Harian Metro: Rap |
Posted: 05 Dec 2011 04:31 AM PST BERMULA dari Bangsawan Naga Chini bergandingan dengan Ako Mustapha dan Jehan Miskin pada 2006, pelakon Jue Aziz mengakui dirinya sudah semakin sebati di pentas teater. Teater lain lakonannya ialah Impak Maksima The Musical dan terbaru, pemilik nama sebenar, Zuliana Abd Aziz, menjadi pilihan untuk pementasan Semerah Padi yang diangkat daripada filem klasik karya Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee. Bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi, memegang watak Dara lakonan Seniwati Saadiah dan digandingkan dengan Khir Rahman dan Fauzi Nawawi. Kata Jue, sebelum terjun dalam bidang lakonan dan dikenali ramai melalui drama televisyen, anak kelahiran Ampang, Selangor ini lebih dahulu menimba pengalaman di pentas teater.
"Saya akui, lakonan drama, filem dan teater adalah cabang seni yang berbeza, tapi saya bersedia menyahut cabaran untuk merealisasikan watak Dara dalam teater Semerah Padi ini. "Sebagai pelakon, saya pastikan komitmen terbaik diberikan pada teater ini kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan diberikan produksi sekali gus pengarahnya," kata pelakon filem Hantu Bonceng dan Abuya ini. Pada sesi fotografi eksklusif di IB, Jue digandingkan dengan Khir dan Fauzi sekali gus gandingan julung kalinya mereka bertiga di pentas teater. Tampil dengan kebaya ketat warna merah cili, aura Saadiah sudah mula terserlah pada penampilan Jue petang itu disamping Khir dan Fauzi yang segak dengan kostum pendekar pada zaman purba itu. Teater Semerah Padi arahan Rosdeen Suboh, bakal dipentaskan di IB bermula 22 hingga 31 Disember ini. Barisan pelakon lain yang turut beraksi ialah Baharuddin Omar sebagai Tok Penghulu, Baby Erin (Galak), Bohari Ibrahim (Jejaka), Azlan Komeng (Kelana), Abu Bakar (Ayah Taruna), Azizah Mahzan (Ibu Aduka), Siti Habsah (Ibu Taruna) dan Zolkafli Komeng (Kachiwa). Sekalipun menggantikan tempat pelakon Zul Huzaimy untuk memegang watak utama Aduka, Khir tidak menganggap dirinya sekadar pelakon pilihan kedua. Saya hanya dapat tahu pelakon asal watak Aduka dipegang Zul Huzaimy apabila Rosdeen menawarkan watak ini pada saya. Saya pun nyaris tidak dapat berlakon dalam teater ini kerana ada komitmen lain. Pada masa sama, Khir juga bersandarkan pengalaman luasnya selepas lebih 20 tahun di pentas teater. Kali terakhir, Khir berlakon dalam pementasan ialah watak utama dalam teater Wangi Jadi Saksi arahan U-Wei Saari pada 2007. "Saya juga sudah mengarah teater sejak di bangku sekolah sampailah sekarang dan pengalaman luas dalam bidang teater dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kejayaan teater ini," katanya. "Mungkin saya ada kelebihan kerana ada asas dalam bidang teater berbanding Jue dan Fauzi yang kurang dari aspek lakonan pentas tapi ia bukan penghalang kerana masing-masing memang berbakat besar dalam bidang lakonan. "Insya Allah, gabungan kami bertiga akan menjadi nanti di pentas. Saya bukan saja menggunakan aspek fizikal (luaran) untuk menjiwai watak Aduka, malah, aspek tarian, gerak dan nyanyian. Saya perlu berlatih secukupnya untuk memahirkan diri," katanya. Kata Khir lagi, kekuatan teater itu juga bukan bergantung pada pelakon semata-mata sebaliknya filem Semerah Padi juga sudah dikenali ramai dan ada peminatnya tersendiri. "Teater ini juga bakal mengimbas semula kegemilangan filem Melayu klasik. Cuma ada elemen baru dalam persembahannya yang diubah sedikit untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. "Penampilan babak Borek yang jahat dan dilakonkan Opie Zami yang lebih dikenali dalam cerita komedi. Babak paling susah dilakonkan ialah ketika Aduka berzina dengan Dara. Apapun, saya harapkan ialah semua penonton terhibur bila menontonnya nanti," katanya. Bagi Fauzi pula, dia terima tawaran bawa watak Taruna kerana ingin beraksi dalam teater bercorak purba. Kali terakhir, dia berlakon teater ialah pementasan Tsunami pada Disember 2007. "Saya terima tawaran berlakon watak Taruna dalam teater ini kerana sangat mengagumi Seniman Nordin Ahmad yang juga idola saya dalam bidang lakonan, sejak dulu. "Saya menyukai watak Taruna kerana dia seorang yang sangat taat pada pemimpin dan tunangnya. Selain itu, saya juga perlu bersilat untuk menjiwai watak Taruna dan ia sesuatu yang saya minat bila berlakon pentas. Bagaimanapun, jangan bandingkan lakonan saya dan Nordin Ahmad kerana beliau adalah legenda. "Sebagai pelakon, saya akan berikan yang terbaik dalam lakonan. Apa yang saya janjikan, penonton pasti menangis melihat Taruna kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bagi itu," katanya. Seperti Khir, Fauzi juga percaya dia tidak ada masalah digandingkan dengan Jue dan Khir dalam pementasan itu. "Saya percaya, keserasian kami bertiga boleh digilap ketika latihan intensif ini. Sepanjang tiga minggu latihan, saya melihat masing-masing dapat menjiwai watak diserahkan dengan baik. "Sepanjang latihan, Jue juga tampilkan kelainan dalam lakonannya yang pernah ditonton sebelum ini. Apa yang mencabar, babak Dara dirogol beramai-ramai oleh Borek dan rakan-rakannya," katanya. PROFIL NAMA PENUH: Zuliana Abd Aziz PROFIL NAMA PENUH: Mohd Fauzi Mohd Nawawi PROFIL NAMA PENUH: Khairulizam bin Abdul Rahman |
Posted: 05 Dec 2011 04:26 AM PST SELEPAS beberapa filem arahannya sebelum ini gagal mencatat kutipan membanggakan walaupun mendapat pujian ramai, akhirnya pengarah Osman Ali mampu tersenyum lebar apabila filem barunya, Ombak Rindu mencatat kutipan membanggakan. Ombak Rindu yang mula ditayangkan di pawagam sejak 1 Disember lalu, mengumpul RM4 juta untuk tempoh empat hari tayangan.
Malah hari pertama tayangan mencecah RM750,000 dan dikatakan mengatasi kutipan filem blockbuster Hollywood, The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 yang ditayangkan 18 November lalu. Pengarah yang menang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) menerusi filem Anak Halal, menyifatkan sambutan yang diterima itu adalah hadiah daripada kerja keras dan kesungguhannya selama ini.
"Soal keuntungan dan sambutan daripada penonton adalah bonus dan jika ada rezeki, Alhamdulillah. "Justeru apabila saya diberitahu Ombak Rindu sudah mencapai kutipan RM4 juta dalam masa empat hari tayangan, itu satu suntikan semangat buat saya kerana saya langsung tidak menjangkakannya. "Namun itulah rezeki buat saya dan kesungguhan barisan pelakon yang saya sifatkan luar biasa dalam memberikan jalur lakonan terbaik," katanya. Mengenai kekuatan atau formula digunakannya menerusi Ombak Rindu hingga mendapat sambutan penonton, Osman berkata, formulanya hanya menekankan sebaik mungkin pada mainan emosi serta garapan pada aspek babak air mata agar penonton mampu mengikuti plot cerita syahdu yang ingin disampaikan. "Saya akui ada perasaan gusar pada awalnya kerana ada teman yang berbisik kalau-kalau filem ini mengulangi sambutan beberapa filem saya sebelum ini. "Maklumlah masyarakat kini lebih tertarik untuk menyaksikan filem komedi dan seram. "Saya percaya populariti novel asalnya turut memainkan peranan penting hingga mampu menarik minat kaki wayang membanjiri panggung. Sebelum mengarahkannya
"Ternyata ramai yang berminat dan saya yakin kebanyakan yang datang menonton adalah mereka yang pernah membaca novel karya Fauziah Ashari," katanya. Kata Osman, dia turut turun padang ke panggung untuk meninjau sambutan penonton di beberapa lokasi. Katanya, ada pasangan suami isteri berusia 60-an datang bersama begitu juga pasangan kekasih serta remaja yang menitiskan air mata menonton Ombak Rindu. "Malah ada peminat sanggup terbang ke bandar utama di Sabah bagi menonton sendiri filem ini selepas membaca ulasan filem dan komen-komen mereka yang sudah menyaksikannya," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |