Utusan Online - Hiburan |
Posted: Bunohan memang kelas A!Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL BIARPUN seketika, kemunculan Tengku Azura membangkitkan emosi tersendiri. JUJURNYA, saya cukup teruja untuk menonton filem cereka kedua arahan Dain Iskandar Said berjudul Bunohan ini yang mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula semalam (8 Mac). Selepas 'kecewa' kerana filem pertamanya, Dukun gagal ditayangkan atas faktor sensitiviti, sudah pasti ramai lagi yang mahu menonton buah tangan terbarunya itu. Apatah lagi, filem tersebut sudah menjelajah dunia dengan menyertai festival filem antarabangsa selain ditayangkan di sirkit sinema dunia serta ulasan pengkritik filem asing tentang Bunohan yang rata-rata mendapat kritikan yang sangat positif dan pujian tinggi melangit. Apabila cerita tentang Bunohan bertebaran di seluruh dunia sehingga mampu menembusi makalah ternama seperti Variety dan The Hollywood Reporter, sudah tentu ada sesuatu yang cukup istimewa tentang Bunohan. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
Projek Pop bakal cetus fenomena Posted: Projek Pop bakal cetus fenomenaOleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN KUMPULAN Hujan dan penyanyi Joe Flizzow antara yang terlibat dalam Projek Pop. MEMPERTARUHKAN pengalaman sebenar dalam dunia hiburan, drama bersiri terbitan 8TV, Projek Pop bakal membongkar kisah sebenar di sebalik kejayaan sesebuah konsert besar. Apa yang lebih menarik mengenai drama bersiri itu adalah penglibatan beberapa nama besar dunia hiburan seperti kumpulan Hujan, Adibah Noor, Joe Flizzow dan ramai lagi. Menurut pengarah bersama, Akmal Danial Mohemed Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Atomsk dia memilih untuk mengarah drama bersiri tersebut kerana kelainan yang akan ditonjolkan projek Pop kepada penonton saluran televisyen itu. "Gabungan realiti dan drama bakal memberikan kelainan kepada program ini. "Secara jujurnya kami pernah melalui apa yang akan dipertontonkan dalam Projek Pop. Dengan pengalaman itulah kami percaya drama bersiri ini akan mewujudkan satu lagi fenomena baru kepada penonton," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri ini di Damansara, Selangor baru-baru ini. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |