Himpunan Kisah Sensasi |
Kos berseronok Rihanna sebanyak RM976,885 Posted: 07 Sep 2011 05:30 PM PDT RIHANNA (tengah) berseronok di atas sebuah kapal layar mewah bersama rakan-rakannya. CANNES, Perancis – Penyanyi terkenal, Rihanna tidak lokek membelanjakan £200,000 (RM976,885) untuk berseronok di atas sebuah kapal layar bersama rakan-rakan perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam. Selepas menaiki penerbangan ke bandar Nice, selatan Perancis pada Isnin lalu, penyanyi itu menghabiskan masa lima hari belayar ke bandar St. Tropez, Cannes, Portofino dan Sardinia di Itali "Dia (Rihanna) mahu bermain jet ski semasa percutian itu tetapi dilarang berbuat demikian kerana dia terlalu mabuk," kata seorang kru kapal layar itu. Rihanna yang kini popular dengan lagu Only Girl (In the World) dilaporkan membayar sekitar £3,000 (RM14,653) sehari untuk minuman beralkohol dan makanan buat dirinya dan tiga orang rakannya. Kru dan pelayan kapal layar berkenaan turut berpuas hati kerana menerima sehingga £89 (RM433) setiap kali Rihanna memberikan mereka tip. Percutian mereka berakhir di Cannes pada Khamis lalu. Rihanna dijadualkan menghadiri Anugerah Muzik MTV di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam. – Agensi /// kosmo /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |