Adsense

Khamis, 17 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Adi Putra Sudah Memfailkan Permohonan Cerai Dengan Isterinya

Posted: 17 May 2012 01:49 AM PDT

Adi Putra sah fail permohonan cerai
Melalui Akhbar Harian Metro hari ini, Adi Putra telah mengesahkan yang dia sudahpun memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya.. Menurut Adi Putra, permohonan untuk bercerai telah pun dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lalu.. Mereka berdua dikatakan tiada lagi persefahaman untuk bersama dan bukanya berpunca daripada ketiadaan cahaya mata ataupun orang ketiga..

"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,"

"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini akan berlaku dalam rumah tangga saya. Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang,"

Menurut Ady Putra lagi, dia dan isteri sudapun berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka namun mereka berdua menemui jalan buntu dan akhirnya mereka berdua telah bersepakat untuk berpisah secara baik…

Aidil Zafuan menarik semula tuntutan cerainya terhadap Rita Rudaini

Posted: 17 May 2012 01:26 AM PDT

rita rudaini dan aidil zafuan
Semalam Aidil Zafuan telah menarik semula tuntutan cerainya terhadap Rita Rudaini itu atas alasan mahu berdamai dan demi masa depan anak-anak mereka berdua.. Menurut Aidil Zafuan, permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini sebelum ini menunjukan yang Rita masih lagi mahu mengekalkan perkahwinan mereka.. Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju mahu menarik semula tuntutan cerai dan memohon agar Rita Rudaini dan anak-anak berpindah ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya..

Aidil Zafuan juga memberitahu jika Rita Rudaini gagal memenuhi permintaan itu, dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan nusyuz dan kembali taat..

Manakala bagi pihak Rita Rudaini pula, dia menganggap tuntutan Aidil itu sebagai tuntutan tidak masuk akal kerana selama ini Rita tidak pernah melanggar perintah suami..

"Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

"Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,"

"Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" (Mstar)

Nampaknya hubungan perkahwinan mereka berdua telah berjaya diselamatkan.. hanya dengan sedikit lagi perbincangan diantara mereka berdua pastinya perkahwinan diaorang akan bahagia seperti sebelum ini..

rita rudaini