OHBULAN! |
Tips Snap & Print Foto Kenangan Dengan Mudah! Posted: 17 May 2012 10:07 PM PDT Kamera digital kompak bukan sahaja mudah dibawa kemana-mana, malah ia turut mempunyai pelbagai fungsi yang diaturcara bagi menyenangkan anda untuk mengambil foto dalam pelbagai cuaca dan kondisi semasa. Baru-baru ini, krew OHBULAN HQ menggunakan kamera digital Canon IXUS 115 HS yang mempunyai fungsi berteknologi tinggi seperti paparan foto 12.1 megapixel dilengkapi dengan sensor CMOS. Apatah lagi, kamera ini turut dibantu dengan Advanced Smart Auto dimana dengan menghalakan lensa ke suatu objek, fungsi ini secara automatik akan menyelaras jumlah cahaya (exposure) dan fokus (focal) dalam apa jua keadaan. Hasilnya, krew OHBULAN HQ boleh mendapatkan foto-foto yang cantik tanpa perlu risau akan setting-setting kamera yang mungkin memeningkan. Ketagih dengan Instagram? Canon IXUS 115 HS juga mempunyai fungsi Creative Filter dimana foto-foto yang dihasilkan mempunyai efek-efek khas berdasarkan kemahuan anda. Hanya seberat 140g, Canon IXUS 115 HS boleh menjalankan tugas untuk merekodkan momen bahagia anda dalam format HD seperti kamera video profesional yang lebih mahal, dan lebih berat. Paling menarik, kamera ini mempunyai fungsi Dynamic IS yang akan membantu anda merakamkan video dengan stabil walaupun semasa berjalan-jalan. Mudah kan? Kebiasaannya, kita hanya suka menangkap foto lalu tersimpan dalam kad memori untuk tempoh yang agak lama. Kalau nasib tak baik, mungkin ada individu lain yang terbuang fot0-foto itu, atau kad memori rosak. Selphy CP800 merupakan jawapan kepada kegusaran anda. Pencetak foto ini mampu membuatkan pasangan, atau orang yang anda sayangi rasa lebih dihargai kerana ia mampu menghasilkan foto momen dengan kualiti tinggi. Mudah digunakan, anda hanya perlu memasukkan kad memori dan Selphy CP800 akan menjalankan tugasnya berdasarkan kehendak anda. Pencetak foto ini turut dilengkapi dengan fungsi Portrait Image Optimiser, di mana ia akan membetulkan setting foto anda sebelum dicetak. Hasilnya foto anda akan lebih menarik dan berkualiti! Tanpa menggunakan sebarang software, anda boleh mencetak foto-foto dalam pelbagai format yang dikehendaki. Sama ada bentuk kolaj, atau dihiasi dengan frame, terpulang kepada anda. |
Ady Putra Belum Pasti Samada Mahu Cerai Atau Tidak Posted: 17 May 2012 08:54 PM PDT Hairan sungguh kami, perkara cerai pun boleh fikir samada mahu cerai ataupun tidak. Kita semua baru saja selesai mengikuti perkembangan antara Rita Rudaini & Aidil Zafuan dan nampaknya pasangan selebriti ini tidak jadi untuk bercerai. Baguslah. Tapi, tiba-tiba tiada angin tiada ribut, Ady Putra melalui Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dalam proses mahu bercerai bersama isterinya, Aida Yusof. Namun begitu, ketika ditemui Dailychilli, Ady Putra telah memberitahu bahawa mereka berdua akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. "Pada hari itu nanti Hakim Syariah akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut. Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini." – Ady Putra dipetik dari Dailychilli Ady Putra dan isterinya, Aida Yusof telah berkahwin pada 14 April 2006 dan mereka berdua tidak mempunyai cahayamata. OHBULAN! : Salih Yaacob elok je kahwin 4, kan? |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |