Himpunan Kisah Sensasi |
Shahz Jaszle Pernah Jatuh Hati Pada Neelofa Posted: 16 Nov 2011 12:21 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Shahz Jaszle (gambar) mengakui pernah menuruh hati kepada heroin filem Azura, Neelofa ketika penggambaran filem tersebut. Kata Shahz, dia jatuh hati terhadap perwatakan atau karakter Azura yang dibawakan oleh pelakon Tahajud Cinta itu. "Saya pernah rapat dengan Neelofa semasa penggambaran filem itu. Tapi kami bawa hal masing-masing selepas tamat penggambaran. "Mungkin juga saya jatuh cinta dengan dia kerana karakter Azura itu," katanya ketika majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu. Bagaimanapun, Shahz berkata dia dan Neelofa tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan kekasih. "Kami mungkin serasi membawakan watak pasangan kekasih dalam filem tetapi tidak secara realiti. "Saya dan dia mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza," katanya yang mengakui Neelofa seorang pelakon yang mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan. Sementara itu, Neelofa berkata hubungan rapat antara dia dan Shahz semasa penggambaran filem tersebut rapat kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai kekasih ketika itu. "Dia banyak mengajar saya berlakon kerana ini merupakan filem pertama saya. "Saya akui kami pernah rapat namun hanya ketika penggambaran filem tersebut, selepas itu kami membawa hal masing-masing," katanya. Bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan pada 2 Februari 2012 itu, Neelofa berkata dia banyak membawakan perwatakan sebenar dalam watak Azura. "Ini filem pertama saya, jadi saya akui banyak perwatakan sebenar saya yang ada pada Azura. "Tapi Alhamdulillah, Abang Aziz banyak membantu dan beri tunjuk ajar," katanya. /// mstar /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |