Adsense

Khamis, 8 September 2011

Zon Artis

Zon Artis


Filem Nasi Lemak 2.0 – Buah Tangan Pertama Namewee

Posted: 08 Sep 2011 08:14 PM PDT

FILEM NASI LEMAK 2.0 NAMEWEE

Namewee, nama yang pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan menghina lagu Negaraku kini muncul dengan filem cereka pertama arahannya berjudul Nasi Lemak 2.0 yang mula ditayangkan di seluruh negeri mulai semalam, 8 September 2011.

Menurut Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, dia berharap agar para penonton tidak prajudis dengan kontroversi yang telah dicetuskannya itu, sebaliknya berkata Nasi Lemak 2.0 merupakan karyanya yang berkonsepkan masyarakat 1Malaysia.

"Saya tidak mahu para penonton mengaitkan kontroversi yang menimpa saya itu dengan filem ini. Saya juga tidak mahu mereka keliru dengan kontroversi itu dan terus memberi persepsi yang tidak elok terhadap saya dan filem ini. Ia adalah dua perkara yang berbeza senarionya.

"Saya anggap kontroversi yang pernah berlaku ke atas saya itu kerana ia banyak diprovokasi oleh pihak media massa," komennya sewaktu ditemui selepas pratonton Nasi Lemak 2.0 di pawagam MBO Subang Parade, Subang Jaya, Selangor petang Rabu.

Filem yang turut dilakonkan oleh Namewee serta ramai pelakon popular seperti Afdlin Shauki, Adibah Noor, Datuk David Arumugam, Karen Kong dan Reshmonu itu akan ditayangkan di 60 pawagam seluruh negara di mana durasi tayangannya ialah 1 jam 48 minit.

Jelas pengarah filem berasal dari Muar, Johor ini, dia yakin Nasi Lemas 2.0 mampu menarik perhatian para penonton kerana ia menampilkan para pelakon popular yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India dengan jalan ceritanya yang dekat di hati masyarakat Malaysia.

"Sebelum Nasi Lemak 2.0 ditayangkan di Malaysia, pada Hari Raya Aidilfitri lalu saya telah menayangkan filem ini di Melbourne, Australia. Ramai pelajar dan rakyat Malaysia di sana yang terhibur menonton filem ini. Adibah Noor juga turut menontonnya di sana," ujarnya.

Sinopsis:

Nasi Lemak 2.0 mengisahkan tentang watak Chef Huang lakonan Namewee yang berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya.

Namun, sewaktu berdepan dengan masalah masakan kurang popular itu, dia yang dikenali sebagai Hero Huang di kawasan kejiranannya serta banyak membantu komunitinya menyebabkannya terjebak dalam masalah untuk perniagaan restoran tersebut.

Chef Huang kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai seorang wanita Melayu yang penuh misteri (lakonan Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya tidak lama selepas itu. Selanjutnya, anda kena tonton sendiri filem ni.

Trailer:

Related Posts with Thumbnails

Wak AG & Usop (Hot FM) Nak Bagi Duit Raya!

Posted: 08 Sep 2011 04:42 PM PDT

DUIT RAYA HOT FM

Berita baik kepada semua terutamanya pendengar setia Hot FM dimana lebih daripada RM60,000 bakal dihadiahkan oleh dua penyampai Hot FM iaitu Wak AG dan Usop. Ianya sebagai berkongsi kegembiraan sempena Syawal ini.

Selama tiga minggu bermula 12 September 2011, stesen radio Hot FM bersama akhbar Berita Harian akan mengadakan peraduan 'Beraya bersama Wak AG dan Usop'. Pendengar hanya perlu setia bersama Hot FM dan menantikan isyarat yang diberi (isyarat memanggil dan isyarat SMS).

Jika ia isyarat memanggil, anda perlu menjadi pemanggil kelima yang berjaya menembusi talian Hot FM. Untuk isyarat SMS pula, anda perlu menaip kata laluan WAKAGUSOP dan hantar ke 33399. Pengirim SMS terpantas akan dihubungi penyampai Hot FM.

Kemudian, pendengar perlu meneka tajuk lagu untuk lirik yang dinyanyikan secara bersama oleh Wak AG dan Usop. Lirik yang dinyanyikan adalah lirik dari lagu yang sama, cuma kedua-dua karektor ini menyanyikannya mengikut gaya mereka tersendiri.

Bersesuaian dengan tema peraduan iaitu 'Beraya bersama Wak AG dan Usop', lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka adalah berkisarkan tentang Raya.

Sekiranya pendengar dapat meneka lagu tersebut dengan tepat, RM500 akan menjadi kepunyaannya. Jika gagal memberikan tajuk lagu dengan tepat, wang RM500 itu akan dibawa ke sesi seterusnya.

Yang perlu diingati:

1. Kempen bermula 12 September hingga 2 Oktober 2011 selama 3 minggu.

2. Kempen akan berlangsung lapan kali sehari dari Isnin hingga Jumaat, dan dua kali sehari dari Sabtu hingga Ahad.

3. 10 tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Isnin – Jumaat) dan lapan daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

4. Enam tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Sabtu dan Ahad) dan empat daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

+ Lebih lanjut KLIK DI SINI

Related Posts with Thumbnails