Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Video Rita Rudaini Hati Panas Tuntutan Aidil Zafuan - Isu Tak Jadi Bercerai
- Gambar Zizan Raja Lawak Di Bangku Sekolah
- Gambar Neelofa Ikuti Perhimpunan Ahli UMNO 2012
- Tuntutan Saiful Apek RM 200,000 ribu Gagal - Akur Keputusan Mahkamah
Video Rita Rudaini Hati Panas Tuntutan Aidil Zafuan - Isu Tak Jadi Bercerai Posted: 16 May 2012 08:12 PM PDT Di Mahkamah Syariah Daerah Petaling petang tadi, dengar cerita Aidil Zafuan Abd Razak telah memohon untuk menarik semula kes tuntutan lafaz cerai terhadap isterinya. Aidil Zafuan menarik semula kes nie sebab ingin memulihkan semula isu rumahtangganya yang goyah sebelum berlangsungnya kes tuntutan anak mereka berdua nanti. Apa kata Rita Rudaini berkenaan Tuntutan Aidil Zafuan tak jadi cerai. Saya tengok dia seperti tidak serius, sekejap nak cerai, selepas itu tarik balik. Pada masa sama dia kemukakan pula permohonan supaya saya kembali taat dan tinggal di rumah, sedangkan yang meninggalkan rumah (adalah) dia bukan saya," kata.Aidil Zafuan turut menuntut supaya Rita Rudaini dan anak-anak berpindah ke rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1 atas alasan sesuai dengan pendapatannya. Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak? soal Rita Video Panas Rita Rudaini tak jadi Bercerai -sumber isu-hangat.blogspot.com- | ||||
Gambar Zizan Raja Lawak Di Bangku Sekolah Posted: 16 May 2012 07:32 PM PDT
Gambar Zizan Raja Lawak semasa berada di zaman sekolah menengah. Kalau dilihat rupanya sehingga sekarang rupa Zizan masih serupa. Memang tak jauh beza rupa dia dari dulu lagi. Bezanya gayanya lebih anggun dari sekarang. Persoalannya siapakah gadis di hujung yang free hair tu, adakah dia Julia Evans, kalau jadi artis sure popular gak.
| ||||
Gambar Neelofa Ikuti Perhimpunan Ahli UMNO 2012 Posted: 16 May 2012 07:17 PM PDT Terkejut G.A.M bila mendapat tahu bahawa Neelofa telah mengikuti perhimpunan UMNO 2012 di Stadium Bukit Jalil yang telah berlansung pada 11 Mei 2012. Selain mengikuti perhimpunan tersebut Neelofa sempat bergambar dengan peminat-peminatnya. Nasib baik tak bergambar dengan mana mana Menteri kalau tidak pastinya Gossip Liar akan tersebar seperti Kes Zahida Rafik. Sekiranya artis - artis malaysia bergabung dan join perhimpunan UMNO, pastinya perhimpunan UMNO ini dipenuhi berjuta rakyat mengikuti perhimpunan tersebut. -sumber : isu hangat- | ||||
Tuntutan Saiful Apek RM 200,000 ribu Gagal - Akur Keputusan Mahkamah Posted: 16 May 2012 07:03 PM PDT Zaman sekarang, artis kita sudah buka mata tentang perjuangan seorang anak seniman, baru - baru ini seniman vateran Saiful Apek yang begitu popular pada ketika itu, telah membuat tuntutan pelaburannya sejumlah RM 200,000 sebelum ini. Tuntutan ini adalah kewangan Wang hasil lakonanya sejak 2005 dan telah melaburkan sebanyak RM 100,000 ribu untuk filem Lady Boss dan Anak Mami. Ikuti video ini tentang luahan kegagalannya menuntut RM 200,000 ribu diatas keputusan Mahkamah. -video dari sinar harian- Katanya lagi ia tetap berbangga dengan cara memperjuangkan isu tuntutan ini. "Saya mungkin 'buta kontrak' tetapi jika diberi skrip boleh saya faham malahan, ramai artis yang tidak faham isi kandungannya," katanya pada sidang media hari ini. Tuntutan tersebut berkaitan bayaran untuk filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan di mana Apek melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005. Selain itu, Apek turut mendakwa Teo gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada tahun sama. Sehubungan itu, Apek bercadang mahu menubuhkan sebuah biro yang dikenali sebagai Kesatuan Anak Seni (Kemas) yang memperjuangkan hak-hak anak seni melalui saluran yang betul. "Saya menyeru supaya mana-mana artis yang mempunyai masalah untuk tampil berjumpa dengan saya dan saya akan jadi orang tengah untuk utarakan masalah itu kepada orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut. "Kalau boleh biarlah kita bergabung untuk menuntut hak kita sebagai artis dan mendidik orang yang berkarya mengenai undang-undang mengenai perjanjian yang berkaitan anak seni. "Semua krew penerbitan yang terlibat perlu lebih peka dengan isu kebajikan dan undang-undang," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |