Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 04 Dec 2011 01:58 PM PST LAMA betul Joyah tak dengar cerita stesen radio haramkan sesebuah lagu. Yang biasa Joyah dengar cerita stesen radio yang tak nak main lagu artis kita, memang banyak, melambak-lambak. Asyik sangat dengan lagu artis Indon, lagu artis sendiri dicampak ke tepi, tidak dipeduli. Ha, dan yang terbaru, Joyah dengar stesen radio RTM telah mengharamkan lagu Panik yang dinyanyikan oleh kumpulan Bunkface. Pelik sungguh Joyah selepas dengar cerita beberapa orang belakang tabir dalam kes ini. Kata mereka bila pengurusan Bunkface hantar sahaja lagu ke RTM, mereka terus tak mahu siar sebab ada perkataan berbunyi 'mulut celaka' dan 'reformasi'. Apa masalah dengan dua perkataan tersebut? Joyah selak Kamus Dewan untuk mencari perkataan yang menjadikan lagu tu diharam. Joyah jumpa perkataan celaka dan perkataan reformasi dalam kamus yang Joyah rujuk. Apa masalahnya? Soalnya di sini, kenapa lagu tu diharamkan? Bukan mereka guna perkataan bahasa pasar yang tak wujud atau perkataan yang tak ada makna, atau perkataan daripada bahasa rojak, bahasa longkang. Jadi Joyah rasa, RTM perlu memberi penjelasan panjang lebar kenapa dan mengapa lagu tu diharamkan, edarkan kenyataan kepada media, mudah cerita. Kalau nak kata lagu tu ada unsur tidak sihat, dekat mana? Bahagian mana? Kenalah bagitahu, jangan main hentam keromo saja. Tolonglah, zaman sudah berlalu. Zaman hendak 'gam' dan sembunyi tangan sudah lapuk. Kalau betul RTM tak suka sesebuah lagu, itu memang satu keputusan yang perlu sebab RTM mempunyai dasar-dasar yang tersendiri, artis pun kenalah patuhi, media pun akan sangat menghormatinya. Ini juga sebagai langkah supaya artis muda kita lebih berhati-hati, jangan buat lagu atau lirik tak mencerminkan jati diri yang baik, kalau mahu RTM pilih lagu mereka untuk siaran. Bagaimanapun RTM dalam waktu yang sama juga, perlu memberi penjelasan kenapa dan mengapa mengambil sesuatu tindakan, supaya orang tidak bercakap sesuka hati di luar sana. Dunia sudah semakin terbuka, RTM pun kenalah terbuka dan berani ke depan menyatakan pendirian mereka dalam sesuatu hal. Bukannya sembunyi dan 'gam' secara diam-diam seperti ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |