Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Dapat tajaan biasiswaJIKA dulu dia hanya menerima tawaran melakonkan watak kanak-kanak biarpun usianya sudah meningkat remaja, Nurul Elfira Loy, 18, kini boleh menarik nafas lega dan berasa bangga. Ini kerana dia sudah mula diberi kepercayaan untuk membawa watak heroin pula. Ketika ini, pelakon cantik yang selesa disapa Elfira itu sedang berada nun jauh di Paris selama 11 hari bersama pelakon dari seberang, Randy Pangalila bagi menjayakan telefilem arahan Micheal Ang yang berjudul Dalam Hati Ada Taman. Bertemu dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pada sidang akhbar memperkenalkan duta baharu Maybelline di Souled Out, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Elfira nyata begitu teruja memberitahu akan melangkah ke kota romantis tersebut buat pertama kalinya. Ditanya mengenai perasaannya sekali lagi berlakon bersama Randy selepas pertama kali digandingkan dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ujar Elfira, ketika menjayakan telefilem itu, dia dan Randy terlalu bergantung kepada skrip semata-mata. Bagaimanapun untuk telefilem Dalam Hati Ada Taman, mereka tidak lagi bergantung kepada skrip sebaliknya menggunakan keserasian antara dia dan Randy untuk membina skrip sendiri. "Saya akan menjayakan telefilem sebanyak 13 episod untuk Astro Ria arahan Micheal Ang. Cerita ini berlatarbelakangkan kota Paris. "Saya dan Randy tiada sebarang masalah untuk membina keserasian antara kami. Ini kerana sejak berlakon bersama dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain," ungkapnya yang melakonkan watak anak kepada karakter lakonan Amy Mastura dalam telefilem tersebut. Tidak hanya tertumpu kepada telefilem semata-mata, ungkap Elfira, selepas ini dua buah filem lakonannya akan menyusul yang mana dia akan bekerjasama dengan Micheal lagi. Mengakui selesa bersama Micheal, luah Elfira, dia sering meraih tawaran daripada pengarah itu yang sering memberikan peluang kepadanya untuk mencuba watak-watak baharu. "Micheal suka terokai karakter saya. Dia tidak seperti pengarah lain yang sering memberi watak yang sama kepada saya," jelasnya. Tidak pernah meletakkan had pada karakter yang akan dibawanya dan mahu mencuba semua watak yang ada, Elfira tidak terlepas ditanya tentang masa depannya dalam bidang lain sebaik tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Tanpa mendedahkan keputusan peperiksaan yang diperoleh, ujar Elfira, jika keputusannya tidak elok, bagaimana pula dia boleh ditawarkan biasiswa sebagai pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor.
Elfira yang kini mengambil diploma dalam jurusan seni hiburan memberitahu, pada mulanya dia tidak berniat untuk menyambung pelajaran dalam masa terdekat kerana terlalu sibuk berlakon, tetapi kerana ditawarkan biasiswa tersebut, dia akhirnya setuju. "Sudah rezeki saya apabila pihak KDU menawarkan biasiswa dalam jurusan seni hiburan. Saya memilih bidang tersebut kerana saya fikir ia sesuai dengan kerjaya sebagai seorang pelakon. Menjadi seorang pelakon kalau tak ada pengetahuan susah juga, jadi saya mahu ilmu yang baik untuk membantu kerjaya saya berkembang dengan baik," ujarnya. | ||
Rita minta Aidil jangan jadi lalang Posted: Rita minta Aidil jangan jadi lalangOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
KEMELUT rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pasangannya, Aidil Zafuan Abd. Razak boleh dikatakan sudah sampai ke penghujungnya apabila pelakon itu mengakui hatinya sudah tiada untuk pemain bola sepak kebangsaan itu setelah dua kali hampir diceraikan. Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut. Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu. Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita. Kosmo! menghubungi Rita untuk mendapatkan maklum balas penarikan cerai tersebut dan dengan nada kesal, Rita memberitahu: "Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab." Ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita selanjutnya. Kenapa anda menyatakan sudah tiada hati untuk Aidil Zafuan sedangkan sebelum ini anda juga merayu minta jangan diceraikan? Saya tidak pernah merayu minta jangan diceraikan. Saya cuma mahu hak saya dan nak dia beri alasan yang kukuh kenapa dia mahu tinggalkan saya dan anak-anak. Jika dulu anda terima semula Aidil Zafuan, kenapa tidak kali ini? Ini bukan kali pertama dia nekad mahu ceraikan saya tapi sudah dua kali. Kalau dia ada pendirian dan mahu betul-betul berubah, benda macam ini (permohonan cerai) tidak akan terjadi lagi. Saya minta dia jangan jadi macam lalang membiarkan orang lain yang masuk campur urusan rumah tangga kami. Pertama kali dulu dia ceraikan saya ketika sedang mengandungkan anak kedua. Tiba-tiba dia tarik balik. Walaupun masa itu hati saya dah hancur tapi bila fikirkan pasal anak, saya terima semula. Saya ingatkan dia dah sedar dan berubah tapi lapan bulan selepas itu dia sekali lagi tinggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa beri nafkah dan tiba-tiba hantar SMS kata mahu bercerai. Adakah anda takut untuk terima dia kali ini kerana takut kes ini (cerai) berlaku semula? Ya, memang saya takut benda ini akan berlaku semula walaupun sebelum ini dia pernah bersumpah dan berjanji tidak akan menceraikan saya. Dia juga pernah berjanji tidak akan membiarkan orang lain yang menguruskan hal rumah tangga kami. Buat masa ini anda kata tiada hati lagi untuk dia, tetapi dalam masa yang sama menyerahkannya kepada Allah. Jadi, adakah anda akan menerima atau menolak untuk bersama Aidil Zafuan? Saya akan pergi menunaikan umrah selama 14 hari bermula esok (22 Mei) dan mahu memohon petunjuk terhadap masa depan rumah tangga saya. Jika Aidil Zafuan tidak memudaratkan saya, saya minta dia didekatkan dengan saya dan begitu juga sebaliknya. Aidil Zafuan pernah membuat kenyataan bahawa anda yang mahu mempercepatkan perceraian, namun selepas itu dia membatalkan permohonan perceraian yang dibuatnya sebelum ini dan meminta anda kembali taat. Apa komen anda? Demi Allah saya tidak pernah minta cerai dengan dia. Lagi satu kenapa dia minta saya taat sedangkan saya tidak pernah meninggalkan rumah. Dia yang keluar daripada rumah meninggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa nafkah. Saya cuma SMS dia beritahu dia pasal taklik. Seorang suami tak boleh tinggalkan isteri selama tiga bulan tanpa beri nafkah zahir dan batin. Selepas itu saya cakap kalau awak tak mahu saya lagi, jangan buat macam ini. Kemudian, terus dia SMS saya beritahu bahawa dia sudah ke mahkamah failkan permohonan perceraian. Kenapa pula dia minta saya kembali taat. Siapa yang nusyuz sekarang? Bila kes anda akan disebut semula? Sebutan semula kes permohonan perceraian saya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 18 Jun ini. | ||
Posted: J.LO tinggalkan American IdolJENNIFER LOPEZ atau J.LO dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Ryan Seacrest, Randy Jackson, Steven Tyler dan seluruh produksi American Idol. Menurut satu sumber yang memberi pengesahan kepada Us Weekly, bintang terkenal itu sudah bersedia untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai juri program tersebut sejak terbabit pada tahun 2010. "Dia agak menyesal kerana tidak boleh terus bersama program tersebut lagi. Dia menganggap perjalanan bersama American Idol sebagai pengalaman yang cukup luar biasa dan hebat. Dia bersyukur kerana pernah terlibat dalam produksi tersebut," ujar sumber tersebut. Sumber tersebut juga menambah bahawa penyanyi itu mempunyai banyak agenda karier sendiri sehingga menyebabkan dia meninggalkan program realiti itu. Pada hujung tahun ini, J.LO akan memulakan konsert jelajahnya merangkumi 20 buah bandar di Amerika Syarikat dan Amerika Latin bersama Enrique Iglesias selain sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya. Janda Marc Anthony itu juga dikatakan bakal terlibat dalam beberapa buah filem termasuk animasi Ice Age 4: Continental Drift. J.LO sendiri dalam satu temu bual baru-baru ini mengaku bahawa dia terlalu penat dan berusaha memberi keseimbangan terhadap kehidupan dan kariernya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |