Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Mawi & Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan

Posted: 27 Feb 2012 09:20 PM PST

GAMBAR ANAK PERTAMA MAWI DAN EKIN

Lewat sehari seperti yang dijangkakan (boleh baca post ini), isteri Mawi iaitu Ekin akhirnya selamat melahirkan seorang bayi berjantina perempuan seberat 2.8 kilogram sekitar pukul 4 pagi tadi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Petaling Jaya. Siapa namanya? Semasa kami menulis post ini, anak sulung Mawi dan Ekin itu masih belum diberikan nama.

Kami percaya, ada antara anda yang ingin melihat wajah anak pertama Mawi dan Ekin tu kan? Buat masa ni, anda dan kami hanya mampu menggigit jari kerana Mawi dan Ekin enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka itu. Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat bagi meraikan kelahiran anak sulung mereka itu.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Mawi dan Ekin kerana sudah mendapat cahaya mata sekaligus bergelar ayah dan ibu. Semoga baby dan Ekin berada dalam keadaan sihat.

Related Posts with Thumbnails