Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Majlis Harijadi Aaron Aziz

Posted: 27 Feb 2012 09:06 AM PST



Artis daripada seberang ini memang meletup di Malaysia, sana-sini bercerita mengenai kehebatan beliau dalam bidang lakonan. Mantap dan berkesan, samada cerita romantik ataupun adegan ganas beliau kini mendahului ramai pelakon di Malaysia Khasnya.


Terbaru mengenai artis bernama Aaron Aziz ini ialah mengenai majlis Harijadi beliau yang berlangsung baru-baru ini. Gambar berikut ZOOM jumpa di laman blog Budiey.


Majlis tersebut dianjurkan oleh peminat Aaron Aziz yang mengelarkan kelab mereka sebagai Aaronators, maksud tak tahu sebab bukan group  kumpulan tersebut, tetapi apa yang pasti majlis ringkas dan penuh bermakna itu disambut dengan meriah. 


Malahan majlis tersebut turut disertai oleh isteri Aaron Aziz, dan berikut beberapa gambar untuk tatapan anda :










Sesuai dengan Tema (Biru dan putih)..nampak hendsome Aaron dan sweet and sporting juga bini Aaron ye :)





Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!  

Gambar Konterversi Erykah Badu Di Akhbar The Star

Posted: 27 Feb 2012 04:34 AM PST


PATUT KE ?

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

"Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?" demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Sumber : HArakahdaily

ZOoM : Sakit hati dan kalau ada kuasa dah pecat orang tu...memang tak tahu menilai dan berfikir langsung orang ni..


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Diana Rafar Jadi Kaya Kerana Perniagaan Emas Di Serambi Emas

Posted: 27 Feb 2012 03:31 AM PST

Rezeki ada dimana-mana dan tanpa usaha kejayaan tidak akan dicapai, begitu jugalah kisahnya mengenai artis bernama Diana Rafar ini. Setelah sekian lama mencari rezeki dalam bidang lakonan akhirnya beliau menemui rezeki yang menjadi punca pendapatan beliau.


Terbaru mengenai kisah artis ini yang dikatakan berkecimpung dalam perniagaan jual beli emas yang semakin menjadi pilihan pemilik emas. Bagi anda yang pernah menjalankan perniagaan ini sudah tentu anda tahu, tetapi jika belum ZoOM ingin bercerita serba sedikit mengenai perniagaan ini.


Harga emas sentiasa naik dan ia kini menjadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai item ini.


Konsepnya jika simpan emas dalam syarikat tersebut pemiliknya akan mendapat pulangan/keuntungan hasil daripada pelaburan.


Itu sahaja info yang ZOom Tahu, jika nak tahu lagi search dalam Google / Yahoo ye :)



Lanjutan daripada kisah diatas berikut beberapa ayat 
"Diana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.

"Lainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar," katanya ketika ditemui di D'Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

"Kalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain kerana perniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar," katanya bersungguh-sungguh.

Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon. 
"Sekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini. 
"Dulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini," katanya.



ZooM : Apa Kata anda mengenai perniagaan emas ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Nasi Briani Berjintan

Posted: 27 Feb 2012 01:16 AM PST

Bahan-bahan:
1 kg beras Basmati
50 gm jintan putih - digoreng dengan sedikit minyak
2 sudu kecil serbuk jintan manis
40 gm kismis
1 batang lobak merah - dipotong dadu
2 tangkai daun sup - dikerat 2 cm
20 gm bawang goreng
1/2 cawan susu air
Air rebusan ayam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang

3 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 tangkai cili merah - dibelah dua
2 helai daun pandan
5 cm kulit kayu manis
4 manis buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 sudu besar minyak sapi

Cara Menyediakan:
1. Beras disukat kemudian dibersihkan dan ditus. Dengan menggunakan bekas yang sama, sukat pula air rebusan ayam untuk memasak nasi. Ketepikan. Sukatan air dan sukatan beras mestilah sama.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau hingga naik baunya.
3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang, cili merah, cili hijau dan daun pandan. Kacau hingga layu.
4. Masukkan jintan manis dan kacau lagi sehingga harum dan hilang bau rempah.
5. Masukkan beras, lobak merah, garam dan gula. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
6. Bila kering air, kecilkan api dan tutup periuk. Jika perlu alaskan periuk dengan tin untuk mengelakkan nasi berkerak atau hangit. Biarkan hingga nasi masak.
7. Masukkan kismis dan daun sup kemudian gembur nasi hingga rata.
8. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan jintan putih yang digoreng.

Suka Resepi Ini ClickLah Like @ Share !!

Kutipan Filem Adnan Sempit 2 | Trailer Adnan Sempit 2

Posted: 26 Feb 2012 08:53 PM PST


Sana sini bercerita mengenai kutipan yang diterima oleh skuel Filem Adnan Sempit 2, dalam kesibukan kerja seharian ZoOM dan keluarga meredah malam menuju pawagam di sekitar Petaling Jaya. Akhirnya pada pukul 9.10 malam kami telah masuk ke pawagam tersebut, memang ramai dan sesak semasa beratur masuk ke dalam pawagam. Dalam hati ZoOm "Kalaulah tiap-tiap hari macam ni. sudah tentu 13 juta tersebut bukan angan-angan kosong".


Walaupun gelak ketawa dipawagam tersebut seringkali bergema dan kadang-kadang mengalahkan "Sound System" dalam pawagam tersebut. Ada juga desas desus "TARGET" yang MIG beri sebelum ini tidak akan tercapai dan mengalahkan Adnan Sempit 1 sebelum ini.


Disebabkan itu ZOoM cuba untuk menyelidik (Macam buat eksperimen pulak), apa yang boleh dikongsi bersama dengan anda, dan berikut adalah beberapa bukti yang boleh anda lihat.



Sekarang ni dah 12.32, masa edit gambar ini baru pukul 11.00, maksudnya pawagam Aeon Melaka hanya ada 6 orang yang beli tiket sejam sebelum tayangan Filem Adnan Sempit.Mungkin orang kerja kot..!!
Dan ini pula skrin shoot, booking tiket di GCS Midvalley pada pukul 1.30 tengah hari, tak dampai 20% tempat duduk di booking/beli. Dan alasan sama semua orang tengah kerja...

Diantara lawak yang ZoOM ingat semasa menonton Filem ini :

1.Koporatttt jadi KOPERASI
2.Transform jadi TRANSFORMER
3.lawak Masa Along muka entah sengaja atau tidak letak kat bakar BURGER tu..x tau apa motif.
4.apa-apa pun lawak Adnan Sempit 1 lagi best daripada 2 ni.

Tetapi ini tayangan Filem sama pada pukul 7.00 malam di GSC sama, namun hanya ada beberapa tempat sahaja yang ditempah. Jika anda pernah menonton filem adnan sempit sebelum ini memang susah nak beli tiket, kalau ada pun leher dan kepala jadi anda fikir-fikirkanlah. Kalau nak pergi tengok..pergi lah tapi Bintang ZoOM bagi 3 STAR daripada 5.

TRAILER :


SELAMAT MENONTON !!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now