Adsense

Khamis, 8 Mac 2012

Sensasi

Sensasi


Gambar-gambar disebalik tabir Pre-Wedding Fasha dan Jejai

Posted: 08 Mar 2012 10:46 PM PST

Gambar Tunang Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan

Posted: 08 Mar 2012 10:41 PM PST

Dari beberapa buah blog ,jejaka yang di tengah tue dikatakan Fathuddin Mazlan iaitu tunang Liayana Jasmay yang juga jirannya..

Sekali imbas nampak mcm iras wajah Ustaz Azhar Idrus..hehe ke,mata sensasi yang spero?

Fasha dan Jejai "mungkin" nikah 29 April tahun ini di KL,tolak semua tajaan perkahwinan

Posted: 08 Mar 2012 09:59 PM PST

Selepas beberapa tahun menyulam Cinta yang penuh liku dan cabaran , akhirnya Fasha dan Jejai kini sudah hampir ke destinasi cinta mereka iaitu alam perkahwinan.

Sebelum ini Fasha pernah putus cinta dengan Jejai apatah lagi melihat masa depan mereka untuk bersama seperti suram apabila sering kedengaran gossip bahawa keluarga Jejai menyayangi Nora dan menolak Fasha sebagai menantu.

Namun selepas keluarga Jejai sendiri datang merisik Fasha untuk Jejai barulah Fasha nampak sinar kebahagiaan untuk mereka dtg kembali..

Ini adalah kali kedua Jejai melamar Fasha,dan Fasha pula sudah bersedia bergelar isteri.Lagipun Jejai dah buktikan kesungguhannya untuk memiliki Fasha dari dulu hingga kini..


"Sebenarnya tarikh itu tidak benar, macam mana nak cakap ya, memang betul saya akan bernikah pada hujung April ini, tapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar," ujar pelakon popular, Fasha Sandha mengulas mengenai tarikh perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 29 April 2012.

"Tarikh perkahwinan sudahpun ditetapkan oleh keluarga dan bila betul-betul masanya, persiapan dah siap dan kami dah bagi kad jemputan, baru saya boleh beritahu pada semua. Apa-apapun, tarikh yang dinyatakan itu hampir tepat. Cuma ada benda yang saya tak boleh beritahu semua kerana saya kena menghormati permintaan keluarga dan juga bakal suami sendiri. Saya akan beritahu khalayak selepas saya hantar kad jemputan."

Bernikah di Rumah pemberian Jejai di Kuala Lumpur dan majlis Resepsi di Bali?

"Memang benar saya akan bernikah di Kuala Lumpur. Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya.

"Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara."


Persiapan perkahwinan Fasha dan Jejai

"Persiapan dilakukan secara berperingkat. Setakat ini saya dah pergi kursus kahwin, dah tempah baju dan juga memilih perunding perkahwinan. Sebenarnya terlalu ramai pereka baju, hotel dan perunding perkahwinan yang nak taja perkahwinan kami, tapi kami tak terima. Bagi kami biarlah majlis ini datangnya dari titik peluh kami sendiri."

Tambah pemilik salun Chinta ini, "Saya sendiri dah beli empat busana pengantin dari butik Rizman Ruzaini. Perkahwinan kami nanti tak ada apa-apa tema, cuma majlis di Perlis nanti saya akan pakai busana tradisional. InsyaAllah, awal tahun ini kami akan mula edar kad kahwin," ujar Fasha mengakui sudah bersedia untuk menjadi isteri.

"Ini kali kedua Jejai melamar saya. Bila dilamar awal tahun ini, saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri. Mengenai impian perkahwinan pula, saya mengimpikan majlis yang sederhana tapi diingati selamanya. Kami rancang untuk membuat majlis perkahwinan secara sederhana sebab bagi kami itu lebih indah. Lagipun pembaziran juga tidak digalakkan dalam Islam."

Menurut Fasha lagi, "Pada pendapat saya, perkahwinan adalah satu ikatan suami isteri yang dikongsi bersama keluarga dan teman-teman. Saya menghormati permintaan bakal suami saya yang inginkan majlis yang sederhana. Saya juga tak perlu gelaran 'Wedding of the Year' kerana sepanjang jadi artis, saya tak pernah idamkan gelaran itu."

Video Ekslusif Walimatulurus Lisa dan Yusry bahagian 1 dan 2

Posted: 08 Mar 2012 09:40 PM PST

Walimatul Urus Lisa dan Yusry bahagian pertama nie,menceritakan bagaimana permulaan kisah cinta Lisa dan Yusry.Dimana keluarga Yusry menceritakan perubahan diri Yusry yang dulu pendiam dan moody,berubah jadi mula bercakap dan gembira..Serta perjumpaan secret derang semasa anugerah.Date Yusry dengan Mak Lisa..memang kelakar dan sweet sgt bila tengok Video nie..

Mak Lisa pun banyak cerita tentang diri Lisa yang dilamun cinta..

Menurut Lisa,Video Klip Terhangat dipasaran dimana Yusry memakai baju hitam telah menarik hati Lisa.. Yusry pula tertarik pada Lisa semasa menonton Videoklip Lagu Zahid..

Nak tahu lebih lanjut..jom tengok Video nie..memang dah agak lebih seminggu dua dah perkahwinan Yusry dan Lisa,tapi kisah cinta romantis mereka nie memang menarik..buatkan Sensasi tersenyum sepanjang menonton Video nie..





Dalam Bahagian ke-dua pula,lebih kepada persiapan perkahwinan mereka,dimana korang boleh melihat Lisa mandi bunga,acara berinai dengan rakan-rakan dah ahli keluarga dan khatam al-quran...Rupanya cincin kahwin Lisa dan Yusry adalah rekaan mereka sendiri yang mempunyai makna tersendiri...

Lisa sukakan Perkahwinan yang ala-ala princess,manakala Yusry sukakan perkahwinan di taman,tapi memandangkan Malaysia beriklim panas dan lembab (hujan) so buat dalam dewan je lah senang,tak payah berpeluh atau berhujan..nanti tak pasal. pengantin baru kene sunburn..

19 gambar Bulan Madu Yusry dan Lisa di Zurich

Posted: 08 Mar 2012 10:07 PM PST

Pasangan pengantin baru yang cukup sensasi dan romantis.Lisa Surihani dan Suaminya Yusry KRU berbulan Madu di Zurich...Salji-salji gitu..mesti sejuk tak terkata kat sana..

Jom tengok gambar bulan madu mereka di sana..

17



gambar honeymoon lisa dan yusry

gambar honeymoon lisa dan yusry


gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry
gambar honeymoon lisa dan yusry