Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Keserasian Kamal-Mikha

Posted:

Keserasian Kamal-Mikha

Keserasian Kamal-Mikha

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


MIKHA Tambayong tidak kekok berpasangan dengan Kamal Adli demi merealisasikan Gerimis Mengundang.


SEPANJANG sesi foto yang diadakan di Istana Budaya baru-baru ini, dapat dilihat kemesraan antara pelakon Kamal Adli dan Mikha Tambayong. Di kalangan penonton tempatan yang menggemari sinetron Nada Cinta, pasti jatuh cinta dengan watak Nada yang dibawa oleh Mikha.

Meskipun ia adalah gandingan pertama artis dari Indonesia itu dengan Kamal sempena pementasan teater Gerimis Mengundang, Mikha mengakui dia tidak kekok.

"Kamal seorang yang mesra dan aku senang bekerjasama dengan dia. Malah aku dapat rasakan yang antara kami ada keserasian.

"Aku teruja untuk berlakon Gerimis Mengundang kerana ia adalah pementasan muzikal, di mana aku boleh berlakon dan menyanyi. Mungkin dari segi tarian itu, aku perlu belajar lebih," katanya yang berpasangan dengan Randy Pangalila dalam Nada Cinta.

Teater Gerimis Mengundang, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri akan dipentaskan di Istana Budaya, pada 27 Mac hingga 8 April ini.

Kata Mikha, untuk teater satu jam lebih itu, dia tidak menghadapi masalah kerana dia menjadi dirinya sendiri.

"Aku memegang watak Mikha, gadis Indonesia, jadi tidak ada masalah dalam pertuturan. Kalau aku perlu bertutur bahasa Melayu, baru ia masalah kepada aku," katanya terus terang.

Gadis berusia 18 tahun yang mula berlakon pada 2008 berkata, dia bersedia berlakon pementasan itu kerana baru sahaja selesai penggambaran sinetron Ashiteru bersama Randy.

Katanya, sejak mula berlakon, dia tidak ada masa dan sinetron pertama lakonannya, Kepompong, mengambil masa selama setahun untuk penggambaran.

"Aku memang tidak punya waktu untuk berlibur kerana jadual penggambaran padat kerana sinetron itu beratus episod. Sejak berlakon, aku sering sambut malam Krismas atau tahun baru bersama teman di lokasi.

"Habis Kepompong, aku berehat daripada berlakon kerana memberi tumpuan pada seni suara. Single pertama aku berjudul Cinta Pertama merupakan lagu tema sinetron Kepompong, dihasilkan pada 2009.

"Pada 2010 aku keluarkan album pertama, Bekas Pacar dan selepas itu terikat dengan penggambaran Nada Cinta selama setahun," ceritanya mesra.

Tambah Mikha, dalam waktu terdekat ini, dia juga akan melancarkan novel pertama yang dihasil berkisar tentang pengalaman dirinya yang merupakan seorang anak tunggal.

Jehan Miskin rahsiakan hubungan cinta

Posted:

Jehan Miskin rahsiakan hubungan cinta

Jehan Miskin rahsiakan hubungan cinta

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar AZRUL HAFIS


SEMAKIN sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir.


BUKAN niatnya untuk berahsia, namun jejaka bertubuh sasa ini lebih selesa tidak menggembar-gemburkan kisah percintaannya.

Menurut empunya diri, ini kerana episod cinta lalu banyak mengajarnya untuk lebih menghargai hubungan istimewanya kini dengan cara yang lebih berbeza.

Walaupun tidak banyak yang mahu diceritakan Jehan Miskin kepada Hits pada pertemuan di Skybar, Traders Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, aktor itu tidak lokek berkongsi kenapa dia lebih senang merahsiakan hubungannya kali ini.

Tidak mengelak untuk berbicara soal hati malah berterus terang mengakui sudah mempunyai pilihan, namun tegas Jehan, dia dan pasangannya lebih selesa untuk menjalinkan hubungan tanpa sebarang publisiti.

Malah pelakon kacak itu turut menyifatkan hubungan tanpa pengetahuan umum lebih mudah dan selesa untuk diri dan pasangannya.

"Saya akui dahulu saya agak terbuka untuk bercerita tentang kisah cinta saya lebih-lebih lagi kerana bekas kekasih saya dahulu juga seorang artis.

"Oleh itu adalah tidak mungkin untuk kami berdua merahsiakan hubungan tersebut.

"Namun kekasih saya kini bukan lagi seseorang yang terlibat dalam industri dan bagi menghormati hubungan ini kami berdua juga mengambil keputusan untuk tidak menceritakan hubungan ini secara terbuka kepada umum.

"Secara jujurnya ia lebih mudah untuk menguruskan hubungan ini," jelasnya.

Ditanya sama ada dia tidak berasa bersalah kerana merahsiakan hubungan cintanya daripada pengetahuan para peminatnya, Jehan atau nama sebenarnya Mohd. Jehan Miskin, 32, percaya peminat hari ini lebih terbuka dan memahami keputusannya itu.

"Tiada apa yang mahu diceritakan kepada mereka kerana saya hanya menjalinkan hubungan sahaja dan saya percaya peminat saya faham.

"Tetapi saya berjanji jika ada berita baik daripada kami berdua, tentunya kami tidak akan membelakangi peminat serta pihak media," katanya sambil tersenyum.