Harian Metro: Rap |
Berfikiran positif serta saling percaya Posted: 08 Sep 2011 05:36 AM PDT LEBIH tiga tahun menyulam cinta, pasangan artis, Eira Syazira, 27, dan kekasihnya Azad Jazmin, 35, memilih tarikh bernikah di kediaman keluarga Eira di Persint 14, Putrajaya pada 16 September ini. Bukan lagi rahsia apabila pasangan yang pada mulanya bergandingan dalam lakonan menerusi beberapa drama dan filem, seterusnya menyanyi lagu duet bersama selain bernaung di bawah syarikat rakaman sama iaitu FG Music Sdn Bhd. Mungkin itulah dikatakan suratan atau kebetulan. Apabila sampai jodoh dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, akhirnya pasangan sejoli ini bakal disatukan pada majlis serba ringkas namun penuh makna. Biarpun pelbagai persepsi timbul ekoran pengumuman majlis perkahwinan itu yang dikatakan dilakukan secara mengejut, namun bagi Eira yang popular dengan watak air mata itu menyerahkan semuanya kepada keluarga. Malah dia sudah bersedia menerima apa saja andaian dan kecaman daripada semua pihak.
"Begitupun saya menunggu semua perkara yang diatur betul-betul jadi dan berjalan lancar baru saya bertindak memaklumkan dan mengedarkan jemputan kepada media dan rakan seminggu selepas Aidilfitri," katanya. Eira mengakui walaupun memaklumkan secara mengejut, namun timbul pelbagai dakwaan mengenai hubungan mereka malah ada pula yang berteka-teki tarikh majlis perkahwinan mereka. Ikut perancangan asal mereka sebenarnya mahu mendirikan rumah tangga tahun depan namun dia tidak menyangka jodohnya sudah sampai. Tambah Eira yang popular menerusi drama Cinta Balkis, dia gembira dan teruja apabila keputusan mereka untuk bergelar suami isteri diterima baik peminat. Malah ada yang memberi restu dan menyokong keputusan itu. Debaran menanti detik disatukan sememang gagal disembunyikan Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi yang baru saja melancarkan album solo berjudul, Di Hati Ini Julai lalu. Dia bersyukur kerana dipercepatkan jodoh bersama kekasih hatinya itu. Selain kerap terbabit bergandingan dalam filem dan drama antaranya filem Ngangkung, Eira dan Azad juga dipilih syarikat rakaman FG Music menyampaikan lagu duet berjudul Lagu Jiwa ciptaan Manusia Putih. Lagu berkenaan yang sudah siap dirakam dijangka berada di pasaran sekitar November ini. Ditanya mengenai personaliti jejaka berjaya menawan hatinya itu, Eira berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria khusus buat Azad memandang ia cukup klise. Seperti pasangan bercinta dan bakal menempuh alam rumah tangga dia sentiasa berfikiran positif dan saling mempercayai antara satu sama lain dalam hubungan mereka. "Tidak perlu saya jelaskan apa keistimewaan dirinya yang berjaya menambat hati satu. Biar saya simpan saja perkara itu. Yang penting pada saya dia memang segalanya buat saya," katanya. Sebelum ini timbul kontroversi membabitkan Azad dan pelakon, Faezah Elai yang didakwa mempunyai hubungan cinta. Selain itu, Azad didakwa bertanggungjawab menyebarkan gosip hubungan Faezah dengan pengarah terkenal, Heykal Hanafiah sehingga membabitkan kes mahkamah yang masih belum selesai. Faezah bakal bernikah dengan Heykal hari ini di Pulau Pinang. Mengulas lanjut mengenai isu membabitkan Azad dan bekas kekasih (Faezah Elai), Eira enggan campur tangan mengenai perkara itu, sebaliknya dia ada menasihatkan Azad untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik tanpa membabitkan isu saman dan mahkamah. Tambah melegakan hatinya, kebenaran terbukti dan biar masyarakat sahaja yang menilai apa yang positif dan negatifnya. Sementara, Azad ketika dihubungi memaklumkan majlis pernikahan mereka ditetapkan keluarga perempuan dan secara kebetulan berlangsung dalam bulan yang sama dengan pernikahan Faezah. "Saya sudah bersedia menjadi suami kepada Eira. Malah itu jawapan dan janji saya kepada keluarga Eira sebaik ditanya mengenai sejauh mana keseriusan saya dengan hubungan kami. "Memang saya merancang untuk bernikah dengannya sudah lama namun disebabkan komitmen kerja dan pelbagai urusan menyebabkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan," katanya. Walaupun Azad baru selesai menjalani penggambaran filem SAM arahan Shafiq Yusof dan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Skuad Metro, namun persiapan untuk majlis berkenaan tetap berjalan lancar. Ketika ini persiapan majlis pernikahan itu sudah hampir 90 peratus siap. Eira juga berasa bertuah kerana mendapat tajaan pakaian daripada Wan Pa dan Zaha Wedding Planer dari Ipoh untuk majlis akad nikah dan persandingan yang berkonsep cermin, kristal dan bunga ros. Majlis resepsi Eira kemungkinan besar akan diadakan pada 19 November juga di Putrajaya. Sementara di sebelah Azad dengan bertemakan Bollywood mendapat tajaan Jalinan Kasih di Pulau Pinang pada 26 November ini. PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira |
Posted: 08 Sep 2011 05:28 AM PDT BERALIH karier seni suatu yang lumrah berlaku pada artis. Sama ada penyanyi menjadi pelakon atau sebaliknya, artis yang mempelbagaikan bakat sendiri mempunyai banyak peluang untuk meraih pendapatan. Perubahan pada karier turut dilalui bekas anggota kumpulan Ruffedge, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein yang kini berkecimpung dalam bidang pengarahan. Sejak empat tahun tidak lagi bersama kumpulan itu, Sein membawa haluan sendiri memilih lakonan sebagai fokus.
Gandingan mantap bersama Lisa Surihani menerusi drama bersiri, Adamaya disiarkan menerusi TV3 pada April tahun lalu, antara lakonan yang memberi kesan mendalam pada penonton. Mengumpul pengalaman yang ada, Sein tidak mahu sekadar selesa dengan komitmen sedia ada, sebaliknya berusaha mempertingkat kemahiran diri dengan menimba ilmu belakang tabir.
"Sebenarnya selepas Adamaya, saya ambil keputusan sambung belajar dengan memilih kursus jangka pendek selama lapan bulan di London Film School. "Ketika itu, pengajian saya tertumpu pada skop pengarahan dan sinematografi. Sejak setahun lalu, saya terbabit dengan projek video korporat dan filem pendek. "Begitu juga, untuk filem ini saya bekerjasama dengan Pierre Andre menghasilkan skrip. Kami sudah lama merancang mahu menghasilkan filem bersama dan akhirnya projek ini dapat dimulakan sejak dua bulan lalu. "Filem ini melalui proses pembikinan skrip sebanyak 15 draf dan saya terbabit ketika menghasilkan draf ketiga hingga kelima," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Langgar di Damansara Heights, baru-baru ini. Mengenai Langgar, Sein menyatakan dia mempertaruhkan kisah samseng atau gangster membabitkan tiga kumpulan berbeza. Mahu lari dari persepsi segelintir terhadap filem genre sama seperti KL Gangster dan Kongsi, dia cuba tampil kelainan dari aspek plot dan gaya pengarahan. "Saya suka menonton filem mengenai gangster. Selalunya penonton menganggap ia adalah filem jantan tetapi saya tidak mahu ia disampaikan secara ekstrem. "Saya mencuba dengan menampilkan adegan aksi seperti pertarungan yang berbeza. Setiap aksi yang ditunjukkan mempunyai graf peningkatan. "Seperti watak utama Nizam lakonan Adi Putra, pada mulanya dia tidak pandai berlawan tetapi lama-kelamaan dia belajar untuk mempertingkat kemahiran diri," katanya. Filem ini yang masih menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang, turut menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Namron, Khir Rahman, Hans Isaac, Bell Ngasri, Zul Huzaimy dan Natasha Hudson. Selepas Langgar, kata Sein, dia mempunyai satu lagi skrip sendiri genre psikologi 'thriller' untuk diterbitkan bersama produksi sama pada tahun depan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |