Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Ady Putra Nafi Nora Danish Punca Keretakan Rumahtangga Posted: 17 May 2012 07:10 PM PDT Ady Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra belum memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof. Adi,32, berkata, mereka akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku. Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak "panas" menerusi dram bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.
Pelakon itu dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi. Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran. sumber: Mstar Online Tags: Ady Putra, Artis BerceraiClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Filem PENCINTA Arahan Khir Rahman Posted: 17 May 2012 05:25 AM PDT ADA APA DENGAN PENCINTA? Filem terbaru yang berjudul Pencinta, di bawah arahan Khir Rahman, seorang pelakon dan juga pengarah berbakat baru sahaja tamat pengambaran. Filem yang bakal membuka tirai di panggung pada tahun 2013 ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Johan Asari (Artis Baru Lelaki Popular ABPH 2011) bersama dengan Siti Saleha, Sein Ruffedge, Norish Ismail, Miera Liyana, Azhan Rani, Iedil Putra, Faizal Hussein, Dato' Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. Filem yang bergenre aksi romantik ini mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta? Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya "busking", kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat. "Pencinta bukan hanya menengahkan konsep cinta sahaja tetapi menggabungkan setiap elemen dalam kehidupan biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja dan filem ini dapat mendorong penonton untuk senantiasa beringat bahawa setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan penyelesaiannya," ujar pengarah, Khir Rahman. Filem Pencinta merupakan filem terbitan dan edaran Grand Brilliance dan bakal menggegarkan penonton di pawagam pada 2013. Tags: FilemClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |