Adsense

Isnin, 21 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Yuna Zarai di Prebiu Video Klip The Sparkle Project

Posted: 21 May 2012 10:04 PM PDT

Akhirnya setelah tiga bulan berhempas pulas mengadakan kempen, memerah idea dan menggesa peminatnya bagi cadangan untuk bikin muzik video lagu Sparkle, Yuna Zarai telah pun berjaya menyiapkannya dan semalam, satu majlis prebiu dan pelancaran muzik video terbaru Yuna dilancarkan.

Bertempat di DELIcious, Marc Residence, Jalan Pinang, majlis ini dihadiri oleh ramai media. Mungkin ini adalah pertama kali kemunculan beliau selepas pulang dari USA dan sejurus selepas itu, berlaku aksiden yang tak diingini di mana kereta Yuna telah dipecah masuk.

Yang menjadi sejarahnya, muzik video ini adalah yang pertama dihasilkan dengan menggunakan Samsung Galaxy Note.

Untuk lebih senang, apa kata korang tonton sendiri video klip Sparkle yang dihasilkan. Sangat unik sebab idea macam ni Budiey rasa agak kreatif di mana sebanyak 7 latar berbeza dibuat dan Yuna berpindah dari satu latar ke satu latar tanpa henti. Haa… cool giler.

Yuna berkata dia berasa bangga dengan klip video lagu terbarunya itu yang diilhamkan menerusi The Sparkle Project dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note.

"Ini adalah klip video terbaik dan terbesar daripada saya setakat ini. Saya sangat suka dan puas hati dengan hasilnya kerana ia dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar. Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan hasilnya selepas melihat klip video itu."

Budiey dengan terlancarnya muzik video terbaru ini menjadikan aura Yuna Zarai makin dikenali dan lebih popular selepas ini kerana pengguna Samsung Galaxy Note akan turut menonton video ini.

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Yuna Samsung Galaxy Note

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Idea Budiey Untuk Bantu Yuna Selesaikan Project Sparkle
  • Yuna Samsung GALAXY Note The Sparkle Project
  • Video Yuna Nyanyi Live Your Life di Conan O'Brien Show
  • Jom Tolong Yuna Buat Video SPARKLE Dengan Samsung Galaxy Note
  • TAHNIAH! Yuna Terima Anugerah Kembara AIM18
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Gambar Yuna di Karpet Biru Anugerah Juara Lagu 26
  • Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella
  • Gambar Sekitar Majlis Pra Tonton Jalan Kembali BOHSIA 2

    Posted: 21 May 2012 09:25 PM PDT

    MAJLIS PRA TONTON JALAN KEMBALI – BOHSIA 2 MERIAH

    Tanggal 17 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pratonton dan Malam Gala filem Jalan Kembali – Bohsia 2 (atau boleh disebut #Bohsia2 di twitter) di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara.

    Budiey tengok ramai selebriti dan media yang datang untuk sokong filem terbaru ini.

    Bohsia 2 merupakan filem ke-13 kolaborasi di antara syarikat produksi Skop Productions dan Grand Brilliance. Antara para pelakon yang turut hadir menjayakan majlis ini adalah Syamsul Yusof, Salina Saibi, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan, Serena Redzuawan dan Mak Jah atau lebih dikenali sebagai "Kak Rock", yang berjaya mencuit hati para penonton yang hadir pada majlis ini.

    Syamsul Yusof

    Filem bergenrekan aksi ini merupakan filem yang ke – 7 buat pengarah muda yang cukup berkaliber, Syamsul Yusof dan telah menelan belanja sebanyak RM 2.1 juta.

    Budiey rasa sangat terkesan dengan lakonan Soffi Jikan dan juga Nabila Huda. Walaupun karakter mereka agak liar, namun gaya lakonan mereka sangat terbaek. Tak caya korang tengok la sendiri kat pawagam.

    Menurut Syamsul, filem Bohsia 2 ini bukan sahaja bertemakan isu rempit atau kehidupan sosial remaja pada zaman sekarang tetapi menengahkan unsur – unsur keIslaman yang dapat membuka mata masyarakat dan boleh dijadikan teladan.

    Beliau juga menegaskan bahawa keseimbangan di antara elemen – elemen seperti budaya, persahabatan, keIslaman dan kemanusiaan yang ingin ditonjolkan kepada para penonton adalah amat dititikberatkan dalam hasil karya beliau kali ini.

    Bapa Syamsul, iaitu pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syamsul kerana telah berjaya menghasilkan sebuah lagi filem aksi yang cukup mantap. Turut hadir pada Majlis Pratonton Filem Bohsia 2 tersebut adalah Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku penerbit bersekutu Bohsia 2.

    "Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk dan Skop Productions kerana sekali lagi mengambil kami untuk berkerjasama dan semoga kerjasama antara Grand Brilliance dan Skop Productions dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan tidak lupa juga kepada rakan media di atas sokongan anda," ujar Tengku Iesta. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama media.

    Filem Bohsia 2 yang akan ditayangkan pada 7 Jun 2012 di lebih 80 buah pawagam merupakan sebuah filem terbitan dan edaran bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Segala informasi dan gambar berkenaan filem ini boleh didapati melalui laman web www.facebook.com/skopfanpage atau laman twitter @grandbrilliance.

    Syamsul Yusof

    Pelakon & Pengarah Syamsul Yusof

    Nabila Huda

    Nabila Huda

    IMG_5969

    Syamsul Yusof

    Zizan Razak

    Zizan Razak

    Soffi Jikan

    Soffi Jikan

    IMG_5987

    Zizan Razak

    Yusof Haslam

    Datuk Yusof Haslam

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2
  • Filem Jalan Kembali Bohsia 2
  • Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
  • Gambar Diana Danielle di Red Carpet ABP 2008
  • Kompilasi Video Sekitar Majlis Pengumuman Nikah Scha & Awal
  • Pra Tonton & Ulasan Filem Cinta Yang Satu
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Pra-Tonton Gempak Universe
  • Senarai Pemenang Tiket Wayang Majlis Pra Tonton Filem 9 September
  • Gambar Majlis Kenduri Kesyukuran Ahmad Fedtri Yahya
  • Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora