baru,berkenalan di shopping complex Posted: 17 Nov 2011 12:28 AM PST
"Saya berkenalan dengan Mira di sebuah pusat membeli belah di ibu kota, tak sangka pula perkenalan itu membawa ke arah yang lebih serius. Walaupun pernah dihinggapi dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana Mira dapat menerima saya seadanya," ujar Tauke memulakan bicara. "Insyallah, kami merancang untuk berkahwin sekitar tahun depan andai kata tiada aral melintang. Lagipun, kedua-dua pihak keluarga sudah mengenali satu sama lain." Tauke turut menafikan isu isteri orang yang dipaparkan dalam sebuah ruangan pojok itu adalah berkaitan dengan dirinya. "Serius, pelawak yang dimaksudkan itu bukan saya. Sebenarnya orang lain, namun tak perlu saya nyatakan namanya disini. Saya nak maklumkan, kontroversi demi kontroversi membuatkan saya sudah berubah ke arah yang lebih baik. Insyallah, selepas ini tiada lagi kontroversi," jelas Tauke lagi. Mira yang kini berumur 23 tahun tahu dengan kontroversi yang pernah melanda Tauke, namun dia tidak ambil kisah. "Saya tak kisah dengan kontroversi yang melanda Tauke, saya terima dia seadanya," kata Mira yang bekerja sebagai model sambilan. Tauke kini sibuk menjalani pengambaran untuk pelbagai produksi mulai bulan Disember 2011 sehingga Februari 2011. Antara filem yang dibintanginya adalah Cinta Kura-Kura & Sofaz The Movie. |
Tengku Mahkota Johor sahkan bercinta dengan Fazura melalui twitternya Posted: 16 Nov 2011 11:50 PM PST Pada 13 November 2011 yang juga merupakan hari ulangtahun percintaan antara Tengku Mahkota Johor dengan aktress jelita Fazura.Tengku Mahkota telah membuat satu akaun twitter @HRHJohor2. Dan Tweet pertama Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail merupakan tweet yang sekaligus menamatkan spekulasi percintaan Fazura dengan kerabat diraja.Romantik gitu. Tengku Mahkota Johor suatu ketika dahulu pernah digossipkan dengan Fasha Sandha dimana ibu Fasha mengesahkan perkara tersebut.Selain Fasha ada jugak artis artis lain yang pernah dikaitkan,biasalah bila berkawan dengan VVIP mcm -mcm gosip akan timbul. Gambar Tengku Mahkota Johor beberapa tahun yang lepas ketika masih muda remaja. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |