Adsense

Khamis, 8 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Remember You – Taruhan Kedua Dato’ Siti Nurhaliza

Posted: 08 Mar 2012 06:55 PM PST

LAGU INGGERIS TERBARU SITI NURHALIZA REMEMBER YOU

Rasanya umum mengetahui akan kejayaan Dato' Siti Nurhaliza melahirkan album inggeris pertamanya iaitu All Your Love walaupun ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kebolehan Tok Ti menyanyikan lagu Inggeris dengan baik. Mungkin ingin membuktikan lagi keupayaan, Tok Ti bakal melancarkan single keduanya yang berjudul Remember You.

Menariknya, single kedua ini menampilkan hasil duet bersama penyanyi terkenal, Sean Kingston. Dan bagi mempromosikan lagu terbarunya itu, Tok Ti akan menemui para peminatnya di Rock Corner, The Curve pada 10 Mac ini dan di Muzik Karnival 2012 di One Utama Shopping Centre pada 16 Mac. Jika anda peminat Tok Ti, jangan lupa pergi ok!

WTF: Remaja OKU dikurung dalam sangkar di China

Related Posts with Thumbnails

Respon Fasha Mengenai Tarikh & Lokasi Perkahwinannya

Posted: 08 Mar 2012 03:47 PM PST

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Jika sebelum ini kami ada mengeluarkan laporan ekslusif mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai dimana tarikh 29 April menjadi tarikh pilihan dan Bali menjadi lokasi melangsungkan majlis perkahwinan, lebih tepat majlis resepsi.

Terbaru, Fasha Sandha tampil membuat kenyataan berhubung laporan ekslusif itu dengan menidakkan tarikh yang dinyatakan dan belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar, namun tidak menyangkal akan melangsungkan pernikahan pada hujung April ini.

"Tarikh perkahwinan sudahpun ditetapkan oleh keluarga dan bila betul-betul masanya, persiapan dah siap dan kami dah bagi kad jemputan, baru saya boleh beritahu pada semua. Apa-apapun, tarikh yang dinyatakan itu hampir tepat. Cuma ada benda yang saya tak boleh beritahu semua kerana saya kena menghormati permintaan keluarga dan juga bakal suami sendiri. Saya akan beritahu khalayak selepas saya hantar kad jemputan."

Mengenai majlis perkahwinan yang kononnya akan dilangsungkan di Bali itu pula, Fasha lebih selesa memberi jawapan no komen. Mungkin atas permintaan pihak Jejai atau tidak mahu ianya diketahui umum. Tapi yang pasti, majlis resepsi mereka akan dibuat di luar negara.

"Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara."

Lupakan seketika mengenai tarikh 29 April 2012 dan lokasi perkahwinan itu dan berbalik kepada apa yang ingin kami sampaikan. Fasha Sandha dan Jejai akan melangsungkan pernikahan mereka di rumah baru Fasha yang mana ianya merupakan rumah pemberian Jejai di Ampang, Kuala Lumpur. Bila? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Fasha.

Psstt: Kalau bosan, kami layan APADEHAL.COM

Related Posts with Thumbnails