Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bunga-Bunga Syurga Lakonan Johan As’ari

Posted: 27 Feb 2012 11:00 PM PST

KASIH INI MENGHAMPARKAN HARAPAN UNTUK AKU MENITI HARI…
'Bunga-Bunga Syurga' Papar Penderitaan Anak Yatim

Menyusuli drama bersiri "Dingin Lavenda" di slot Zehra, sebuah drama siri bertajuk "Bunga-Bunga Syurga" menampilkan Johan As'ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato' Eizlan Yusof dan ramai lagi bakal menemui penonton bermula 9 Mac ini. Bunga-Bunga Syurga terbitan Suhan Movies merupakan hasil karya pengarah, Jet Lee atau nama sebenar M. Nazir Juhan dan penulis skrip, Sharifah Abu Salem.

Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

Rozita Che Wan sebagai ibu saudara yang kejam (1)

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.

Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As'ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

Atas bantuan Haji Halim (Dato' Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut 'hak' mereka? Saksikan barisan pelakon, Johan As'ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato' Eizlan Yusof dan ramai lagi dalam Bunga-Bunga Syurga di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam bermula 9 Mac ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Bunga-Bunga Syurga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Sofia dan bapanya, Haji Halim

Tiga beradik anak yatim, Emilia, Nadia & Haziq

Rozita Che Wan sebagai Baidah dan Bea Rameshan sebagai Azila

Wawa Zainal sebagai Sofia

Johan Asari sebagai Aiman

Darus cuba merogol Sofia

Rozita Che Wan sebagai ibu saudara yang kejam

Aiman membaca al Quran sambil diperhatikan oleh ustaz

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Bunga Citra Lestari Hamil?
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Gambar Bunga Api di Sambutan Merdeka Dataran Merdeka
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Drama Nasi Kerabu Mek Bunga di TV2
  • Bunga Raya Untuk Su Tin Lakonan Wan Hanafi Su, Louisa Chong
  • Sinopsis Filem Ponti VS Omi
  • Telemovie Bunga Rampai Musim Tengkujuh
  • Bear Grylls Kini Duta & Jurucakap Dockers Terbaru

    Posted: 27 Feb 2012 10:43 PM PST

    BEAR GRYLLS MENJADI "LIAR" UNTUK JENAMA DOCKERS® DENGAN PENGENALAN KEMPEN PEMASARAN GLOBAL 2012 OLEH PEMIMPIN KHAKI INI

    Pada hari ini, jenama Dockers® berbangga untuk mempersembahkan visual pertama daripada evolusi terkini platform pemasaran antarabangsa, Wear The Pants® terbarunya yang menampilkan Bear Grylls, bintang berbilang rancangan survival (kemandirian) ekstrem.

    Kempen ini akan menggandingkan karisma lasak Grylls dengan keluaran terbaru dalam gaya maskulin yang diperhaluskan dan boleh didekati daripada sumber khaki muktamad di seluruh dunia, jenama Dockers®.

    Sebahagian daripada kempen ini dirakamkan di kawasan "liar" Manhattan, termasuk beberapa siri pemandangan luar yang difotograf di Central Park tercinta bandar ini, oleh jurugambar Koto Bolofo.

    Bear Grylls Wears the Signature Khaki in the Dockers, 2012 'Wear The Pants' Ad Campaign-1

    Kempen Wear The Pants® yang bersifat gurau senda daripada Jenama Dockers® dilancarkan pada lewat tahun 2009, terus meraikan kebangkitan semula khaki sebagai seluar panjang seharian pilihan utama lelaki di seluruh dunia, tetapi kini platform ini turut meraikan keghairahan, tujuan dan empati. Kempen Wear The Pants® terus mencetuskan perbualan mengenai makna menjadi lelaki pada hari ini. Kelahiran terbaru kempen ini akan menampilkan Bear Grylls dalam gaya Dockers® yang tersohor seperti siluet Signature dan Alpha Khaki dan akan dilihat merentasi dunia.

    Kempen Wear The Pants® dihasilkan secara kerjasama dengan DraftFCB, San Francisco dan bersepadu sepenuhnya dengan cetak, papan iklan, radio, media sosial, komponen pemasaran dalam gedung dan digital.

    "Bear Grylls adalah hero dunia sebenar, perwatakan tepat bagi kempen Wear the Pants® kami," kata Jen Sey, naib presiden kanan pemasaran global untuk jenama Dockers®, mengenai pemilihan Bear sebagai muka bagi kempen 2012. "Kami teruja dapat bersatu dengannya, lelaki penuh aksi dan kepintaran SEBENAR, yang keluar mengharungi dan menjelajah dunia dengan berani, melakukan apa yang disukainya. Keghairahannya dan semangatnya serta komitmennya terhadap keluarganya senada dengan semangat jenama Dockers® dan kempen Wear the Pants®.

    "Memang menyeronokkan untuk menjadi sebahagian daripada kempen Wear The Pants® 2012. Saya sentiasa mencari pakaian yang lasak dan tahan lama daripada jenama seperti Dockers® yang mudah didekati dan diperoleh," kata Bear Grylls.

    Dikenali di seluruh dunia sebagai individu yang menyambar peluang dengan keghairahan untuk kembaran dan kemandirian luaran, Grylls membesar di United Kingdom di Isle of Wight, di mana dia dilatih sejak kecil lagi dalam mendaki, berlayar dan seni mempertahankan diri.

    Dia kemudiannya berkhidmat sebagai tentera selama tiga tahun dalam Pasukan Khas British, dengan SAS, sewaktu mana dia memahiri banyak skil yang dapat ditonton peminatnya di seluruh dunia pada masa ini di televisyen sambil dia mencabar hutan, padang pasir dan gunung paling suka di dunia.

    "Man Vs. Wild" berjaya meraih audiens seluruh dunia yang besar sebanyak 1.2 Bilion penonton yang menonton untuk melihat lelaki lasak zaman moden beradu kepintaran terhadap perkara paling buruk yang dipersembahkan dunia semula jadi ini.

    Dengan sikap tidak berputus asanya dan latar belakang berkemahiran, Grylls telah memukau penonton di seluruh dunia, membina pangkalan peminat yang besar dan setia. Pelaksana yang asli, Grylls juga ialah antara pendaki paling muda yang pernah mencapai puncak Gunung Everest. Dia dianugerahkan pentauliahan kehormat sebagai Leftenan Komander dalam Tentera Laut Diraja dan telah menulis 10 buku, termasuk buku terlaris No. 1, "Mud Sweat and Tears."

    Grylls juga pernah mengetuai ekspedisi yang memecahkan rekod dari Antartika ke Artik, mengutip lebih $2.5 juta untuk kanak-kanak di seluruh dunia pada waktu itu. Grylls juga merupakan Ketua Pengakap paling muda kepada 28 juta Pengakap muda di seluruh dunia.

    Grylls boleh dilihat dalam jelajahnya dalam rancangan "Bear Grylls: Mud, Sweat & Tears Live" di Norway, UK dan AS pada tahun 2012.

    Gabungan daya dorongan dan semangat filantropinya menjadikan Grylls tambahan terbaik pada kempen Wear The Pants® bagi jenaman Dockers®. Kempen Wear The Pants® yang memenangi Anugerah Effie 2011 menegaskan takrifan baru untuk kelelakian pada hari ini; takrifan yang berakar umbi dalam kematangan maskulin, tetapi juga dalam keberanian, kekesateriaan dan kesensitifan.

    Evolusi 2012 bagi platform ini berterusan dengan kedudukan global yang meraikan semangat pelaksana yang bersifat ingin tahun dan rajin, seseorang yang berani menyambar peluang yang dan merealisasikan impiannya. Kempen terbaru jenama Dockers® menampilkan beraneka jenis gaya Dockers® moden yang terbaik untuk situasi "liar" yang berlaku dalam kehidupan seharian.

    Bear Grylls Wears the Alpha Khaki in the Dockers, 2012 'Wear The Pants' Ad Campaign-1

    Mengenai Jenama Dockers®
    Jenama Dockers® telah merangkumi semangat khaki selama lebih 25 tahun. Sejak pengenalannya pada tahun 1986, jenama Dockers® telah menyempurnakan khaki—dan barangan penting yang mengiringinya—untuk lelaki dan wanita di seluruh dunia. Tiada kompromi dalam kualiti. Gaya yang versatil dan penting. Siang ke malam. Isnin ke Ahad. Memakai seluar panjang tidak pernah kelihatan sebegitu bagus. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenama Dockers® dan produknya, sila lawati www.dockers.my

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan
  • Awal Ashaari Jurucakap Rasmi Kad Dot Red Red Box
  • Gambar Sekitar Pelancaran Dockers Spring 2011 Collection
  • Sekitar Majlis Perlantikan Awal Ashaari Sebagai Duta DOT RED
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Jemputan Pembaca Ke Pelancaran Public Jewellery Bersama Duta – Diana Danielle
  • TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu'min
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON