Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bahang ABPBH kian terasa

Posted: 26 Feb 2012 02:42 PM PST

Hip

Lebih 5,000 peminat hangatkan siri jelajah pertama di SACC Mall

DEBARAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 semakin terasa dengan bermulanya siri jelajah pertama di kompleks beli-belah SACC Mall, Shah Alam, semalam.

Satu-satunya lokasi di Lembah Klang yang terpilih untuk siri jelajah itu pada kali ini nyata meriah dengan kehadiran lebih 5,000 peminat, yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan dari dekat wajah popular kegemaran masingmasing. Malah, bukan sekadar penduduk di sekitar bandar raya Shah Alam, peminat dari luar Lembah Klang juga turut sama menggamatkan acara, yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-25 ABPBH.

Lagi berita serta gambar-gambar menarik sekitar jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di kompleks beli-belah SACC Mall, Shah Alam, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran hari ini.

Dengarnya... Single duet Siti, Sean Kingston dilancar 1 Mac

Posted: 26 Feb 2012 02:38 PM PST

Hip

TAHUN lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, muncul bersama album Inggeris pertamanya yang berjudul All Your Love. Daripada album berkenaan, dia tampil bersama single Falling In Love.

Cik Normah pun seronok mendengar lagu yang dimuatkan dalam album itu. Apatah lagi kalau didengar versi adunan semula single pertamanya, yang memang boleh buat kita bergoyang sakan.

Pada 1 Mac ini, Siti dikatakan akan melancarkan single keduanya pula yang berjudul Remember You. Lagu itu akan dilancarkan ke semua stesen radio di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei secara serentak. Lebih istimewa, lagu ciptaan Bryan Bouro dan Alexander Kristian itu dinyanyikan Siti bersama penyanyi terkenal, Sean Kingston, yang popular dengan lagu Beautiful Girls.

Diterbitkan sendiri oleh Bryan, menerusi syarikat What's Up Entertainment, Remember You diadun di Studio mixHous, Los Angeles, manakala proses mastering pula dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

Amboi, jauh benar proses penghasilan single Siti ini dilakukan. Teringat pula Cik Normah pada album Ella yang berjudul USA (1994), yang turut dirakam di Amerika Syarikat. Kalau album Ella itu berjaya terjual melebihi 300,000 unit, mungkin tempiasnya akan terkena juga kepada single dan album Siti.