Adsense

Isnin, 21 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fizz Fairuz Meninggalkan Beban Buat Almy Nadia

Posted: 21 May 2012 01:37 AM PDT

fizz fairuz dan almy nadia akan berkahwin
MyGosip tidak tahu apakah yang ada di benak fikiran Fizz Fairuz ketika mengumukan niatnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia beberapa minggu yang lalu.. Ini kerana Almy Nadia sendiri tidak mengetahui mengenai hal itu, malah mereka berdua tidak pernah berbincang mengenai perkara itu.. Pastinya lebih banyak tanda tanya yang terbuku di hati Almy Nadia apabila hubungan mereka berdua dikatakan retak menanti belah sejak 2 tahun yang lalu lagi…

"Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan"

"Bagi saya, Fizz telah meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini, Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan,"

"Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini" (Berita Harian)

Tambah Almy Nadia lagi, mereka berdua juga sudah lama tidak bercakap di talifon dan lebih menyedihkan lagi apabila Fizz Fairuz juga lupa akan tarikh hari jadinya dan tidak menjemput beliau ke ABPBH yang lalu..

"Kami tidak lagi bercakap melalui telfon, jika ada hal penting, saya hanya berbicara melalu WhatsApp. Nombor BBM Fizz pun saya tiada. Jadi adakah ini yang dinamakan cinta?"

"Selama tiga bulan merajuk, Fizz langsung tidak mempedulikan saya, jauh sekali nak menjenguk saya di kampung. Saya juga terasa hati, saya tidak langsung dipelawanya ke majlis ABPBH. Saya teringin nak pergi kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah, tapi Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja. Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Bukan nak hadiah besar pun, cukup sekadar mengingati dan mengucapkan selamat hari jadi. Itupun Fizz sudah lupa, jadi apa harapan saya?"

MyGosip harap Fizz Fairuz segera la berbincang dengan Almy Nadia dengan baik, Beginikah cara jejaka idaman Malaya? Bikin malu ja..

Adi Putra menarik balik permohonan untuk bercerai

Posted: 21 May 2012 12:48 AM PDT

Adi Putra tarik permohonan cerai
Pelakon Adi Putra yang sebelum ini telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya dengarnya telah menarik balik permohonan tersebut di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sekitar jam 8 pagi tadi.. Pihak media yang cuba mendapatkan penjelasan daripada Adi Putra bagaimanapun gagal mendapat sebarang komen daripada beliau.. Tambah Adi Putra lagi, dia akan menjelaskan segala-galanya di sidang media esok di Hotel park Royal, pukul 9 malam…

MyGosip yakin Adi Putra dan isteri, Aida Yusof telah menemui jalan penyelesaian kes rumah tangganya dengan cara yang lebih baik lagi daripada bercerai.. Apa-apa pun sama-sama lah kita mendoakan agar rumahtangga mereka berdua kekal bahagia seperti sebelum ini..

Untuk pengetahuan korang, Adi Putra telah berkahwin dengan isterinya pada 14 April 2006 yang lalu dan masih lagi tidak mempunyai cahaya mata kerana isterinya sering kali keguguran..