Adsense

Selasa, 6 Disember 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Shuib Rasa Bertuah Dengan Kelahiran Anak Sulung

Posted: 05 Dec 2011 11:11 PM PST


PETALING JAYA: Pelawak Shuib (Sepahtu) menganggap kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada Ahad lalu sebagai tuah buat dirinya serta isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk memulakan kehidupan baru sebagai status ayah dan ibu.

Kata Shuib, kehadiran Uwais juga ibaratnya seperti pemberi semangat dan inspirasi dalam menggalas tanggungjawab barunya itu serta menjalani karier pada masa akan datang.

"Saya gembira dengan kelahirannya apatah lagi apabila melihat kedua-dua ibu dan anak selamat.

"Kiranya, Uwais adalah tuah buat saya dan Sarah dan kehadirannya pasti akan menyerikan rumahtangga kami, InsyaAllah," katanya.


Kehadiran Uzair memberikan kebahagian yang lebih lagi buat Shuib dan Sarah. Foto MURAI.COM
Sarah selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan pada pukul 10.19 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri pada jam 8 malam Sabtu.

Dalam pada itu, Shuib berkata, keadaan Sarah sebelum bersalin agak merisaukan dirinya lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan isteri kesayangan itu menahan kesakitan.

"Risau dibuatnya apabila melihat Sarah menahan sakit untuk bersalin. Tetapi keadaannya itu membuatkan saya insaf dan bangga dengannya kerana sanggup bertarung nyawa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya lagi.

Sobri Anuar Ambil Iktibar Kontroversi Persenda Zaiton Sameon

Posted: 05 Dec 2011 11:10 PM PST


PETALING JAYA: Pelawak Mohd Sobri Anuar, 35 (Sobri), mengakui berasa terkesan dengan impak dan respons umum susulan persembahan komedi yang didakwa mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) dan konsert Maharaja Lawak Mega (MLM), bulan lalu.

Sobri berkata kejadian tersebut menjadi pengajaran dan panduan buatnya agar lebih berhati-hati dan peka ketika berlawak, khususnya di depan khalayak atau acara-acara rasmi.

"Saya akui terkesan dengan impak kontroversi lawak itu tetapi mujurlah sokongan keluarga dan kawan-kawan rapat banyak memberi perangsang agar tidak mudah patah semangat.

"Seperti yang sudah dijelaskan kepada media sebelum ini, lawak itu bukan berniat untuk mempersendakan sesiapa tetapi cara dan pendekatan sebegitu tidak bersesuaian dengan budaya dan pemikiran masyarakat kita pada masa ini.

"Saya berharap, sedikit demi sedikit, masyarakat kita akan lebih terbuka untuk menerima pendekatan komedi begitu pada masa depan," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Apabila ditanya adakah kontroversi itu akan mengganggu gugat tumpuannya dalam MLM, Sobri berkata sebagai orang baru dia menerima segala kritikan dan akan menyesuaikan pendekatan komedinya agar lebih disenangi selepas ini.

"Saya harus fleksibel dan menyesuaikan komedi saya agar dapat diterima ramai. Di Malaysia, gaya komedi sedemikian masih belum dapat diterima oleh kebanyakan pihak.

"Walhal, tujuan komedi itu adalah untuk memberikan pengajaran dan teguran dalam gaya yang santai dan lawak jenaka.

"Bagaimanapun, sebagai orang Melayu dan pendatang baru, saya terima segala kritikan dan pandangan dengan hati terbuka," katanya.


Sobri juga berharap agar kontroversi yang tercetus ini akan memberikan impak positif kepada jenamanya sebagai pelawak baru tanah air.

"Saya ada merujuk kepada keluarga, teman-teman rapat dan rakan-rakan artis tentang kes ini dan mereka meminta saya melihat insiden ini daripada sudut positif.

"Terus-terang, saya sendiri tidak pasti adakah kes ini akan membantu melonjakkan nama saya atau sebaliknya.

"Apa pun, saya harus berterima kasih kepada Zaiton kerana tidak memanjangkan hal ini. Saya sangat hargai tegurannya dan menghormati penyanyi berpengalaman sepertinya," katanya.

Kontroversi lawak Sobri bermula apabila bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini mementaskan jenaka yang mempersendakan Zaiton Sameon ketika dia muncul sewaktu iklan pada AIM18, 12 November lalu.

Sobri meneruskan pendekatan komedi yang serupa ketika beraksi pada minggu keempat MLM, 18 November lalu, sekaligus menghangatkan lagi kontroversi berkenaan.

Sobri dan pasangannya, Bob Kuman yang bergabung sebagai kumpulan Bawal Power masih lagi meneruskan persaingan dalam MLM yang bersiaran pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Chomel Fana Pernah Abaikan Keluarga Dan Kawan

Posted: 05 Dec 2011 11:09 PM PST


SATU ketika dahulu, pelakon dan penyanyi Chomel Fana pernah mengalami masalah kemurungan yang agak teruk gara-gara cedera parah di bahagian lutut kaki kanannya ketika bermain bola sepak di sebuah perlawanan pada tahun 2005.

Ya, gadis yang nama sebenarnya ialah Noorhanis Farhana Shaharuddin berbakat orangnya.

Selain menyanyi dan berlakon, dia juga hebat dalam sukan yang merupakan seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor.

Kecederaan yang dialami membuatkan Chomell tidak boleh lagi beraksi dalam mana-mana acara sukan apatah lagi mahu mewakili negara dalam sukan yang diminati itu.

Hal tersebut membuatkan dia enggan bertemu mahupun bercakap dengan sesiapa pun termasuklah keluarga dan rakan-rakannya sendiri sekaligus Chomel semakin hilang kawan.


Bagaimanapun, semangat baru tiba-tiba muncul dalam diri untuk terus sedar daripada lamunan yang diciptanya sendiri, itu pun selepas setahun 'terperap' di rumah.

"Apa yang berlaku sebelum ini memberi pengajaran besar buat saya dan percaya ada hikmah di sebaliknya.

"Dulu, semasa aktif bersukan, memang saya lupa semua perkara termasuklah lupa pada keluarga dan kawan-kawan, yang ada pun hanya kawan pasukan sahaja.

"Mungkin tuhan mahu tunjuk, ligamen lutut saya cedera teruk dan sehingga terpaksa lupakan terus dengan sukan yang paling saya sayangi itu.

"Sepanjang setahun melalui tempoh kemurungan, baru sedar yang selama ini saya terlalu pentingkan diri sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, contohnya sering balik lewat malam dan buat tak tahu saja bila mak beri nasihat.

"Alhamdulillah, saya sedar dengan kesilapan sendiri. Terima kasih juga kepada teman, Rina Derina yang menyedarkan saya dan sentiasa berada disisi ketika jiwa bercelaru," katanya yang juga aktif dengan bola jaring, bola tampar dan hoki ketika itu.

Tidak lama selepas itu, tambah Chomel, dia mula bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air selama tiga tahun dan kemudiannya bekerja sementara sebagai penjaga binatang, dan barulah dia menyertai produksi drama bekerja di belakang tabir selama enam bulan.


Ternyata walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomel di luar jangkaan.

Kesungguhannya dalam melakukan setiap kerja serta karakter 'gila-gila' itu juga memberi rezeki buatnya lebih-lebih lagi apabila pengarah Aziz M. Osman mengesan bakat lakonan yang terpendam dalam dirinya dan terus berlakon watak utama menerusi siri berjudul Comel.

BFF

Selepas selesa di pentas lakonan, Chomel mencuba nasib membawa namanya ke dunia nyanyian dan peluang menjadi artis naungan KRU Studios satu rezeki keemasan yang tak mungkin diabaikan begitu sahaja.

Lantas, single lagu pertama berjudul BFF yang berkonsepkan pop menjadi taruhan, tanda pengenalan buat peminat-peminat muzik tempatan.

"Pada mulanya saya meragui keupayaan diri untuk menyanyi, tetapi akhirnya keyakinan itu tumbul hasil sokongan kawan-kawan baik serta keluarga. Jika tidak keberatan, saya nak menyebut nama kawan-kawan saya ini iaitu Yayaq, Dee serta Rina.

"Sebenarnya BBF bermaksud Best Friend Forever yang menceritakan tentang sahabat sejati. Di mana merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun berlaku, tidak kiralah susah atau senang.

"Kebetulan pula lagu ini sangat sesuai dengan jiwa saya kerana ia mengingatkan kepada tiga orang teman saya itu," tuturnya yang turut gembira dengan respon positif daripada peminat mengenai BFF.

Tambah Chomel, lagu tersebut juga seolah-olah mengimbas kembali insiden kemurungannya itu dimana dia dapat melihat teman-teman yang manakah sudi bersamanya di saat diri memerlukan sokongan moral.

"Memiliki lagu ini ibaratnya seperti satu kesyukuran buat saya kerana ia telah menguatkan lagi hubungan antara saya dan teman-teman.

"Malah mereka siap menyanyi BFF untuk menceriakan saya jika mood tiba-tiba sedih. Alhamdulillah, lapan tahun berkawan, kami bagaikan adik beradik," ujarnya.

Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik

Posted: 05 Dec 2011 11:08 PM PST


BIARPUN digelar pendatang baru, wajah jelita pelakon, Neelofa sudah menjadi rebutan ramai penerbit.

Seunik orangnya, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ini bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010.

Bermula dengan filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon lima filem.

Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan ini.

Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan.

Selain bidang lakonan, Neelofa juga meluaskan karier seninya dalam bidang pengacaraan apabila digandingkan dengan pengacara dan penyampai Hot FM, Fara Fauzana untuk mengendalikan program Nona di TV3.

Neelofa sempat berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran episod pertama Nona di Lombok, Indonesia.

"Dalam setiap episod ada enam segmen dan saya mengendalikan segmen makan angin di Lombok.

"Saya rasa seronok kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jika dulu, saya memberi tanggapan negatif dengan tempat ini memandangkan ramai wanita Malaysia yang dibawa lari oleh lelaki Indonesia ke sana.

"Tetapi apabila sampai ke sini, persepsi itu berubah dan saya rasa tempat ini menjadi popular kerana kecantikan tempatnya serta banyak lagi lokasi yang belum diterokai dan boleh dibangunkan seperti Bali.

"Saya ke Lombok ditemani orang lain termasuk panel yang mengendalikan kru Nona di sana. Alhamdullillah, ada yang memaklumkan mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya.

"Apapun, saya tahu program ini sangat besar dan jika ada penonton yang tidak berpuas hati, saya tidak akan rasa kecewa kerana saya sudah memberikan yang terbaik dan saya, pengalaman akan mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih baik," ujarnya yang berada di Lombok selama empat hari bermula 28 November hingga 2 Disember lalu.

Jelasnya lagi, dia tidak akan menyesal menerima tawaran pengacara Nona walaupun masih muda untuk mengendali program tersebut.

"Saya mengidam program seperti ini dan mahu menjadikan Nona sebagai batu loncatan untuk melonjak karier saya.

"Usia tidak semestinya menentukan seseorang itu lebih berbakat atau tidak kerana yang penting adalah ilmu pengetahuan.

"Lagipun, program ini mahu mensasarkan remaja perempuan yang mungkin sebelum ini menganggap Nona hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin.

"Apabila saya banyak membaca dan bertanya kepada orang lain, secara tak langsung akan mematangkan diri saya," ujarnya.

Kecantikan sebenar

Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.

"Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.

"Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini," katanya lagi.

Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.

"Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.

"Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

"Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong," ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini.

Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit.

"Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi," katanya.

Sarimah Akui Sudah Dua Tahun Intim Dengan Lelaki Perancis

Posted: 05 Dec 2011 11:07 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim mengakui sedang menjalin hubungan intim dengan lelaki warga Perancis bernama Guillaume sejak dua tahun yang lalu.

Pelakon filem Apokalips itu berkata mereka hanya menjadi rapat sejak lelaki berusia 34 tahun itu menetap di Kuala Lumpur.

"Saya sudah lama kenal dengannya, sejak lapan tahun lalu kerana dia memang menetap di Asia sebelum ini. Bagaimanapun, sebelum ini kami sekadar bertegur sapa begitu saja dan hanya kawan biasa.

"Hubungan kami menjadi semakin rapat kira-kira dua tahun selepas dia (Guillaume) berpindah ke Kuala Lumpur," katanya kepada mStar Online.

Apabila ditanya adakah lelaki tersebut bakal menjadi calon suaminya selepas dia melalui keruntuhan rumah tangga hampir tiga tahun lalu, Sarimah berkata pada peringkat ini adalah terlalu awal untuknya mengulas lanjut tentang hubungan mereka.

"Saya senang dan selesa berkawan dengannya tapi sejujurnya saya tidak pasti jika dia adalah lelaki paling tepat untuk menjadi calon suami.

"Saya berserah kepada Allah, jika dia adalah calon terbaik saya terima dengan hati yang terbuka.

"Apa pun, hanya masa yang akan menentukan siapa pasangan terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya, insyaAllah," katanya.

Menyentuh perkembangan terkini, Sarimah berkata, dia sedang menghabiskan proses penulisan buku berkaitan kesihatan mental dan dijangka akan menerbitkan buku itu tidak lama lagi.

Selain itu, pelakon yang kini berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini juga berkata, syarikat produksinya Sarimah Sdn Bhd akan menerbitkan sebuah dokumentari tentang isu kesihatan mental di Malaysia pada tahun depan.

"Saya juga tidak sabar untuk menantikan kemunculan filem Apokalips arahan Mamat Khalid pada tahun depan.

"Berkemungkinan juga saya akan menyertai stesen radio di bawah AMP sebagai penyampai sepenuh masa bermula tahun baru ini," katanya lagi.

Siti Nurhaliza Dedah Rahsia Sendiri

Posted: 05 Dec 2011 11:07 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mendedahkan perihal dirinya secara eksklusif menerusi dokumentari khas bertajuk Siti Nurhaliza yang bakal disiarkan di saluran History (ASTRO 555) pada 11 Januari 2012, bersempena ulangtahun kelahiran ke 32 penyanyi itu.

Penyanyi ini juga bakal berkongsi rahsianya yang masih lagi belum diketahui umum, termasuklah peminat-peminat fanatiknya.

Bukan sahaja tentang rahsia peribadi diri, dokumentari tersebut mengimbas kembali kerja keras penyanyi tersohor itu lebih-lebih lagi ketika di zaman kecilnya menjual kuih muih sehinggalah menaruh masa depan sebagai seorang anak seni sebelum meraih kejayaan sebagai penyanyi berprolifik tinggi.

Menurut Siti, selain menyusur perjalanan karier, dokumentari sepanjang satu jam itu akan mendekatkan lagi sisi lain penyanyi yang popular dengan lagu Fallling In Love kepada peminat-peminat setianya.

"Selalunya, dokumentari biografi akan dirakam untuk mengingati pencapaian tokoh kenamaan mahu pun individu yang banyak berjasa dan sudah meninggal dunia. Ini satu penghargaan besar dan sangat bermakna buat saya.

"Dan saya lebih awal mendapat peluang ini untuk menceritakan kisah perjalanan seni saya sepanjang 16 tahun berkecimpun dalam industri hiburan tempatan," katanya.

Antara 'orang penting' yang diwawancarakan ialah Rozi Abdul Razak yang juga pengurus dan kakak ipar kepada penyanyi itu, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan Michael Ong (pereka fesyen terkenal).

Menarik lagi, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut berkongsi pengalaman mengenali penyanyi tersohor itu dan mendedahkan bahawa Siti pernah menghadiri ujibakat program pertandingan nyanyian, Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.

Dokumentari Siti Nurhaliza diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd dan penerbit filem Pisau Cukur, Lina Tan dan pengarah filem tersebut, Bernard Chauly turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari berkenaan.

Erin Malek Azam Tak Nak Buat Masalah

Posted: 05 Dec 2011 11:06 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon remaja yang sering terkait dengan kontroversi, Erin Malek berazam untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencetuskan kontroversi bagi dirinya.

Dia yang pernah dihimpit dengan kontroversi keluarga turut dilabelkan sebagai remaja bermasalah itu mengakui akan lebih menjaga tingkah lakunya.

"Saya tidak mahu lagi dikatakan remaja bermasalah, saya tak mahu buat perkara-perkara yang akan menjejaskan imej saya.

"Ya, saya mengakui mungkin tindakan saya dulu satu kesilapan kerana terlalu mengikut rakan-rakan dan meniru-niru gaya artis luar," katanya ketika ditemui pada satu sidang media pelancaran drama Klik, baru-baru ini.

Sebelum ini, Erin pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku bertindik lidah dalam sebuah rancangan hiburan.

"Saya mengaku apa yang saya buat itu salah dan saya tidak nafikan bahawa saya buat itu semua kerana rasa ingin tahu sebagai seorang ramaja.

"Tapi bila kontroversi berlaku, hidup saya sangat tidak senang. Sebagai remaja saya mengakui saya sukar untuk mengawal keadaan berhadapan dengan masalah.

"Saya lebih suka duduk bersendirian dan tidak pulang ke rumah. Oleh itu saya berazam tidak mahu terlibat atau menimbulkan perkara-perkara sebegitu lagi," katanya.

Dalam pada itu, Erin yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata dia akan menumpukan perhatian kepada bidang lakonan sepenuhnya pada tahun depan.

"Saya berehat sepanjang tahun ini dan menolak banyak tawaran berlakon kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

"Selepas habis kertas terakhir pada minggu depan, saya ingin fokus pada kerja pula," katanya yang bakal membintangi drama Aishiteru yang bakal ditayangkan di TV9.

Ditanya tentang perancangan hidup, Erin berkata dia merancang untuk menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang pengarahan filem.

"Impian saya untuk belajar dalam bidang pengarahan di luar negara. Tapi saya mahu belajar dengan duit hasil titik peluh saya sendiri," katanya.

Yuna Tidak Menyesal Jika Gagal Di Amerika

Posted: 05 Dec 2011 11:05 PM PST


SUBANG JAYA: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai menjelaskan dia tidak menyesal jika usahanya menjadi seorang penyanyi di Amerika Syarikat menemui kegagalan.

Yuna berkata, dia tidak terlalu meletakkan harapan tinggi untuk diterima baik oleh penggemar muzik di sana kerana persaingan cukup hebat.

"Saya sendiri sehingga kini masih tidak percaya berpeluang mengembangkan bakat di sana sekaligus dapat menerbitkan album bersama produser terkenal seperti Pharell williams.

"Tetapi saya tidak akan menyesal jika usaha membina nama di sana tidak menjadi kerana sekurang-kurangnya saya telah mencuba," ujarnya ketika ditemui pada majlis Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2011 di sini, Selasa.

Ujarnya, atas dasar itu juga dia masih berulang alik dari Kuala Lumpur ke Amerika kerana tidak mahu meninggalkan terus industri muzik tempatan yang telah banyak menaikkan namanya.

Tambahnya, peminat di tanah air yang banyak menyokongnya juga menjadi inspirasi untuk terus berkarya untuk mereka.

"Menulis lirik dan mencipta lagu adalah minat saya, jadi saya akan terus membuat apa yang dicintai untuk semua peminat," ujarnya.

Sementara itu, Yuna memberitahu album pertamanya di Amerika akan dilancarkan pada Mac tahun hadapan dan berharap ia akan diterima baik oleh peminat.

"Proses rakaman hampir selesai dan InsyaAllah single pertama akan dilancarkan sebelum album penuh. Saya sangat teruja," ujarnya.

Katanya lagi, dia juga akan kembali ke Amerika Syarikat dalam masa terdekat kerana akan membuat persembahan pada program MTV Iggy yang akan berlangsung di New York.

M. Nasir Kagum Kebolehan Artis Muda Mencipta Lagu

Posted: 05 Dec 2011 11:04 PM PST


SUBANG JAYA: Komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir melahirkan rasa kagum terhadap artis-artis muda yang berkebolehan menghasilkan lagu dan lirik mereka sendiri.

M.Nasir ketika ditemui berkata, perkara itu adalah satu perkembangan yang baik dalam industri muzik tanah air kerana mereka mampu berdiri dengan usaha sendiri untuk berjaya.

"Kebanyakan artis baru hari ini tahu apa yang mereka mahu baik dari segi lirik dan melodi lagu mereka dan masyarakat nyata menerima mereka dengan baik," ujarnya.

Tambahnya lagi, golongan ini bagaimanapun perlu bekerja keras demi memastikan kehadiran mereka bukan sekadar memenuhi ruang yang ada tetapi perlu membuktikan mereka boleh kekal lama.

Ujarnya, perkara itu adalah penting kerana persaingan dalam dunia muzik tempatan hari ini semakin hebat dan citarasa peminat bertukar dengan pantas.

"Kerja keras perlu diberikan perhatian oleh mereka jika ingin kekal lama dalam industri ini," katanya.

Sementara itu, M. Nasir memberitahu dia akan menghasilkan beberapa lagunya sendiri sebagai pengubat rindu kepada peminat pada tahun hadapan.

"Sudah lama rasanya saya tidak mempunyai sebarang lagu baru, InsyaAllah tahun depan akan ada beberapa lagu baru untuk peminat," ujarnya.

Tambahnya, dia kini sedang sibuk menghasilkan lagu dan lirik untuk beberapa artis lain yang menggunakan khidmatnya.

Tony Eusoff Sertai Penyampai Capital FM

Posted: 05 Dec 2011 11:03 PM PST


PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, pelakon Tony Eusoff akan ke udara sebagai penyampai jemputan di stesen radio Capital FM sepanjang Disember ini.

Menurut Tony, dia berasa bertuah dan tidak akan mensia-siakan peluang untuk menceburi perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

"Memandangkan ini pertama kali saya bergelar penyampai radio, sudah pasti saya merasa gementar dan saya akan bersiaran sepanjang Disember, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

"Saya menerima tawaran ini kerana minat dan merupakan perkara baru yang saya lakukan dalam hidup sekaligus sebagai peluang untuk mengembang sayap dalam penyiaran radio. Jadi, lepas ini saya akan bangun seawal 4 pagi sebelum ke konti radio," katanya ketika majlis pelancaran Capital FM di pejabat Capital FM, di sini, Rabu.

Tony akan bergandingan dengan Joanne Kam dan Joey G untuk segmen Talk of the Town dari pukul 6 hingga 10 pagi.

"Saya rasa tiada masalah untuk bergandingan dengan kedua-duanya kerana saya sudah lama mengenali Joanne Kam manakala Joey G pula seorang yang mudah disenangi ramai. Jadi, kami cepat serasi," ujarnya.

Sekiranya ditawarkan untuk bergelar penyampai tetap, Tony akan mempertimbangkan perkara tersebut.

"Tawaran itu boleh dibawa berbincang. Kalau Capital FM atau stesen radio lain berminat untuk menawarkan kerja sebagai penyampai tetap, apa salahnya saya terima kerana saya sentiasa terbuka kepada peluang," jelasnya lagi.

Disebabkan terikat dengan karier barunya itu, Tony akui dia akan meminta pihak produksi yang mahu mengambilnya berlakon supaya mengikut jadual kerjanya.

"Setakat ini saya sedang menerima tawaran untuk berlakon sebuah filem namun semuanya masih terlalu awal untuk dimaklumkan.

"Andai kata saya akan memulakan penggambaran pada pertengahan Disember ini, saya akan minta mereka supaya meletakkan waktu penggambaran saya selepas pukul 10 pagi dan ke atas," ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Roda Warna untuk RTM.

Sebagai persediaan untuk menghadapi tugas barunya itu, Tony akan menjaga kesihatannya agar tidak mengganggu kelancaran kerjanya.

Harapan Livonia

Posted: 05 Dec 2011 11:01 PM PST



Tidak sia-siakan bakat, mahu lebih dikenali

KALAU selama ini banyak bakat realiti TV dari Sabah atau Sarawak memang diakui menonjol dalam bidang nyanyian, lain pula dengan Livonia yang menceburi lakonan pula.

Masih muda, solo dan bersemangat dalam bidang seni, Livonia seperti bakat baru lain tidak mahu ketinggalan untuk mengukir nama sebagai anak seni, iaitu pelakon TV atau filem.
Memang namanya baru, kurang dikenali namun gadis Sarawak ini sedang menunggu masa untuk menjadi perhatian penerbit dan sutradara filem mahupun drama. Juara program realiti Pilih Kasih musim kedua, ketika ini menerima banyak bimbingan secara langsung atau tidak langsung daripada sutradara dan pelakon berpengalaman, Erma Fatimah.

Mahu mengikut langkah Neelofa, Fathia, Miera Liyana mahupun Anzalnan yang cepat melonjak menjadi bualan ramai walaupun dianggap baru, dia juga mahu membuktikan bakatnya dalam program realiti tidak disia-siakan.

Bertemu pemilik nama sebenar Livonia Ricky Guing, 20, pada satu sesi undangan fotografi di Studio Balai Berita, NSTP, baru-baru ini, memang tidak banyak boleh dikongsi bersama gadis yang senang dipanggil Nia ini berkenaan perjalanan seni kerana namanya masih tidak biasa disebut media.

Setakat ini dia pernah berlakon dalam telefilem Antara Maghrib dan Isyak arahan Erma selain berdebar menunggu kemunculan filem pertama yang dibintanginya iaitu Azura 2 diarahkan oleh Aziz M Osman.
Gadis ini meraih kejayaan dengan cukup sederhana dan tidak kisah lambat naik asalkan ia berpandukan 'jalan selamat' yang tidak merosakkan imej atau nama baik keluarganya. Timbul satu pertanyaan kenapa pakej lengkap seperti ketinggian, raut wajah indah dan disusuli bakat tidak mampu menarik minat mana-mana 'orang kuat' industri untuk menyuntingnya sebagai 'bunga' filem?

Hanya mencalitkan gincu warna merah jambu, berseluar jeans gaya ranggi dan baju blouse potongan sederhana, kecantikan yang dimiliki cukup asli dan sentuhan solekan kemas dari Syafiq Ayman lebih menyerlahkan wajah yang sedia rupawan ini.

"Saya akui lapan bulan itu sepatutnya sudah mampu melonjakkan nama saya. Mungkin belum ada rezeki dan peluang secukupnya untuk saya naik sehingga menjadi perhatian pengarah dan penerbit. Lagipun, saya cuba untuk mengelakkan daripada cerita kontroversi walaupun itu mungkin itu boleh mempercepatkan nama saya dikenali," katanya ramah berbicara.

Sesekali menguis rambut panjang yang mengurai menutupi dahinya, Livonia memberitahu dia lebih bersyukur kerana hasratnya untuk berada dalam bidang seni akhirnya direstui keluarga terutama ayah tersayang.

"Sebenarnya, hajat saya untuk berada dalam dunia seni pernah dihalang ayah kerana dia tidak mahu saya tertipu. Ibu pula sentiasa memberi sokongan dan akhirnya saya dapat membuktikan pada ayah bahawa program pilih kasih yang saya sertai itu adalah program yang betul dan bukan mahu menipu anak gadis yang dikhuatiri ayah," kata pemenang Miss Borneo Beautiful 2009 berkenaan laluan seninya.

Turut menjadi juara ratu cantik Bidayuh, Livonia menambah penyertaannya dalam pentas Pilih Kasih itu pada mulanya hanya sekadar suka-suka dan membantu rakan baiknya yang teruja untuk menjadi pelakon.

"Saya hanya mahu teman rakan untuk ke sesi uji bakat di Kuching. Kebetulan setiap peserta yang hadir memerlukan pasangan untuk membaca skrip dan melakonkan watak yang diberikan. Saya mendapat watak ibu tua manakala rakan pula sebagai anak.

"Tidak sangka pula saya yang terpilih dan bukan rakan saya itu. Sebaik dihubungi pihak penganjur, hati saya mula tidak tenteram dan berdebar-debar untuk memberitahu hasrat hati untuk ke Kuala Lumpur menyertai program itu.

"Akhirnya saya berterus terang kepada ayah dan katakan padanya berkenaan perkara sebenar," kata pelajar jurusan perhotelan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuching, Sarawak ini.


Berusaha jadi pelakon berdisiplin


BERBICARA adakah dia sudah lama memasang impian untuk bergelar pelakon, anak ketiga daripada lima beradik ini berterus terang memberitahu hasrat hatinya yang sebenar.

"Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon dan menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang wanita pertama dari Sarawak.

"Tetapi untuk melaksanakan perkara itu, ia bukan sesuatu yang mudah kerana kos perbelanjaan amat tinggi dan atas sebab itu saya melupakan hasrat hati dan memilih untuk berada dalam bidang perhotelan," katanya.

Gemar pada rona warna hitam dan merah, gadis yang cintakan aktiviti lasak seperti sukan tinju ini, memberitahu jika ditanya adakah dia mahu terus berada dalam dunia lakonan dan menjadikan ia sebagai kerjaya, dia sendiri masih mencari arah itu.

"Buat masa ini, lakonan hanyalah kerja sambilan. Saya masih simpan cita-cita menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Selepas itu, barulah saya akan memikirkan ia sama ada menjadikan kerjaya ini sebagai bidang serius.

"Saya akui berlakon bukanlah mudah dan perlu memberikan komitmen yang tinggi terutama daripada segi masa. Ini kerana jika kita gagal mengikut masa, ia bukan saja menyusahkan kita tetapi semua krew produksi," katanya yang mahu menjadi artis berdisiplin sambil menambah jika dalam masa terdekat ini ada tawaran filem atau drama, dia akan mengambil peluang itu sebaik mungkin dan tidak kisah diberikan apa saja watak.

Katanya, setakat ini dia sedang membintangi drama muzikal berjudul Inspirasi Varsiti arahan Erma Fatima sebanyak 26 episod.

"Saya memegang watak sebagai Cinta dan bergandingan bersama Nabil Zamanhuri. Ia sebuah kisah pelajar kolej yang mana memerlukan saya menari," katanya yang sebelum ini turut berlakon dalam drama Antara Maghrib dan Isyak dan memegang watak isteri kedua bersama pelakon seperti Liza Abdullah dan Watie Elite.

google: livonia, livonia facebook, livonia blog, livonia twitter, livonia myspace, livonia seksi, livonia hot, livonia profile, livonia biodata, livonia skandal, gambar terbaru livonia, berita terbaru livonia, livonia bogel, buah dada livonia