OHBULAN! |
Cromok Reunion Selepas 15 Tahun! Posted: 08 Mar 2012 06:44 PM PST Alunan klasik 'Another You' menjengah minda kami apabila menerima jemputan sidang media Cromok yang berlangsung di Hotel Imperial Sheraton, KL beberapa hari lalu. Apabila kumpulan ini mengurangkan aktiviti seni sekitar tahun 1996, kebanyakan umur kami yang berada di sebalik tabir OHBULAN! baru mencecah 5-7 tahun. Bagaimanapun, Cromok tetap menjadi salah satu 'all time favourite' bagi setiap generasi yang mencecah usia remaja, atau lebih tepat amat mengemari gitar. Salah satu kejutan kepada peminat Cromok, sebuah konsert reunion akan diadakan oleh Clockwork Events & Uncang Tiga bagi mengubatkan kerinduan anda sejak 15 tahun yang lalu. Cromok sebagaimana yang kita tahu pernah mengalami perubahan daripada segi line-up sejak ditubuhkan pada 1987. Namun, konsert reunion (kemungkinan yang terakhir) akan membariskan pengasas asal Cromok iaitu Karl (Gitar), Miji (Drum) & Sam (Vokal & Bass). Bagi menghangatkan suasana, konsert ini turut dibuka dengan persembahan daripada kumpulan metal Langsuyr, Metalasia dan Nuclear Strikes. Berjudul "Trashing Kuala Lumpur", konsert ini akan bermula sekitar 4 petang pada 8 April 2012 (Ahad) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Tiket boleh didapati secara online atau di cawangan Ticket Pro dengan harga RM98 (Free Standing Lower Tier) atau RM138 (Free Standing VIP Upper Tier). Setiap pembelian tiket berharga RM138 melayakkan anda menerima cenderahati eksklusif Cromok yang boleh ditebus di pintu masuk KL Live nanti. Memetik kata-kata Karl tempoh hari, konsert reunion ini sebenarnya sudah lama difikirkan, namun hajat tersebut tidak tercapai ekoran komitmen keluarga dan kerjaya tetap. "Idea sebenarnya sudah lama ada, cuma kami nak mencari satu promoter yang berani menanggung risiko untuk menganjurkan konsert sebegini. Nak dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kedai gitar untuk bertemu seorang rakan. Kebetulan, kawan saya mengajak saya untuk makan bersama Iman Tang (Clockwork Events) untuk beberapa urusan. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan berbincang mengenai konsert ini. "Tak silap saya, perancangan ini dibuat dalam masa kurang daripada sebulan. Nasib baik Iman juga adalah individu yang memahami industri muzik metal, jadi saya harap segalanya dapat berjalan dengan lancar," ujar Karl yang kini mempunyai 2 orang anak berusia 12 & 5 tahun. |
Fasha Sandha Ikut Permintaan Bakal Suami, Nikah April Ini! Posted: 08 Mar 2012 04:10 PM PST Siapa yang tidak tahu mengenai berita yang sedang tersebar di dalam industri hiburan sekarang? OHBULAN! pasti umum tahu bahawa Fasha Sandha kini dalam proses untuk mendirikan rumah tangga bersama Jejai. Namun begitu, sebelum berlangsung majlisnya lagi sudah timbul kontroversi seperti Fasha Sandha pilih bulu dan hanya menjemput rakan media yang rapat sahaja. Namun itu telah dijelaskan semalam kenapa dia bertindak begitu. "Saya bukannya memilih media, namun saya cuma mahukan yang terbaik dan setiap media ada dijemput wakil tertentu," jelas Fasha Sandha. Fasha turut menjelaskan kesemua apa yang dilakukan olehnya adalah atas permintaan bakal suaminya yang mengehadkan jemputan kerana khuatir majlis tak seperti yang diimpikan. "Saya menghormati bakal suami saya, saya tak pernah mengimpikan 'wedding of the year'. Saya tak perlu itu semua, cukup majlis yang sederhana tapi diingati selamanya," tambah Fasha. Ditanya jika ada pihak yang menaja perkahwinan Fasha & Jejai, pantas Fasha menafikan dan mengaku bahawa kesemua kos perkahwinan adalah dari duit sendiri. "Banyak pihak yang ingin menaja perkahwinana saya, namun saya menolak semunya atas permintaan bakal suami juga kerana jika ada yang menaja, pasti kami akan terhutang budi. "Baju juga sebanyak 4 pasang, kami yang beli sendiri dan tiada orang sponsor." Dalam pada itu, Fasha dan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, akan bernikah pada April ini dirumah yang dibelikan Jejai untuk Fasha di Ampang. Majlis resepsi akan diadakan sekaligus pada hari yang sama selepas pernikahan, dan kemudian majlis resepsi kedua akan diadakan di Perlis untuk keluarga Fasha Sandha. Mengenai majlis resepsi di Bali yang diuar-uarkan oleh media sebelum ini, Fasha Sandha masih tidak memberikan penjelasan yang penuh namun hanya memberitahu bahawa majlis resepsinya yang ketiga akan diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |