Adsense

Khamis, 8 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Struktur Gaji Baru SSM 2012 Mengikut Struktur Gaji Minimum - Maksimum

Posted: 08 Mar 2012 10:24 AM PST

Alhamdulillah dah rezeki Penjawat Awam (Orang Gomen) kerana semalam anda menerima kenaikan gaji 7-13 peratus bergantung kepada jawatan anda.


Dan daripada apa yang ZoOM dengar elaun COLA turut naik...Tahniah..!!!!! Tapi kami warga Pekerja SWASTA Ni bila nak naik !!???


Apa-apa pun tengok je la Info Yang ZOOm jumpa daripada blog MatKedah


CLICK Untuk Besarkan Saiz




Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai Tanpa Tajaan

Posted: 08 Mar 2012 10:12 AM PST

Wow.....!!!!!! memang menakjubkan dan satu perkahwinan yang hanya menggunakan diri sendiri walaupun diraikan dengan penuh dengan persiapan yang rapi. Bakal Suami akan menanggung hampir semua persiapan dan benda yang perlu dipakai atau laksanakan pada hari bahagia mereka.


JIka sebelum ini anda sering kali mendengar artis yang berkahwin akan menerima sebarang tajaan bagi mengurangkan kos perkahwinan tetapi bagi pasangan ini mereka melakukan sebaliknya.


Biarlah Fasha yang jawap mengenai cerita ini dan marilah kita sama-sama baca jawapan Fasha Sandha mengenai perkahwinannya ini:


PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak apabila enggan menerima sebarang tajaan bagi majlis perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang dirancang pada bulan depan.

Fasha berkata, segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan busana untuk majlis itu akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sejak awal-awal lagi memaklumkan agar tidak mengharapkan penaja.
"Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri wangnya untuk majlis kami nanti.
"Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada hasil titik peluh kami berdua," ujarnya kepada mStar Online.

Fasha ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3 di sini pada Khamis.

Tambahnya, dia dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai juga tidak mengimpikan sebarang majlis besar-besaran tetapi hanya berpuas hati dengan acara secara sederhana.
"Saya tidak mengimpikan gelaran weeding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.
"Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia dan Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu akan bernikah di rumah pasangan tersebut di Ampang, dekat sini.

Fasha berkata, pada hari tersebut turut diadakan resepsi pertama bagi meraikan hari bahagia mereka sebelum mengadakan dua lagi majlis di Perlis dan di sebuah destinasi yang masih dirahsiakan lokasinya untuk kenalan terdekat.

Bagaimanapun pelakon itu masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.
"Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan sekali gus selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat.
"Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan," katanya.

Sementara itu, Fasha memberitahu persiapan perkahwinannya masih berjalan dan tidak mengkhususkan sebarang tema untuk hari bahagianya itu nanti.

Fasha memberitahu, cuma majlis di Perlis bersama-sama ahli keluarganya akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia dan bakal suaminya akan berbulan madu di Pulau Redang selepas perkahwinan mereka dan mengakui menerima lamaran Jejai selepas kali kedua lelaki itu berbuat demikian.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 2006 tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lebih dua tahun.

Info : Mstar Online


ZoOM : Semoga Hari Bahagia itu akan muncul...dan kalau jemput ZOOM pun boleh juga :)


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Sharnaaz Dan Shila Amzah Terperangkap Dalam Banjir Kilat

Posted: 08 Mar 2012 09:59 AM PST

ZoOM pernah mengalami banjir kilat yang sudah pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila, dan apabila terbaca cerita mengenai Sharnaaz dan Shila Amzah yang terperangkap dalam kejadian banjir yang mengakibatkan seorang remaja 13 tahun meninggal. ZoOM masih mampu menaip walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.


Apa-apa pun takziah daripada ZoOM mewakili Admin ZoOMartis buat keluarga remaja berkenaan.


Bagi anda memastikan mengetahui apa yang berlaku kepada Sharnaaz dan SHila pada malam tersebut, inilah jawapan daripada Sharnaaz :


Sharnaaz berkata, air memasuki keretanya jenis Waja itu sehingga ke paras stereng menyebabkan sistem pendawaiannya mengalami kerosakan sehingga terpaksa dihantar ke bengkel.
"Ini adalah pengalaman pertama saya mengharungi keadaan sebegini dan ia cukup menakutkan tambahan pula ketika itu Shila ada bersama saya.
"Bagaimanapun saya bersyukur kami terselamat dalam kejadian itu tanpa sebarang kecederaan walaupun kereta milik saya rosak teruk akibat ditenggelami air," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian itu, Sharnaaz berkata dia dan Shila baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran berhampiran bersama ibu Shila.
"Pada mulanya Shila dan ibunya datang bersama tetapi masa balik dia balik dengan saya diekori oleh ibunya di belakang.
"Masa kejadian saya singgah di stesen minyak di Batu 11, Ulu Langat dan diberitahu oleh ibunya untuk berpatah balik kerana jalan menghala ke rumah Shila di Ampang telah dinaiki air.
"Saya cuba berpatah balik untuk ikut melalui laluan Bukit Ampang tetapi jalan telah ditutup oleh pihak polis dan kami berdua tersadai di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya," ujarnya.

Tambahnya, hujan yang lebat telah menyebabkan limpahan air daripada Sungai Serai naik dengan cepat sehingga telah memaksa mereka melarikan diri ke dalam sebuah lori bagi menyelamatkan diri.

Sharnaaz berkata, dia dan beberapa orang awam lain terpaksa duduk di dalam lori muatan pasir itu sehingga awal pagi, Khamis kerana air masih belum surut.
"Ia adalah pengalaman yang cukup buruk setakat ini buat saya dan Shila. Nasib baik dia juga seorang yang kuat semangat," katanya.
Sementara itu, Shila menerusi akaun Twitter miliknya turut menceritakan pengalamannya terperangkap selama 12 jam akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.
"Kami terpaksa bermalam di atas lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam dan hanya keluar daripada kawasan itu lewat pagi ini," ujar penyanyi itu menerusi satu entri di Twitter.

Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada malam Rabu telah menyebabkan beberapa kawasan di naiki air termasuk di kawasan Ampang dan Hulu Langat.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Magic Live @ KLCC Malaysia 23-25 Mac 2012

Posted: 08 Mar 2012 09:50 AM PST

Seramai 13 ahli silap mata terkemuka dunia akan mengadakan persembahan di pusat konvensyen tersebut melibatkan beberapa negara seperti Australia, Britain, Hong Kong, Scotland, Jerman dan Sepanyol.

Acara yang akan bermula pada pukul 3 petang dan 8 malam itu menampilkan persembahan luar biasa pemain silap mata dalam mempertontonkan kehebatan masing-masing.

Orang ramai yang ingin menyaksikan acara hebat itu bolehlah mendapatkan tiket yang dijual daripada RM98 hingga RM348.

Tiket untuk pakej keluarga pula dijual dengan harga bermula daripada RM698 hingga RM998.

Pembelian tiket juga boleh dilakukan dengan menghubungi 03-7880-7999 atau secara dalam talian menerusi www.ticketpro.com.my

ZoOM : Jika anda berminat dengan silap mata, inilah masanya kerana seramai 13 ahli silap mata terkenal dunia akan datang membuat persembahan secara Live di Malaysia.

Dan Salah seorang ialah Mahdi Moudini,37 yang terkenal dengan silap mata yang sudah pasti menarik perhatian anda dan sudah berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Ada berani !!!?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Janda 18 Tahun

Posted: 08 Mar 2012 04:58 AM PST

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Malam Pertama Aku

Posted: 08 Mar 2012 04:55 AM PST

Malam itu bulan mengambang penuh
Sejuk dan sunyi
Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan
Namun jantungku berdebar kencang

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya


Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku

Malam sudah hampir subuh
Aku masih terpaku lagi
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku
Orang lain semua masih tidur
Kata orang inilah masa yang paling sesuai
Sebelum subuh
Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki
Aku mesti boleh melakukannya
Mesti mesti mesti
Ku beranikan diri
Ku pandang saja
Dia diam saja
Ku renung matanya
Dia masih diam
Aku tahu dia menunggu aku
Akulah yang mesti melakukan
Mesti mesti mesti 
 

Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
?besar? terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video Sembahyang Dalam Air

Posted: 08 Mar 2012 04:15 AM PST

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi.

Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari.

Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat,

maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam.

Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!

Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan Islam...

Mereka yang di dasar laut pun boleh bersolat....
(takde ponteng2).......

Kita yang di atas darat ini bagaimana???

Renung2kanlah saudaraku................

Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...

InFo : Facebook Ustaz Idrus

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Hang Dimas Ahli Kumpulan Hujan Mohon Kerakyatan Malaysia

Posted: 07 Mar 2012 07:07 PM PST

Menurut mStar Online, Dimas sudah membawa isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun ke Malaysia dan sudah hampir sebulan menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dalam kenyataannya kepada wartawan mStar, Dimas menjelaskan bahawa dia akan memohon kerakyatan Malaysia selepas menangguhkan hasratnya beberapa kali.

"Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Dimas lagi, "Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillah lah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini."

ZoOM : Jika sebelum ini yakni tahun lepas kisah Aaron Aziz pelakon utama Filem Ombak Rindu memohon kerakyatan namun sepi tanpa berita, kini seorang lagi artis daripada seberang yang melihat peluang yang cerah jika berada di Malaysia. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia...sedangkan orang luar ingin menjadi rakyat Malaysia, tetapi anda yang hanya mementingkan diri sendiri !!!?#$@$  

Namun inilah natijahnya apabila nafsu menguasai diri ....Fikir....fikirkanlah...
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Isteri Redza Minhat Selamat melahirkan Bayi lelaki di Hospital Pantai Bangsar

Posted: 07 Mar 2012 06:42 PM PST

Pelakon Redza Minhat telah mengesahkan isteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ali pada pukul 2.13 petang tadi di Hospital Pantai, Bangsar. Bayi yang dilahirkan itu sihat dan beratnya ialah 3.36 kg.

ZoOM : Alhamdulillah akhirnya anugerah daripadanya diberikan kepada pasangan yang telah menikah pada 17 Jun tahun lepas. Setelah beberapa bulan mengharungi kehidupan penuh berjaga-jaga bagi memastikan penyeri hidup mereka hadir dengan sempurna.


Gambar Perkahwinan Redza Minhat :




Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Neelofa Dengan Kanak-Kanak

Posted: 07 Mar 2012 06:27 PM PST

Jika berada didepan kamera dan depan TV anda, sudah pasti anda tidak mengetahui bertapa beliau menyukai kana-kanak ketika berada dirumah. Gambar ini cukup menggambarkan Neelofa tidak kekok untuk menguruskan kanak-kanak (Adik @ Anak Sedara kot) ini.

Jarang sekali kita melihat seseorang selebriti menjaga kanak-kanak yang masih kecil lagi, terutamanya selebriti yang belum mendirikan rumahtangga.

ZOOM : Kalau nak bermanja-manja lebih Neelofa carilah seseorang untuk jadi peneman hidup yer..lepas tu baru boleh manja lebih-lebih dengan baby sendiri :).

Lagi gambar di bawah :


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!