Adsense

Selasa, 6 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rasa Halal Musim Keenam bawa Penonton Kembara Ke Bumi Laos & Thailand!

Posted: 05 Dec 2011 11:48 PM PST

Jikalau lima musim yang bersiaran sebelum ini, Astro Oasis telah menyiarkan program masakan yang bertemakan halal bermula dengan Rasa Orient Xien diikuti dengan Taiwan, Hong Kong, Kemboja dan Vietnam, kini, saluran gaya hidup muslim, Astro Oasis mempersembahkan sekali lagi program Rasa Halal musim terbaru.

Instalasi keenam ini akan membawa para penonton menjelajah bumi Laos dan Thailand, mengenali secara lebih mendalam kepelbagaian budaya, keunikan khazanan warisan seni masyarakat tempatan, tinggalan sejarah, destinasi pelancongan terbaik dan semestinya resepsi tradisional yang halal dan menyelerakan.

Selain memperkenalkan para penonton kepada tempat-tempat makan yang baru, para penonton juga berpeluang untuk memahami adat dan budaya komuniti muslim di negara asing secara lebih mendalam.

Farah bersama hasil tulisan 'Rasa Halal Thailand' yang ditulis oleh seekor gajah dari Thailand bernama Thong Sa

Masih mengekalkan Farah Diana Anuar selaku hos yang akan mengemudi program, Rasa Halal Laos dan Thailand terbitan E-Style Sdn Bhd ini bakal bersiaran selama 13 episod dan boleh ditonton pada seriap hari Selasa, jam 7.30 malam bermula 6 Disember 2011 menerusi saluran Astro Oasis 106.

Full content generated by Get Full RSS.

“Dadah Bukan Cara Untuk Lepaskan Tekanan” – Nadhira Respon Kematian Amy Winehouse

Posted: 05 Dec 2011 11:46 PM PST

"Memang menyedihkan apabila kematian Amy Winehouse berpunca daripada pengambilan dadah yang berlebihan. Mungkin dia ambil dadah sebab terlalu sedih, atau nak melarikan diri daripada masalah dunia. Tapi, kesilapan itu telah meragutkan nyawanya. Itulah yang terjadi kepada pelantun suara lagu Rehab," ujar Nadhira yang ditemui di majlis pelancaran album terbaru Amy Winehouse berjudul Lioness: Hidden Treasures di The Curve, lewat petang semalam.

"Dadah bukanlah cara terbaik untuk melepaskan tekanan. Dan pemilihan kawan yang betul juga adalah penting. Kadang-kadang, kehidupan sosial kita ni bergantung pada orang sekeliling. Orang itulah yang akan mempengaruhi kita, sama ada baik atau buruk."

Nadhira yang dikenali melalui lagu hit single berjudul Tear Us Apart juga menyatakan saat pertama kali dia mengenali Amy Winehouse kepada wartawan OHBULAN!

"Sudah agak lama saya mendengar lagu-lagu Amy Winehouse. Pada saya dia memang unik, sangat berlainan daripada mana-mana penyanyi antarabangsa. Dia membawa identiti tersendiri dan tahu membawa diri sebagai orang yang dikenali ramai. Ramai orang mengenali Amy Winehouse melalui lagu hit Rehab, saya telah mendengar lagunya sebelum dia popular lagi."

Nadhira menyatakan sambutan kepada album pertamanya amat mengalakkan dan ramai pendengar memilih untuk membeli lagu-lagu melalui laman iTunes.

"Sekarang memang musim orang beli lagu melalui laman iTunes, alhamdullillah sambutan amat mengalakkan. Berita baiknya, atas sambutan ini juga saya akan muncul dengan album ke-2, akan dipasarkan mulai Mei tahun depan," kata Nadhira mengakhiri temubual bersama OHBULAN!

Anda yang masih belum mengenali Nadhira boleh berhubung dengan dia melalui laman Twitter @Nadhiramusic atau hook-up dengan lagu Tear Us Apart, selepas ini.

Full content generated by Get Full RSS.