Sensasi |
- Uji mata anda: Di manakah Kucing?
- Gossip Murai: Artis Perempuan bertudung mahu kekasih pemain Bola Sepak Negara
- Ketua Polis Negara ,Dato Musa Hassan mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menfitnahnya
- Gambar Kad Kahwin : Suami Nursyella adalah Dato Redzuan bin Md Yusuf bukan Dato Musa Hassan
- Gambar Sekitar Sidang media 2PM di Hilton Hotel KL
Uji mata anda: Di manakah Kucing? Posted: 05 Dec 2011 01:03 AM PST | ||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2011 01:14 AM PST menerusi laporan eksklusif yang dikeluarkan akhabr Berita Harian menerusi sisipan B-Pop semalam, telah berjaya mengesan hubungan istimewa yang terjalin antara suami produser terkenal Raja Azmi iaitu Jalani Sidek bersama seorang wanita dikenali sebagai Zaleha. Menerusi laporan tulisan Raja Nurfatimah Mawar itu, Zaleha mendakwa bahawa dia memang menjalani hubungan istimewa dengan lagenda sukan badminton berkenaan, malah tidak sedikitpun mengetepikan Raja Azmi. Menurut ibu tunggal berkenaan, sejak mengenali mereka berdua dia telah menganggap Raja Azmi dan Jalani sebagai keluarga sendiri yang telah banyak membantunya saat susah mahupun senang terutama ketika dia terlantar di hospital tidak lama dulu. Bagaimanpun, menurut Zaleha, dia tidak dapat mengelak daripada menyimpan hati dan perasaan bersama Jailani kerana telah jatuh hati dengan ketulusan lelaki berkenaan selain berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik. Saya dan Jalani rapat, hubungan kami pada tahap serius. Saya akui saya sering bersama Jalani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jalani. Anak-anak, keluarga dan teman mengetahui tentang hubungan kami, malah saya dan Jalani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi. Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi. Seperti dijelaskan Jalani kepada saya, Raja Azmi tidak pernah menghalang hubungan kami. Malah ada ketika Raja Azmi turut bertandang ke rumah saya, begitu juga saya. Kami saling mengunjungi. Hubungan saya dengan Raja Azmi tidak pernah bermasalah. malah saya menyayanginya sebagai kakak, begitu juga Raja Azmi menganggap saya sebagai adik. | ||||||||||||||
Gossip Murai: Artis Perempuan bertudung mahu kekasih pemain Bola Sepak Negara Posted: 05 Dec 2011 12:36 AM PST Sebolehnya, Murai Batu malas nak melayan kisah seorang aktres yang cun ini. Yelah, sebelum ini pun pernah kecoh dengan cerita kontroversinya. Sana-sini orang mendengarnya sambil naik menyampah. Murai Batu pun merasakan perkara sebegini tidak begitu manis kerana dengan imej bertudung yang dibawanya, terlalu banyak sangat isu kontroversi melanda dirinya. Yalah, dia sangat disukai ramai kerana imej santunnya serta bertudung. Malah kerana kontroversi yang melandanya, ramai peminat sudah pun lari. Apatah lagi bila semakin ramai artis wanita sekarang yang memilih untuk bertudung litup. Bagaimanapun, jika Murai Batu tidak menyampaikan hal ini, mesti ada pula merasakan Murai Batu seorang yang pilih bulu. Kepada artis berkenaan, janganlah marah pada Murai Batu. Memang Murai Batu tak dapat nafikan, di mana saja Murai Batu berada, orang akan asyik menyebut nama Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan juga Nazmi Faiz. Murai Batu merasakan, populariti mereka nyata lebih hebat atau setanding dengan artis yang tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (ABPBH 25). Sampaikan Murai Batu terfikir, apa salahnya kalau pihak ABPBH mewujudkan kategori baru iaitu atlet sukan popular. Mesti meletup kan? Apa kena mengena personaliti sukan ini dengan artis bertudung yang Murai Batu maksudkan itu? Dengarnya, selepas reda kes kontroversinya sebelum ini, Murai Batu dengar aktres ini semakin rapat dengan pemain bola sepak negara. Kata sumber Murai Batu, pelakon ini mahu cari pengganti kekasihnya dikalangan pemain bola sepak yang baru saja mengharumkan nama negara. Betul ke? Siapakah gerangan pemain bola sepak yang mahu dipikat aktres ini, itu tidak pula Murai Batu tahu. Apapun, sewaktu skuad bola ini tiba dari Indonesia selepas membawa pulang kejayaan, aktres ini sudah pun berada di lapangan terbang untuk menunggu pemain bola pujaannya itu. Namun, kesedihan melanda dirinya kerana waktu itu, dia tidak dapat berjumpa dengan pemain bola sepak berkenaan disebabkan terlalu ramai peminat bola sepak. Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak putus asa dengan mengejar skuad bola sepak itu sehingga ke hotel pengginapan mereka. Setiba-tibanya di sana, aktres berkenaan telah berpeluang merakamkan gambar dengan pemain pujaannya itu. Oleh kerana terlalu teruja,pelakon berkenaan telah berkongsi gambar tersebut dengan peminatnya untuk tatapan bersama. Mungkin juga pelakon berkenaan adalah peminat sejati pasukan Harimau Malaya kita seperti juga Murai Batu. | ||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2011 12:26 AM PST Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang mendakwa dirinya berkahwin dengan seorang penyanyi dalam perkahwinan gilang-gemilang bernilai RM15 juta. Musa yang bersara tahun lalu berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dibelanjakan. "Setiap kali penulis blog melemparkan tohmahan liar, ia akan memberi kesan kepada mereka sekiranya tuduhan tiada bukti. "Agensi Pencegahan Rasuah telah menyiasat saya berhubung tuduhan rasuah bernilai RM2 juta dan saya bebas daripada tuduhan itu," katanya pada Ahad. Menurutnya, isteri beliau, Puan Sri Juriah Ahmad tidak terkejut dengan khabar angin tersebut kerana mengetahui perkara itu tidak benar. "Dia tahu saya tidak akan berkahwin dengan sesiapa saja kerana saya sentiasa bersamanya. Saya hanya ada seorang isteri, empat anak dan enam cucu. "Jika saya berkahwin lagi, saya tidak akan merahsiakan perkara itu. Ia tidak seperti melakukan zina," katanya. Desas-desus perkahwinan besar-besaran di antara Musa dan penyanyi Syella Kamaruddin tersiar dalam blog baru-baru ini termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis tersebut selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta dan kereta Audi R8 berharga RM800,000. Syella yang tidak mahu mendedahkan identiti suaminya dipetik sebagai berkata, suaminya tidak menyerupai Musa malah kelihatan lebih muda dan berbadan tegap. Beberapa keping gambar Syella memotong kek bersama suaminya tersiar dalam beberapa laman blog dan disiarkan oleh media bahasa Cina. Musa berkata beliau mengajar di Pusat Latihan Perang untuk media di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Jelasnya, beliau telah menolak beberapa tawaran termasuk jawatan diplomatik dan pensyarah di Akademi Anti-Penganas di Langkawi. "Saya selesa dengan tugas saya sebagai pensyarah pada ketika ini," katanya | ||||||||||||||
Gambar Kad Kahwin : Suami Nursyella adalah Dato Redzuan bin Md Yusuf bukan Dato Musa Hassan Posted: 05 Dec 2011 12:24 AM PST Sebelum nie kecoh bila ramai yang membuat spekulassi bahawa suami bekas penyanyi iaitu Syella Kamarudin adalah bekas Ketua Polis negara iaitu Dato Musa Hassan,yang juga merupakan abang kepada pelakon Jalaludin hassan. Sensasi cuba belek-belek jugak gambar suami syella tue mcm tak jer.. Dan akhirnya kebenaran terbukti juga apabila bekas KPN sendiri menafikan bahawa beliaulah suami baru kepada Syella. Tak semena-mena nama KPN jadi glamour dengan dunia gossip artis. Sebenarnya di dalam Kad Kahwin Syella suaminya bernama Dato Redzuan bin Md Yusuf. Apabila Sensasi google,beliau adalah memegang jawatan dalam bidang Automobile, Head of electronic Vehicles Proton. Dalam Kad Kahwin nie nama Syella berbinti kan Dato Kamaruddin,Sensasi baru tahu Syella nie anak Dato sebab dulu kan mcm byk cerita Syella nie orang susah semua.. Dengar ceritanya Kemungkinan Syella aalah Isteri kedua jadi untuk menjaga hati keluarga dan nama Isteri Pertama jadi dia merahsiakan suaminya | ||||||||||||||
Gambar Sekitar Sidang media 2PM di Hilton Hotel KL Posted: 04 Dec 2011 11:39 PM PST Sejujurnya Sensasi memang tak minat Korean artis pun..Kenal pun tidak.. Tapi Sensasi tahu begitu ramai remaja yang minatkan K-Pop..Aha apa yang bestnye sensasi pu tak tahulah..nampak mcm sissy jer..hehe Tapi tak kenal maka tak cinta kan..Mungkin sebab sensasi memang tak layan Lagu Korea so memang tak minat ler...yang sensasi tahu lagi " i want you money your money not you"..tue je.. Ok back to the story,Kumpulan 2 PM telah mengadakan konsert di Malaysia pada 25 November lepas.Jadi sebuah sidang Media telah diadakan di Hotel Hilton KL. Layankan gambar mereka ya..
|
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |