Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Mila Ceriakan Bakal Pengantin Minggu Ini

Posted: 27 Feb 2012 09:09 PM PST

Bakal pengantin dijemput beramai-ramai hadir ke Festival Pengantin yang akan berlangsung di Aeon Au2 Setiawangsa (Jusco) daripada 2-4 Mac ini bermula 10 pagi – 10 malam bagi mendapatkan tawaran serta diskaun hebat demi melangsungkan hari bahagia anda.

Menurut pihak penganjur, pelbagai hadiah berupa TV Lcd, Blackberry dan pakej honeymoon ditawarkan kepada pengunjung yang bertuah. Pengunjung juga boleh mendapatkan door gift apabila membuat pendaftaran di kaunter informasi yang disediakan di hadapan pintu masuk.

Lebih 30 booth daripada pelbagai produk perkahwinan dibuka untuk memudahkan anda membuat pilihan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pertunjukan model pakaian pengantin serta persembahan daripada artis tempatan turut menghiburkan anda.

Difahamkan, Mila akan muncul pada 3 Mac ini di lokasi terbabit untuk menghiburkan para pengunjung. Disamping berbelanja, jangan lupa temui Mila disana, ya!

Trailer: Filem “Chow Kit” Dedahkan Kehidupan Gelap, Di Pawagam Mei Ini!

Posted: 27 Feb 2012 08:33 PM PST

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis orang, bermacam-macam kehidupan dan pengalaman, serta dugaan yang harus ditempuhi. Namun bukan semua tahu apa erti disebalik kehidupan gelap lorong-lorong di Chow Kit, kan?

Banyak cerita yang kita dengar dari mulut orang, berita yang kita lihat dalam suratkhabar dan kisah gelap dari Chow Kit. Ada pembunuhan, kongsi gelap, pelacuran, dan segala macam jenayah. Di waktu siang, Chow Kit hanyalah sebuah bandar biasa dan dihuni oleh orang biasa. Namun bila malam menjelma, golongan lain akan mula bekerja.

Dalam filem terbaru berjudul "Chow Kit", filem yang diilhamkan oleh penulis skrip Shahazril Hamzah (Kenit) dan Eenaz Mokhtar bakal mendedahkan kehidupan di sebalik cerita-cerita yang kita hanya pernah dengar, namun tidak dapat disaksikan. Filem "Chow Kit" juga akan memaparkan kisah kehidupan kanak-kanak yang sering kita lihat berkeliaran tanpa ibu bapa dan tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan yang mereka lalui? Adakah sama seperti kanak-kanak lain?

Filem ini bakal membariskan Dira Abu Zahar, Beto Kusyairi, Namron, dan Lana Nordin sebagai penggerak utama filem yang hampir setaraf dengan filem antarabangsa ini.

Filem ini diarahkan oleh dua pengarah berbakat, Dhojee dan Brando Lee. Ianya bakal ditayangkan pada 3 Mei tahun ini di hampir 60 buah pawagam serata negara. Jadi jangan lepaskan peluang anda dan mari kita saksikan trailer "Chow Kit" selepas ini!