Adsense

Khamis, 8 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Cinta Shahz Jaszle Terhadap Miera Liyana Berbalas!

Posted: 08 Sep 2011 11:00 PM PDT

Pelakon drama Tahajjud Cinta, Shahz Jaszle mengakui pernah mencintai Miera Liyana ketika di zaman Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail satu ketika dahulu. Namun, Shahz Jaszle yang ketika itu berada di tingkatan 5 terpaksa memendamkan perasaannya terhadap Miera Liyana (tingkatan 2) kerana kawan baiknya turut meminati gadis berkulit cerah itu.

Menurut Shahz Jaszle, perawatakan Miera Liyana yang tidak hipokrit serta matang apabila berkata-kata membuatkan dirinya jatuh cinta dengan gadis berumur 18 tahun itu. Walaupun Miera Liyana kerap dilanda pelbagai kontroversi, Shahz Jaszle mengkategorikan gadis itu sebagai baik & mudah diajak berbincang bersama.

Kedua-dua pelakon ini menjalinkan hubungan semula sebagai kawan biasa sejurus selepas menceburi bidang lakonan. Keakraban mereka dikatakan bermula selepas Shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama bekas kekasih, Maria Farida, lapan bulan kemudian.

Sudah ditakdirkan, mereka berdua digandingkan sebagai kekasih dalam filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul, Rentaz. Tidak kekok melakonkan watak sebagai kekasih, malah Mamat Khalid sendiri pernah memuji lakonan Shahz Jaszle & Miera Liyana nampak 'hidup'. Nampaknya, kedua-dua pelakon ini tidak melepaskan peluang meluahkan perasaan cinta di lokasi.

Adakah mereka berdua akan memulakan cinta lokasi kelak? – Kredit berita : Gua Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

K-Pop : (Video) Fans MBLAQ Di Brazil Betul-Betul Gila!

Posted: 08 Sep 2011 10:33 PM PDT

Semua orang tahu fenomena K-Pop sangatlah mengujakan di seluruh dunia. Tidak kira di Korea, Japan, China, Amerika dan juga Malaysia sendiri yang turut terkena tempias fenomena ini dengan kemunculan "boy band" seperti Max 24:7 yang tersasar sedikit.

Tapi bagi kumpulan MBLAQ (Music Boys Live in Absolute Quality) yang diasaskan oleh Rain dibawah J.Tune Company, mereka sedang mencipta nama dan sedang mengejar populariti Super Junior yang popular dengan lagu "Sorry, Sorry".

Baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Seung Ho, G.O, Joon, Cheondoong/Thunder dan juga Mir ini telah menerima sambutan dan sokongan padu oleh peminat mereka di Brazil sempena "K-Pop Cover Dance Festival 2011″. Mereka yang sedang berada didalam bilik hotel di Sao Paulo telah dikejutkan dengan jeritan peminat yang berada di jalanraya berhadapan balkoni bilik hotel mereka.

Peminat-peminat mereka menjerit-jerit memanggil nama anggota kumpulan MBLAQ dan juga "We want MBLAQ". Kebanyakan peminat mereka adalah wanita dan juga pada minit 0.55, kelihatan seorang wanita Brazil memakai spek berbaju ungu sedang menjerit-jerit sambil membuat isyarat "love". Ouh, kami ketawa melihat gelagat wanita itu sebenarnya. Haha. Saksikan video amatur penuh 'histeria' peminat MBLAQ selepas ini!

p/s : Kami terbayang macam mana pula sambutan peminat Max 24:7 ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...