Utusan Online - Hiburan |
Posted: Coklat ibarat teman sejatiOleh KHADIJAH IBRAHIM
ADA sesetengah orang tidak gemar makan coklat dengan alasan ia boleh menggemukkan, namun tidak bagi pelakon Zamarulhisham Mohamed, 41. Bagi Zamarul, coklat ibarat teman sejati, sehari tidak makan coklat, hidupnya seakan tidak sempurna kerana dia mempunyai cerita tersendiri mengenai makanan itu. Menurut suami kepada Diana Rafar, pada tahun 2009 ketika berada di sebuah stesen minyak, nyawanya hampir melayang kerana tiba-tiba pernafasannya menjadi sesak. "Waktu itu, saya tidak sihat dan singgah sebentar di stesen minyak untuk beli air dan coklat sebagai bekalan makanan. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, saya terasa sesak dada. "Ketika itu, rasa perit sangat dan saya fikir mungkin sudah sampai ajal. Alhamdulillah, usia saya masih panjang dan selepas itulah saya makan coklat kerana semua itu berlaku kerana badan saya kurang tenaga," imbasnya. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. | ||
Posted: Rees kaki novelMELUANGKAN masa di Muzium Penyiaran RTM. BAGI empunya nama Nasir Hamdi atau lebih dikenali dengan nama Rees Norham melalui segmen kendaliannya, Hangat, dia lebih gemar mengisi masa dengan membaca novel. Bagi anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini, novel sudah menjadi penemannya sejak di bangku sekolah lagi. "Salah satu sebab mengapa saya suka baca novel adalah kerana jalan cerita novel itu sendiri. "Kadang-kala, kerana terlalu khusyuk membaca novel, saya bagaikan dapat menjiwai karakter yang terdapat di dalamnya. "Malah, jalan cerita yang menarik juga membuatkan saya kadang-kadang sukar untuk 'berjauhan' dengan novel tersebut. "Selain itu, baca novel ini juga sebenarnya merupakan aktiviti yang santai dan dalam masa yang sama turut membuatkan saya berasa tenang," katanya ketika ditemui S3 baru-baru ini. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |