OHBULAN! |
Sertai Marion Caunter Demi Kempen Kesihatan & Nutrisi Kanak-Kanak Posted: 09 Mar 2012 01:06 AM PST Kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak Asia mencatatkan jumlah yang amat tinggi berbanding benua-benua yang lain. Pengambilan nutrisi yang tidak seimbang dalam 1000 hari kelahiran bayi boleh mengakibatkan kerencatan pertumbuhan daya pemikiran dan badan kanak-kanak tersebut. Selain itu, kekurangan nutrisi juga berpotensi membunuh manusia serta penghalang utama untuk pembangunan sumber manusia negara. Atas kesedaran ini, sebuah kempen anjuran"World Food Programme (WFP)" sejajar dengan sambutan International Women's Day telah melantik hos E! News Asia iaitu Marion Caunter sebagai wajah baru untuk meraih dana serta sokongan kempen Kesihatan & Nutrisi Kanak-Kanak di Asia. Moto "One Child. One Life. One Chance" merupakan impian yang diwar-warkan oleh WFP demi mendapatkan sokongan daripada orang ramai. "Dengan menyokong para ibu dengan pemakanan dan nutrisi yang terancang, kita dapat menangani kelaparan untuk 1000 hari pertama selepas kelahiran. Wanita merupakan senjata utama untuk mengatais masalah ini dan kami amat gembira apabila Marion Caunter sudi menjadi wajah yang mewakili penduduk Asia, terutamanya Malaysia," kata Monica Marshall, wakil WFP. "Sebagai langkah pertama, setiap makanan yang mereka terima adalah lengkap daripada segi nutrisi yang diperlukan. Program WFP akan membantu wanita mengharungi kelaparan dan kemiskinan," tambah Monica lagi. |
Jidin Sengal : Apabila Pelakon Esktra Jadi Superstar Posted: 09 Mar 2012 12:43 AM PST JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi arahan Esmi Zahara Yusof yang berkisarkan Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin berwatakan sengal secara sengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang ke KL demi mencuba nasib sebagai pelakon. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit "cut!". Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Semuanya akan terjawab dalam filem komedi "JIDIN SENGAL", berlegar-legar di pawagam 22 Mac 2012. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |