Celebrity News |
- Gambar Comel Scha Bertudung Disamping Awal ( Nak Kahwin Dah Ke??)
- Konsert Kemunculan Semula Cromok Setelah 15 Tahun | Thrashing Kuala Lumpur Live
- Video Bogel Melia Aimiellia Menyebabkan Rezeki Beliau Jatuh Mendadak
- Pantun Hari Raya
- Sukaneka Sedut
- Hukum Minuman Dimasuki Semut
- Apa Yang Anda Tahu Mengenai Sembahyang
- Mencari Jodoh Anda
- Gossip Faradhiya Bakal Jadi Isteri Kedua Ahli Perniagaan
- Gambar Dylan Haidar Anak Kedua Edrie Hashim Dan Isteri Pat Candy
- Cara Menjaga Bayi Zaman Moden
- Gambar Lawak Pemandu Lesen P
Gambar Comel Scha Bertudung Disamping Awal ( Nak Kahwin Dah Ke??) Posted: 09 Mar 2012 08:32 AM PST Sorry Ye Scha kalau tajuk "Post" ZoOM over sikit, sebenarnya ZoOM terkejut juga apabila terlihat gambar Scha bertudung. Dan selama ini ZOoM rasa tidak pernah sekali pun ZOoM melihat keterampilan Scha memakai tudung. Setahu ZoOM kalau pakai tudung ni mesti ada sesuatu yang penting atau wajib memakainya. Contoh : 1.Kursus Kahwin 2.Umrah/Haji 3.Kenduri Agama 4.Ceramah Agama Anda Rasa Yang Mana Satu JawapanNYA !!!? Note : Scha Memang Comel dan Cantik.. Credit To Facebook Scha Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Konsert Kemunculan Semula Cromok Setelah 15 Tahun | Thrashing Kuala Lumpur Live Posted: 09 Mar 2012 08:11 AM PST Kumpulan Cromok yang dianggotai Karl (Gitar), Miji (Drum) & Sam (Vokal & Bass) bakal mengegarkan KL Live, setelah 15 tahun menyepi dengan konsert besar akhirnya kumpulan yang pernah menjadi bualan dibibir remaja-remaja di Zaman ZoOM sudah pasti akan menghiburkan anda semula. Konsert ini akan bermula sekitar 4 petang pada 8 April 2012 (Ahad) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Tiket boleh didapati secara online atau di cawangan Ticket Pro dengan harga RM98 (Free Standing Lower Tier) atau RM138 (Free Standing VIP Upper Tier). Setiap pembelian tiket berharga RM138 melayakkan anda menerima cenderahati eksklusif Cromok yang boleh ditebus di pintu masuk KL Live nanti. Jika pada zaman 80an dan 90an Cromok pernah mengemparkan anda dengan alunan muzik keras sehinggakan meninggalkan kesan kepada peminatnya. Kini nostalgia itu pasti akan muncul semula pada 8 April nanti. Dan berikut beberapa ayat dan jawapan daripada orang kuat Kumpulan Cromok : "Idea sebenarnya sudah lama ada, cuma kami nak mencari satu promoter yang berani menanggung risiko untuk menganjurkan konsert sebegini. Nak dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kedai gitar untuk bertemu seorang rakan. Kebetulan, kawan saya mengajak saya untuk makan bersama Iman Tang (Clockwork Events) untuk beberapa urusan. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan berbincang mengenai konsert ini. "Tak silap saya, perancangan ini dibuat dalam masa kurang daripada sebulan. Nasib baik Iman juga adalah individu yang memahami industri muzik metal, jadi saya harap segalanya dapat berjalan dengan lancar," ujar Karl yang kini mempunyai 2 orang anak berusia 12 & 5 tahun. Bagi anda yang sudah melupakan lagi Cromok berikut beberapa video sebagai tatapan anda yang dulu pernah mengoyangkan kepala dan kaki ketika mendengar lagu mereka : Video : Another You Rock Kapak Misery Misty Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Video Bogel Melia Aimiellia Menyebabkan Rezeki Beliau Jatuh Mendadak Posted: 09 Mar 2012 07:31 AM PST Credit Gambar OHBulan Namun kesannya sungguh ketara kepada artis ini kerana ramai penerbit dan pengarah merasa ragu-ragu dan takut untuk mengambil beliau berlakon dalam filem atau drama mereka.Malahan menurut Melia ada pihak produksi mempersendakan beliau dengan mengajak melakukan perkara tidak senonoh dek kerana penangan Video lucah yang dikatakan mirip beliau. Dan yang menjadi perhatian ZoOM artis ini sudah membuat laporan polis dan SKMM, serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada penulis blog tersebut.(Opssss macam tau je blog mana yang bakal tidak senang duduk ni). Sebagai penulis blog mendoakan semoga penulis blog tersebut jika berada di pihak benar, anda harus persiapkan segala ilmu yang ada bagi menepis segala dugaan yang akan datang.Dan ia juga turut menjadi pengajaran kepada ZoOM agar berhati-hati dalam setiap penulisan agar tidak menjadi isu panas. Biarlah ZoOM hanya menjadi penyampai berita yang sedia ada untuk tatapan pembaca setia di ZoOmartiS.Net Thanks Alls....Dan Fikir-Fikirkanlah wahai sahabat Blogger sekalian. Apa kata anda ??? Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 09 Mar 2012 05:01 AM PST Kelantan... Make ikke cicoh budu Jange lupo tamboh satar Kelik rayo taksir laju Nanti rayo dale sepita Terengganu... Makang ubi jamang jepong Makang kepok cicah cuke Bulang pose mung bengong Bulang raye mung gile Pahang... Sepadan Pahang ada kasino Nasi dagang ikan patin Jange mu masam muko Raya makan rendang sadin Johor... Cegitu cegini awak suke Awak suke kite tak suke Esok luse hari raye Sama-sama bersuke rie Melaka... Hawau kau berak merate Kaki bengkak ulau patok Kalu balik naik kerete Jangan pandu kalau ngantok N. Sembilan... Masak lomak cili api Campo dongan daun turi Hari rayo kolumpo sopi Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!) Selangor/K.Lumpur... Wa cakap lu wa tak tau Tapi wa tipu sama lu Raya jangan buat tak tau Angpau ada bagi gua dulu Perak... Gulei tempoyak ikan mayong Deroyan busok tebok tupei Pandu hemat ingat kampong Ase(Asal) teman selamat sampei Kedah... Aloq Staq terketaq-ketaq Lapaq perut makan pau Macam mana tak ketaq Kena paksa bagi angpau Penang... Nasi kandaq kedai mamak Anak mami juai pesemboq Lepaih raya jgn dok triak Kalu ceti mai kot dapoq Perlis... Padang besaq kecik aja Tempat siam lalu lalang Hari raya kita berbelanja Jangan sampai menambah utang Suka Lawak Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 09 Mar 2012 05:00 AM PST Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang. Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan. Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!", Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!", Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati. Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!" Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 09 Mar 2012 04:24 AM PST Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum'nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam. Soalan: Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut? Jawapan: Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan: 1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu NAJIS, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu. 2) Semut masuk dalam keadaan hidup Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu NAJISs dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu. Info : Ustaz Nasir Wallahua'lamJika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Apa Yang Anda Tahu Mengenai Sembahyang Posted: 09 Mar 2012 04:21 AM PST Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat: Subuh: 2 rakaat Zuhur: 4 rakaat Asar: 4 rakaat Maghrib: 3 rakaat Isyak: 4 rakaat Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%. Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu. 3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam. Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari. Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan. Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat. Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, main bola 1 jam setengah tidur 8 jam 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 09 Mar 2012 04:17 AM PST Renungkanlah sedalam-dalamnya................... Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Begitu juga bila melihat orang yang beristeri cantik, pastinya kita akan menyangka orang itu bahgia. Hakikatnya hanya Allah Yang Tahu Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwin itu melengkapkan diri manusia dan memenuhi naluri dirinya Berkahwinlah anda demi Allah dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gossip Faradhiya Bakal Jadi Isteri Kedua Ahli Perniagaan Posted: 08 Mar 2012 06:35 PM PST Entah betul ke tidak tetapi Blog Rotikaya.Com sudah mencanang satu Dunia yang Faradhiya bakal menjadi bini kedua. Jangan jadi macam kes Wan Shades sudahlah Roti, apa-apa pun anda memang berani dalam mengeluarkan gossip panas. Dan berikut ZoOM "Copy & Paste" untuk anda pembaca di ZOOMartis : Rasa'nya kami lebih kerap dengar yang Faradhiya ini berlakon di kaca televisyen berbanding sibuk dengan karier nyanyian beliau. Tidak mengapa, drama lakonan beliau selama ini pun seringkali meniti bibir peminat drama TV swasta Malaysia. Ini ada gossip terbaru untuk anda. Sumber kami yang rapat dengan selebriti yang sering menampilkan imej seksi ini berkata Faradhiya kini sedang meniti hari bahagia bersama sang kekasih. SIAPAKAH DIA !!!!? Bukan calang calang, kekasih hati Faradhiya ini merupakan seorang saudagar bidang perhotelan yang memiliki rangkaian hotel sendiri di sekitar Putrajaya sehingga ke pantai Timur.Cuma yang kurang sedap'nya — dan kami sebagai lelaki tidak ambil peduli pun — jejaka yang berwajah ala pemuda Timur Tengah ini merupakan suami orang & khabarnya hubungan mereka masih rahsia. Mungkinkah Faradhiya bakal bergelar isteri kedua kepada lelaki berusia 37 tahun ini? Maklum'lah, banyak mata yang sudah terpandang Faradhiya sering turun dari kereta mewah Lamborghini lelaki ini. ZoOM : Apa-apalah Faradhiya asal anda bahagia, dan kalau lelaki tersebut dah mampu dari segi zahir...batin macam mana pula..ada mampu...Dan minta izinlah dengan isteri pertama dulu ye (Kalau betullah)...Apa pula kata anda ? Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Dylan Haidar Anak Kedua Edrie Hashim Dan Isteri Pat Candy Posted: 08 Mar 2012 06:03 PM PST Tahniah daripada ZoOM mewakili pembaca dan Admin di ZoOmartis kepada komposer Edrie Hashim, kerana menimang anak kedua pagi Rabu lalu. Beliau membuat pengumuman di laman sosial Twitter di @eddriehashim. Dan menurut info cahaya hati diberi nama Dylan Haidar, jika di imbas semula Edrie telah mendirikan rumah tangga dengan isteri beliau, Pat Candy pada tahun 2002. Dan kini mempunyai anak sulung yang berusia 8 tahun, malah sejarah beliau keguguran 4 kali turut mengembirakan pasangan ini yang kini mempunyai 2 orang cahaya mata. Tahniah sekali lagi.. Gambar Edry Hashim Dan Keluarga Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 08 Mar 2012 05:48 PM PST Bertuah punya "Bapak", kalau macam inilah kerja dan cara nak jaga anak di rumah, lebih hantar dekat Taska je. Rasa nak gelak pun ada sebab "Bapak" budak ini boleh muat dalam kelambu tu, dan si anak pulak tidur dekat tepi. Dekat rumah anda ada jadi macam ni tak ? Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 08 Mar 2012 05:43 PM PST Nak tergelak ZoOM tengok gambar pemandu kereta yang berhemah ini, kalaulah semua pemandu macam ini di Malaysia alamat kereta yang ikut dekat belakang tu 'Respect" tak dekat orang depan dia ni. Sorry ye no kereta ZoOM tak sempat nak "Blur" kan, maklumlah dekat pejabat ni tak ada software nak ubah gambar. Note : Tahniah orang "Gomen" Gaji naik...Elaun Naik...Cola Naik...!! Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |